Subky Abdul Latif

Thursday, October 23, 2003

1,2,3 LEKUP (01)

TUTUH

BERKATA budak-budak Tuan Bush di negerinya di Antah Berantah, Tuan Bush tutuh memanda Menteri Perdana negeri Jantan semasa berjumpa di Bangkok sepuluh hari sebelum berundur.

Berkata memanda pada orang ramai, Tuan Bush tak tutuhpun dia. Dia sekadar kata tak setuju dengan cakap memanda.

Tanya memanda, macam mana budak Tuan Bush tahu padahal Tuan Bush bercakap dengan memanda saja.

Agak Jantan, Tuan Bush cakap pada budak-budaknya sebelum jumpa memanda, dia nak tutuh memanda.

Tapi, agak Jangan, bila tengok muka memanda Tuan Bush tak terkeluar apa yang nak dikata.
Jangan-jangan memanda ada memakai apa-apa tak?
Jantan usik saja.

TAK SETUJU

Maka membagi tahu Tuan Bush pada memanda, Tuan Bush tidak setuju cakap memanda yang kata ‘Yahudi guna proksi kuasai dunia…’

Macam Tuan Bush juga, siapa setuju dia bom Iraq kecuali budak proksinya bernama Blair.
Bagi Jantan, kalaupun memanda tidak Tuan Bush setuju, dia sekadar bercakap saja.
Tapi Tuan Bush yang semua dnia tidak setuju lag teruk dari memanda.
Tuan Bush bom dan bunuh orang Iraq dan seronok tengok Yahudi hari-hari bunuh Palastin.
Seronok tengok Yahudi itu sama macam Yahudi juga.
Jantan kutuk.

YAHUDI

Bercakap fasal Yahudi dan proksi Yahudi marah memanda yang pernah jadi Menteri Perdana Jantan itu, maka teringat Jantan akan memanda pernah kata ‘bodoh’ Mahfuz Omar dan kawan-kawannya beberapa tahun dulu.

Adapun sebab memanda kata Mahfuz bodoh ialah kerana Mahfuz tujuk perasaan bantah memanda Menteri Perdana itu benar Yahudi main kriket di negara Jantan.

Seingat Jantan, memanda bukan sekadar kata Mahfuz bodoh. Mahfuz dan rakannya dipenjara sebulan.

Dan sekarang Yahudi pula kata memanda bodoh.
Bagi Jantan, sekadar kata bodoh saja pada memanda tapi memanda tak kena penjara.
Jantan tengok saja.

DAKWAH

Terlanjur cakap tentang Yahudi dan memanda, maka teringat Jantan akan peri budak-budak Yahudi memanda bawa datang ke negara Jantan.

Maka ramai juga budak-budak muda Yahudi jadi tetamu negara atau lebih jadi tetamu memandalah.

Bila suku sakat Jantan tegur, memanda pun jawab, dia nak dakwah orang-orang Yahudi supaya bila balik ke Israil, budak-budak Yahudi pelajari apa yang baik tentang negeri Jantan.

Bagi Jantan, niat memanda itu baik, sama macam baiknya hati orang Palastin zaman dulu kala yang benarkan Yahudi ramai-ramai datang ke Palastin.

Baik niat itu memang baik. Jangan baik bendul sudahlah.
Baik bendul itu ertinya baik macam Pak Pandirlah.
Jantan macam Mak Andih.

PROKSI

Terkenang akan kisah Tuan Bush yang nak marah sangat akan memanda itu, maka masyghul juga Jangan gerangan apa yang Tuan Bush melenting sangat dengan cakap-cakap memanda.

Seahu Jantan, memanda tak sebutpun fasal Tuan Bush dan fasal negeri Tuan Bush.
Memanda sekadar kata, Yahudi guna proksi kuasai dunia.
Yang Tuan Bush melenting tu gerangan apa?
Agak Jantan, dia terasa tu.
Kalau dia terasa, sah dialah dan bangsa dialah yang jadi proksi Yahudi itu.
Jantan guna teksi.

23/10/03

1 Comments:

Post a Comment

<< Home