Subky Abdul Latif

Tuesday, October 28, 2003

17 RAMADHAN, PAS LANCAR KONSEP NEGARA ISLAM

17 RAMADHAN, 1424 nanti Insya Allah PAS akan melancarkan konsep negara Islam yang diperjuangkannya mengikut panduan-panduan wahyu yang berdasarkan kepada al-Quran, Sunnah Rasul, ijma’ ulama dan qias.

Ia adalah satu tugas dan tanggungjawab parti Islam bagi memenuhi hasrat memperkenalkan konsep negara Islam kepada masyarakat moden di dunia khususnya bagi rakyat Malaysia.

Tanggungjawab itu adalah atas tuntutan Allah, bukan sekadar bagi menjawab cabaran dan kekeliruan mush-musuh politik. Ia adalah inti sari dari memorendum negara Islam untuk rakyat yang menjadi isu besar negara sejak kebelakangan ini tetapi ia bukan memorendum yang sekadar untuk rakyat, malah ia adalah untuk manusia alam jagat atau era globalisasi sekarang.

Ia akan jadi satu pembuka mata yang dengan sendirinya dipercayai dapat menyelak apa yang dikatakan Malaysia negara Islam oleh Dr. Mahathir yang tidak berkonsep itu.

Memang masyarakat di Malaysia dan pemerhati antara bangsa sudah diajukan oleh dua isu negara Islam di Malaysia. Satu yang utarakan oleh Dr. Mahathir dan satu lagi yang diperjuangkan oleh PAS sejak ia diasaskan. Yang mana yang hendak dipakai?

Negara Islam Dr. Mahathir sekalipun tiada berkonsep, tetapi dapat dirasakan oleh orang ramai seperti si buta melihat gajah. Yang terpegang kepada ekor gajah, maka dia akan menyimpulkan gajah seperti yang dirabanya. Begitulah yang terabakan telinga, kaki, belalai dan yang terpegangkan alat kelaminnya.

Tetapi gajah itu adalah lebih dari sekadar ekor dan belalai. Ia ada gading dan perut, ia ada kaki dan kepala dan sebagainya. Yang tahu gajah sebenarnya ialah orang yang celik.

Tidak mustahil sedunia manusia buta tentang negara Islam Malaysia yang seperti New York, New Zealand, Perancis dan Hong Kong, maju, hidup dan berkembang. Apa yang ada di New York ada di Malaysia, apa yang ada di Hong Kong ada di Kuala Lumpur. Bezanya ia banyak masjid.

Seperti melihat orang Islam di mana-mana saja, di Afrika, di Asia Barat, di Indonesia dan di Malaysia. Mereka adalah beriman. Tetapi yang beriman itu diseru setaip hari Jumaat dalam khutbahnya supaya bertaqwa.

Apakah orang Islam tidak taqwa, maka setiap khutbah mengingat dan menyeru penganutnya supaya bertaqwa?

Untuk mengetahui sesorang itu bertaqwa dan setiap amalnya adalah taqwa dapat diperhatikan dari awal kandungan al-Quran iaitu sayat dua surah al Buqarah. Maksudnya ialah ‘Inilah kitab (al Quran) tidak syak lagi adalah panduan orang yang taqwa.’

Ayat ini hendaklah dilihat dari sudut ilmu mantik iaitu ilmu logika. Apabila seseorang itu menjadikan al Quran sebagai panduannya secara umum adalah orang yang taqwa. Ia sebagai asas bagi orang taqwa. Tinggi rendah dan tebal nipis ketaqwaannya, bergantung pula kepada panduan-panduan ayat lain, sunnah, ijma’ ulama dan qias. Sudah tentu orang yang betaqwa itu tidak sekadar teori tetapi beramal dengan syarat-syarat tadi.

Apabila dibaca dari sudut mantik, orang taqwa berpandukan kepada al-Quran. Yang berpandu kepada al Quran ialah orang yang taqwa. Maka logiknya, yang tidak berpandu kepada al Quran ialah yang tidak taqwa.Dan yang tidak taqwa ialah yang tidak berpandu kepada al Quran.

Emakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan dan Terengganu adalah bersandarkan kepada hukum-hukum yang termaktub dalam kita-kita semua mazhab yang kitab ibunya adalah al Quran. Maka berpandu kepada ayat dua al Buqarah tadi, jelaslah ia dibuat memenuhi tuntutan taqwa. Ia dengan sendirinya menolak segala dakwaan yang menyangkalnya bukan hudud.

Tidakkah dari segi mantiknya, dakwaan yang menyanggah kedua-dua enakmen itu tidak dibuat atas panduan taqwa?

Maka sekarang cuba selak dakwaan Malaysia negara Islam yang tidak diketahui konsepnya yang dimasyhurkan oleh Dr. Mahathir dan budak-budak UMNOnya. Apa panduannya untuk menegakkan ia sebuah negara yang taqwa? Kalau tidak diisi konsep taqwa kepada negara yang didakwa taqwa itu, maka payah hendak memasukkannya kepada lingkungan ketaqwaan.

Untuk memasukkannya ke dalam lingkungan taqwa sekadar yang paling nipis atau palaing minima ialah ia mesti menjadikan al-Quran sebagai panduan. Jika syarat awal taqwa itu tidak diketengahkan, maka payah bagi meyakinkan yang ia bersandar kepada ciri taqwa.

Apabila ia terkeluar dari panduan taqwa itu, maka ia adalah suatu yang lain. Yang lain itu apa? Apa-apa saja!

Konsep negara Islam yang PAS akan perkenalkan pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Quran di Markaz Tarbiyah nanti adalah yang jelas dan nyata berpandu kepada tuntutan taqwa iaitu ‘Inilah kitab (al Quran ) tidak syak lagi adalah panduan orang-orang yang taqwa.’

Mungkin juga ada yang mentakwil nanti ia berpandu kepada tafsir yang silap. Silap dan tepatnya suatu tafsir berpandu kepada kehendak taqwa juga. Mesti ditujukkan nasnya bahawa tafsir itu silap dengan mengemukakan nas yang tepat juga. Jika tidak ada, maka ia adalah ibarat pengamal undang-undang yang sekadar mengatakan ia salah atau tepat dengan tidak menyebut fasal-fasal dari buku undang-undang.

Jika tidak disebutkan fasal-fasalnya, maka ia adalah loyar buruk.

Maka dengan konsep negara Islam itulah PAS berhasrat untuk mewujudkan sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya aturan dan peraturan Islam dan mewujudkan sebuah kerajaan kebajikan bagi masyarakat semua kaum dan semua agama.

Jika pembangunan dan kemajuannya dilihat sama seperti New York dan New Zealand dan lain-lain, maka ia dalam bentuk pasarana, tetapi pengisiannya berbeza, aman dan tenteram.

HD AINA
28/10/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home