Subky Abdul Latif

Monday, October 27, 2003

DR. M BODOHKAN PAS KERANA BANTAH YAHUDI DATANG

DR. MAHATHIR menjadi sasaran Yahudi justeru sindirannya terhadap kerakusan Yahudi dalam ucapan rasminya di Sidang Kemuncak OIC di Kuala Lumpur pertengah Oktober lalu.

Beliau dikecam oleh Yahudi dan proksinya sebagai anti Sametik, Kesatuan Eropah hampir meluluskan kecaman ke atasnya tetapi diselamatkan oleh Presiden Perancis, malah ada pelobi Yahudi di Amerika menyeru supaya pelancong Amerika dan dunia memulaukan Malaysia sekalipun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Hatta Presiden Bush, proksi teragung Yahudi sekarang mengaku kepada dunia dia mencela Dr. Mahathir atas kenyataannya itu tetapi tidak melafazkannya ketika menarik Dr. Mahathir ke tepi semasa bertemu di Sidang Kemuncak APEC di Bangkok beberapa selepas Sidang Kemuncak OIC itu.

Yang Yahudi marah sangat itu ialah Dr. Mahathir menempelak Yahudi memerintah dunia melalui proksinya. Bangsa lain berperang dan terkorban untuk kejayaan Yahudi.

Dr. Mahathir memang boleh dipuji kerana keberaniannya dan keupayaannya menggunakan kata-kata sindiran yang sinis dan keras. Bukan sekali itu beliau mengecam Yahudi, malah pernah ucapannya seberani itu di PBB diterjemahkan dalam Bahasa Arab.

Kata pemimpin Islam Jordan kepada saya, ‘Tiada pemimpin Arab dan tokoh Islam lain seberani Dr. Mahathir. Dan pernah sekali satu masa dulu Dr. Mahathir minta maaf kepada Yahudi secara terbuka kerana membuat kenyataan yang dikira anti Sametik. Memang Yajudi marah dengannya masa itu.

Tetapi Dr. Mahathir juga kadang-kadang dilihat lunak dengan Yahudi tetapi mungkin tidak seperti seorang proksinya. Dia pernah tinggal sehotel dengan Perdana Menteri Israel di Eropah walaupun di tingkat berlainan. Malah ada siaran di Israel tentang main mata Dr. Mahathir dengan pemimpin Islam, bukan Sharon. Ia dinafikan oleh Dr. Mahathir dalam media. Tidak dipastikan ada bantahan rasmi.

Pentadbirannya membenarkan Tengku Abdullah, adinda Yang Di Pertuan Agong ketika itu menjadi tetamu kerajaan Israel. Kunjungan adinda Yang Di Pertuan Agong ke negara haram Israel yang Malaysia tidak ada hubungan adalah satu perkara besar. Negara dan bangsa berdalat dan kerajaan yang bermaruah tidak akan redha dengan kejadian itu.

Jika ia berlaku di Amerika dan Jepun, maka nasik kerajaan dan pemimpinnya sudah pasti dimasukkan ke bakul sampah sejarah. Tetapi Dr. Mahathir terlepas.

Dalam dunia terus menerus mengecam Yahudi Israel dan Dr. Mahathir menangis di hadapan Yasser Arafat, kerajaan Malaysia membawa siri rombongan belia Israel melawat sambil belajar ke Malaysia. Dirahsiakan pula.

Apabila perkara itu bocor, Dr. Mahathir berkata, ia sebahagian dari usaha memenangi hati rakyat Israel. Apabila mereka melihat tolerasi dan keterbukaan Malaysia, meraka nanti balik dan membka mata penduduk Israel. Tetapi ia tidak lebih dari usaha sama untuk menjalin hubungan dengan Israel. Tidak dipastikan ‘dakwah’ Dr. Mahahir itu diteruskannya. Tetapi dia tentu keciwa atas kebocoran itu.

Paling menarik ialah Dr. Mahthir betul-betul keciwa apabila PAS membantah penyeludupan pasukan kriket Israel oleh pentadbiran Dr. Mahathir di kejohanan kriket dunia di Kuala Lumpur. Tunjuk perasaan pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyampai bantahan kepada wakil Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dia sangat marah kerana pemimpin PAS dibenarkan masuk pagar dan nota bantahannya diterima oleh pegawainya.

Kemarahannya memoncak apabila siri tunjuk perasaan diadakan pula di pintu pagar Universiti Malaya yang diketuai oleh pimpnan PAS. Demonstran yang berlindung di Majlis ArRahman dan pegawai-pegawai masjid yang ada kektika itu habis ditahan. Polis negara Islam Malaysia masuk ke masjid memburu demonstrator dengan kasut-kasutnya. Mungkin kifarat itu menimpa Ketua Polis Negara ketika itu hingga mengakhiri khidmatnya dengan cara yang memalukan.

Reaksi Dr. Mahathir terhadap bantahan itu, ‘PAS bodoh.’ Ertinya dia marah sangat. Kira-kira padanya tindakan PAS menggagalkan usaha kerajaan BN untuk melembutkan kerajaan dan pemimpin Isral.

Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan beberapa orang lagi disumbatkan ke dalam lokap tetapi kedua mereka akhirnya dipenjarakan setahun. Apakah langkah memenjarakan mereka andara kerja proksi Yahudi di Malaysia?

Dr. Mahathir dipercayai banyak belajar dari Yahudi. Penasihat kewangan negara selepas Anwar Ibrahim dipecat adalah keturunan Yajudi Amerika. Gurunya dalam satu kursus kepimpinan di Universiti Harvad, Amerika yang ditaja oleh Yayasan Rokefeller adalah Henry Kissinger, seorang Yahudi dan bekas Setiausaha Negara Amerika.

Dan tidak dipastikan apa hubungannya dengan Soros yang dimusuhinya kerana isu pnyangak mata wang. Mengapa Dr. Mahathir tidak menubuhkan badan penyasatan bagaimana ringgit negara boleh dirompak oleh saudagar Yahudi itu?

PAS cuba menjauhkan diri dengan Yahudi kerana Allah dan RasulNya banyak memberi amaran dan ingatan supaya jangan mendekati Yahudi. Sedangkan Nabi tidak berupaya mendakwah dan menjinakkan Yahudi, maka bagaimana Dr. Mahathir boleh jadi lebih pintar dari baginda dalam menangi bangsa yang Allah laknat itu.

Dari amaran-amaran wahyu tentang Yahudi itu kira-kira bangsa itu mesti ditentang, bukan sepereti yang Dr. Mahatahir lakukan sekejap didekati dan sekejap ditentang. Dia mengakhiri jawatan Perdana Menterinya sebagai pencela Yahudi dan Yahudi pula mencelanya.

Dunia mungkin melihat beliau adalah penegur keras Yahudi kalaupun bukan penentang sepenuh masa. Tetapi di dalam negeri, ada yang melihat dia agak lunak dengan Yahudi. Tetapi itulah mungkin politik peras ugutnya kepada Yahudi dan Amerika, apakah Yahudi dan Amerika mahu bermusuh dengannya atau bermusuh dengan PAS yang membawa obor Islam?

Mahathir dan UMNO selama-lamanya untung kerana betapa benci pun Amerika dan Yahudi terhadap mereka, tetapi Amerika dan Yahudi lebih takut kepada Islam yang dibawa oleh PAS. Justeru itu bagi Yahudi proksi tidak sepenuh masa adalah lebih baik dari musuh sepenuh masa.

HD AINA
27/10/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home