Subky Abdul Latif

Friday, October 31, 2003

PUNCA YANG KELIRUKAN ISU SOLAT MALIK

YANG lebih mengelirukan dalam isu Dato Malik Mydin solat Subuh atau tidak semasa merengani Selat Inggeris, tidak lagi beliau solat atau tidak solat, tetapi penjelasan orang berilmu yang mahu menjustifikasikan konon solat fardu boleh dikhadho demi mengharumkan nama negara.

Dato Malik sudah menjelaskan betapa dia peka tentang solat Subuh itu. Justeru itu beliau telah berniat menghormati waktu fardu itu dan kemudian mengkhadhonya.

Apakah kaedah itu cocok dengan kaedah fekah, wajar dikaji dan dibincangkan oleh ulama fikah. Moga-moga Allah mengampunkan segala kelemahan Malik sesuai dengan tahap dan kefahamannya mengenai Islam.

Yang mengeliru dan mengusutkan isu Malik solat atau tidak itu ialah menjelasan ahli ilmu yang jadi tukang angguk kaki lima UMNO yang menjustifikasikan solat fardu boleh kesampingkan demi kepentingan negara. Solat boleh dikhadho sedang isu imej dikira lebih aula.

Keterangan ini tidak membantu Malik dan umat Islam dalam menyelesaikan isu tidak solat dalam satu projek negara yang dirancang.

Renangan menguasai Selat Inggerris itu adalah projek negara untuk meletakkan Malaysia di tempat yang setara dengan negara-negara maju lain. Ada laba politik yang Islam dan negara boleh perolehi dari kegiatan sukan itu. Tetapi Islam mengira kaedah atau cara adalah sama penting dan matlamat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah Islam.

Penasihat agama kerajaan termasuk yang dekat dengan Perdana Menteri digaji supaya memberi nasihat betapa setiap kegiatan negara tidak melanggar pantang larang Islam.

Dunia kini begitu sensitif dengan isu-isu Islam. Acara renang baik sebagai riadhah mahupun satu keperluan hidup bagi masyarakat ada satu bidang yang dekat dengan hati Nabi SAW. Ada keperluannya. Tetapi hubungan renang dengan solat supaya solat tidak terabai ketika berenang baik kegiatan itu dirancang atau satu kecemasan.

Orang-orang yang tinggi tahap kefahaman Islamnya, yang kasih dengan kegiatan renang, sudah tentu besar minatnya kepada Malik. Mereka sayangkan Malik yang menjadi juara sebagaimana sayang mereka kepada Muhammad Ali, Hafiz dan Roslin, Schoemacher dan lain-lain. Sebagai orang Islam mereka lebih bangga kalau jagoh mereka itu adalah seorang peka dengan agamanya.

Mereka tidak pusing lagi tentang penumpang kapalterbang berjam-jam kerana orang Islam tahu kaedah solat semasa dalam kapalterbang. Justeru itu tidak bertanya sangat tentang cara Dr. Mahathir dan isterinya solat walaupun mereka dirasakan sama banyak masa di udara dengan di bumi.

Dalam renangan yang dirancang melintasi waktu fardu, bagaimana solat tidak terabai? Pertanyaan itu perlu kerana mereka dan anak-anak mereka mungkin mahu mengikut jejak Malik dan mereka mahu memastikan mereka tidak meninggalkan sembahayang. Jika mereka membangkitkan isu itu bukan untuk menyoal sikap beragama Malik, tetapi untuk menyelesaikan satu persoalan Islam yang tidak berlaku di zaman Nabi SAW dan zaman sahabat.

Kalau ada kaedah, maka mereka boleh solat sambil berenang walaupun tidak dapat berdiri betul dan terpaksa roko’ dan sujud sambil berkuak. Kalau tidak ada kaedah, maka perenang terpaksa naik ke kapal barang lima minit untuk menunaikan tuntutan agama itu. Apakah ia menyalahi peraturan renang Selat itu tidak berbangkit. Apalah lima minit dibandingkan dengan tempoh 18 jam.

Jika ada jawapan, maka ia memudahkan mereka yang karam di laut seperti nelayaan atau kapal pecah. Maka mereka boleh menunaikan tanggungjawabnya. Kalau tidak ada, mereka boleh khadho apabila mendarat kerana mereka berkemalangan.

Saya minat dan mengikuti perkembangan itu. Bagi saya Malik adalah jenis orang yang solat kerana sebelum memulakan renang dia solat sunat dulu di bilik hotelnya. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan tahniah juga kepada ibu bapa dan keluarganya kerana boleh oleh seorang anggota keluarga luar biasa.

Isu Malik sudah selesai kerana dia sudah menjelaskan. Dan lain kali beliau dipercayai akan mematuhi disiplin kiranya dalam pengalaman lalu ia tidak diperhatikan.

Yang menjadi ribut ialah ulama UMNO cuba menghalalkan berenang dulu kemudian solat. Dia seolah-olah cuba menghalalkan cara. Cara berfikir seperti inilah yang menyebabkan orang tidak yakin dengan ulama UMNO. Mereka bukan tidak memberi nasihat yang betul kepada pemimpin-pemimpinnya, malah mereka tidak memberi nasihat yang betul kepada orang ramai.

Kalau dalam perang tidak boleh tinggal solat, dalam masa kemalangan kaki terpotong sekerat solat dikerjakan, maka mana boleh berenang itu diganti kemudian.

Sudah tentu fikiran seperi ini bukan sekadar keliru tetapi mengelirukan orang lain. Maka itulah sebabnya orang ramai mengira mereka itu laksana orang kaki lima UMNO.

Lebih teruk ahli-ahli ilmu UMNO ini bukan sekadar mempertahankan dan menghalalkan keterlanjuran ketua-ketuanya dan kelemahan seperti yang berlaku dalam kes Malik Mydin ini, tetapi mereka marah dan mengecam pula orang yang bertanyakan hal-hal yang menglirukan itu.

Mereka menyalahkan orang bertanya kononnya suka membangkit perkara titik bengik. Bukankan Islam itu sempurna dan setiap kejadian ada jawapannya. Kerana ada pertanyaan yang kadang-kadang lucu itulah yang menjadikan Islam ada jawapan kepada setiap pertanyaan.

HD AINA
3I/10/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home