Subky Abdul Latif

Thursday, October 16, 2003

SHIRIN EBADI SAJA KALAHKAN BUSH

PADA mulanya Presiden George W.Bush, koboi dari Taxas yang berjaya menceroboh Iraq dan menghapuskan regim Saddam Husein hampir pasti menjadi pemenang anugerah Nobel untuk keamanan 2003 ini. Tetapi kerana imej Bush terlalu buruk, kalau anegerah Nobel untuk kemanan itu diberi kepadanya, nanti hadiah itu bertukar menjadi Anugerah Nobel Keganasan dunia 2003.

Maka hadiah yang diselaputi anti Islam itu mungkin cuba membasuh imej bencikan Islam itu mendekati dunia Islam pula dengan mencari seorang tokoh dari kalangan Islam yang berotak barat dan mempertikai kebangkitan Islam.

Justeru itu negara fokus masa ini adalah Iran dan kebetulan di Iran ada pejuang yang mahau keluar dari sistem Islam. Shirin Ebadi, seorang peguam dan sisa penyokong Shah, adalah orang lantang menyuarakan apa yang dipanggil pro demokrasi dan banyak membela pembangkang yang menghadapi masalah guaman.

Kira-kira pemilihan ke atas Ebadi sekalipun menjadi wanita Islam pertama mendapat hadiah yang diingini sangat oleh dunia itu, tetapi bukanlah orang Islam yang pertama mendapat hadiah itu. Pendit Nehru, Perdana Menteri India yang pertama yang dunia sangat hormati itu tidak berjaya menjadi pemenang, tetapi orang Islam seperti Anuar Sadat dan Yasser Arafat beroleh penghargaan itu.

Bagi dunia barat Sadat dan Arafat adalah orang Islam yang sangat disanjung, tetapi mereka tidak dikira orang yang umat Islam hormati. Pandangan umum di kalangan masyarakat Islam, Yasser bukanlah pejuang Palastin pilihan. Umat tertarik jika Arafat itu digantikan lama sebelum munculnya intifadhah.

Belas umat Islam terhadap Arafat sekarang, bukan kerana beliau pimpinan terbaik untuk Palastin, tetapi membelanya dari ancaman dan kepungan Israel dan Amerika terhadapnya. Kiranya yang mengancam pimpinannya kini datang dari orang Palastin, maka dunia Islam seolah-olah menunggunya, tetapi justeru dia menjadi mangsa kepungan dan ancaman Israel, maka datang simpti umat Islam.

Apa reaksi dunia Islam terhadap Ebadi, kira-kira sama dengan sambutan mereka apabila hadiah itu diberi kepada Anuar Sadat yang hari matinya diiringi oleh pimpinan zionis dan pimpinan dunia yang pro zionis. Tiada pimpinan Arab dan Islam hadhir.

Ada di kalangan institusi di barat suka memihak kepada pihak dan individu yang anti establisment. Di zaman Eropah dipenuhi oleh karat feudalisme dan raja-raja zalim, mereka tertarik dengan Karl Marx dan Lanin. Kerana mereka keciwa dengan Stalin dan komunisme, maka mereka memihak kepada apa yang dipanggil pro demokrasi.

Kerana mereka keciwa dengan Parti Buruh pimpinan Herold Wilson di Britain, adalah yang memberi hadiah kepada Roy Jenkins, calon terbaik menggantikan Wilson tetapi diketapikan oleh Wilson setelah berbalah dengannya. Kesanggupan Roy Jenkins mencabar Wilson hingga sanggup menubuhkan parti ke empat di Britain, Roy diberi hadiah.

Ketika dunia Islam memburu Salman Rushdie kerana mencerca Allah, Quran dan Rasulullah SAW, dunia barat memberi perlindungan kepadanya. Ketika Bangladesh memburu warganya yang mencerca Islam, Taslim, dia diseludupkan keluar negara dan diberi penghormatan di Sweeden.

Iran sekadar mengenakan tindakan kepada Ebadi tetapi tidak menghalangnya dari bergerak. Layanan terhadapnya kira-kira sama dengan yang dihadapi oleh mangsa ISA dan pembangkang di Malaysia. Mereka dilarang itu dan ini, tetapi ada masanya mereka mencabar kerajaan dan polis.

Kegiatan Ebadi terhadap Islam mungkin sama dengan ahli-ahli Sisters In Islam. Kalau ditakdirkan PAS menjadi kerajaan, maka pemimpin-pemimpin Sisters In Islam mungkin akan disenaraikan sebagai calon pemenang Anugerah Nobel. Tetapi kalau UMNO terus berkuasa, kehebatan Sisters In Islam tidak ditertonjol sangat.

Iran mungkin menghadai beberapa kelemahan dalam pentadbiran, penyalah gunaan kuasa dan sebagainya. Ia tidak dapat dielak disebabkan oleh faktor kelemahan manusia. Tetapi kelemahan itu bukan mesti diatasi dengan menggantikan kerajaan Islam dengan kerajaan pro barat dan tunduk kepada Amerika seperti Husni Muarrak di Mesir.

Apa yang Ebadi patut lakukan sebagai pembila penindasan ialah membetulkan kepncangan supaya Islam dilihat lebih sempurna dan revolusi Islam Iran lebih dihormati. Jika pemimpin ulama Iran itu lemah dan leceh, mereka wajar digantikan dengan ulama yang lebih baik, bukan menggantikan dengan pro Bush dan pro Israel.

Dunia Islam memang keliru dengan pimpinan Taliban tetapi ia perlu ditangani dengan membuat perubahan di kalangan Taliban, bukan menggantikannya dengan Raja Afghanistan yang tinggal di Rom. Akhirnya raja tua itu kekal sebagai orang buangan, Afghanistan ditadbir oleh gabnor Amerika dari bangsa Afghanistan bernama Karzai dan Kabul jadi sarang maksiat.

Ebadi boleh menjadi contoh menentang kezaliman, tetapi sebagai wanita Islam yang tidak bertudung, pada pandangan umat Islam sekarang, ia adalah jenis wanita yang paling tidak terpakai. Selemah-lemah wanita sikular sekarang, masih bertudung. Mereka juga tidak gemar kepada kerajaan Islam, tetapi masih bertudung. Bila tidak bertudung, jelaslah mereka jenis wanita Islam zaman sebelum merdeka dan zaman Islam tidak dipeludi oleh sesiapa.

Bertudung tidak semestinya baik dan taqwa, tetapi yang tidak bertudung, adalah wanita Islam ketinggalan zaman, atau seperti Kemel Ataturk yang mahu supaya Turki jadi macam Eropah tetapi sampai hari ini Eropah masih tidak perecaya Turki anti Islam. Mereka jadi alat dan hamba saja.

Walau Islam itu sempurna, tetapi demokrasi adalah yang terbaik selepas Islam. Untuk membetulkan kepincangan dan kelemahan pemimpin Islam dengan pro demokrasi, ia suatu yang munabah dan muhasabah. Tetapi yang dipertikai ialah pro demokrasi yang anti Islam.

Radin Ajing Kartini adalah wanita Islam didikan Belanda yang pertama menganjur supaya wanita Islam melucutkan tudung. Dia lalu dimahkotakan sebagai Seri Kandi wanita Indonesia. Tetapi dia bukan contoh wanita Islam yang baik. Cuma dia tidak semasyhur Ataturk dalam meruntuhkan budaya bangsa.

Sayang bagi Ebadi, seorang yang berbakat, tidak bekerja untuk membetulkan kepincangan negaranya, tetapi bekerja untuk mengembalikan penjajahan barat. Itulah yang dinamakan tikus membaiki labu.

16/10/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home