Subky Abdul Latif

Sunday, October 26, 2003

TUGAS ANDA LAKSANA HUDUD

APABILA kerajaan Terangganu mengumumkan bahawa enakmen jenayah syariah Terengganu diwartakan pada 1 Ramadhan 1424 bersamaan 27 Oktober, 2003, maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr. Rais Yatim pun bertanya dalam komen:

Siapa yang akan melaksanakan enakmen itu?

Sudah tentu pertanyaan itu adalah lanjutan dari perkembangan yang sudah lama. Datuk Seri Dr. Mahathir ketika isu undang-undang hudud itu timbul dulu memberi penjelasan bahawa beliau dan kerajaannya tidak bercadang hendak melaksanakan undang-undang itu.

Apabila Terengganu meluluskan enakmen tahun 2002 dan hendak menguatkuasakannya, maka Dato Seri Abdullah Badawi sebagai sifatnya Menteri Dalam Negeri, menegaskan pihaknya tidak akan memberikan kerjasama dalam perkara itu. Ia diikuti dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Terengganu ketika itu bahawa pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk menguatkuasakan enakmen itu.

Dato Rais sudah tentu faham betul akan sikap kerajaan pusat dalam perkara itu yang ia bukan sekadar tidak akan memberi kerja sama sebaliknya akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang dalam tindakan melaksanakan enakmen hudud itu didapati melakukan sesuatu yang dikira melanggar atau bercanggah dengan undang-undang negara dan perlembaaan.

Justeru itu beliau tidak nampak bagaimana ia dapat dilaksanakan dan siapa yang hendak dan boleh melaksanakannya?

Yang menuntut supaya undang-undang dan hukum itu dikuatkan kuasa ialah Allah dan ia dijelaskan dalam al-Quran. Kemudian ada nas dari sunnah Nabi SAW dan sirah para khalifah.

Perintah itu tidak ditujukan kepada malaikat dan jin. Ia juga tidak diarahkan kepada dinasuer dan gajah untuk menguatkuasakannya. Ia diarahkan kepada manusia.

Antara manusia yang dipertanggungjawabkan mereka yang beriman. Penjajah Inggeris yang menkluki Tanah Melayu dulu sudah tentu tidak merasa bertanggungjawab untuk mendaultankan hukum itu. Dan selepas merdeka tidak akan memikirkan MCA dan MIC merasa bertanggungjawab untuk memathui tuntutan itu. Mereka pun tak tahu ada perintah itu dan mereka tidak tahu apa untungnya jika ia dilaksanakan.

Macam perintah mewajibkan solat lima kali sehari semalam. Ia adalah perintah Allah. Siapa yang hendak menunaikan perintah itu? Jawabnya ialah orang Islam sejak baginda pulang dari Israk dan Mikraj hingga sampai hari kiamat.

Dato Rais Yatim tidak pernah bertanya siapa yang hendak melaksanakan solat lima waktu itu kerana beliau tahu ia ditujukan kepada manusia yang beriman. Sesiapa saja beriman, nescaya mereka solat tanpa disuruh.

Demikianlah kuat kuasa hudud. Asal manusia itu beriman maka dia bertanggungjawab untuk beriman dengan hudud, tidak kira dia menteri, polis, buruh, pengganggur atau abdi. Masing-masing ada tanggungjawab dan bahagian yang masing-masing wajar mainkan.

Kalau mereka raja dan menteri dari kalangan orang Islam, maka mereka bertanggungjawab mengadakan undang-undang itu. Jika mereka polis, maka mereka menangkap dan mendakwa orang yang disyaki di bawah undang-undang itu. Jika mereka hakim, maka mereka membicara dan menjalan penghakiman mengenainya. Jika mereka tidak berjawatan, maka mereka bersedia didakwa di bawah peraturan itu apabila mereka dituduh dan didakwa.

Tidak berbangkit soal itu dipolitikkan oleh orang itu dan orang ini. Jika seseorang hendak solat, maka tidak boleh kata orang itu menyebok atau pura-pura alim dan sebagaianya. Apabila seorang hendak solat, maka mereka tidak dihalang.

Jika solatnya tak betul, maka orang Islam seperti menteri perlu membantunya supaya solatnya betul. Jika anak tidak solat, maka ibu bapa boleh pukul anak itu.

Itulah tanggungjawab orang Islam. Sama ada mereka hendak solat atau tidak solat itu hal mereka, tetapi mereka tidak perlu bertanya siapa yang mengertakan solat.

Begitulah juga berhubung dengan hudud. Jika ia tidak dilaksanakan, Munkar dan Nakir tidak akan tanya gajah yang mati mengapa ia tidak laksanakan hudud. Dan gajah di negeri yang tidak melaksanakan hudud tidak akan didera oleh malaikat di tempat ia ditanam.

Tetapi yang akan ditanya ialah manusia. Yang tidak beriman, tidak perlu lagi kita bangkitkan kerana suratannya sudah diketahui. Tetapi bagi orang Islam, jahil atau alim, pasti ditanya kalau mereka tidak berusaha untuk mendaulatkannya.

Justeru itu kerajaan Terengganu dan Kelantan sepatutnya tidak menghadapi apa-apa rentangan untuk melaksanakannya kerana negeri itu terletak di Malaysia yang orang Islam masih berkuasa dan masih majoriti. Dan orang Islam tahu ia wajib dan mereka bertanggungjawab membantu kerajaan bagaimana ia boleh dikuat kuasakan.

Dato Rais sepatutnya adalah seorang daripada yang mesti ke depan untuk membantu Terengganu menguatkuasakannya. Dia tidak boleh berdiam diri dan tidak boleh menyerahkan kerja itu kepada orang lain saja.

Dato Rais tidak dapat pengecualian dari tanggungjawab itu. Peranannya mesti ada. Jika lepas ini dia bertanya lagi, maka masing-masing mesti memberi tahunya ‘ia adalah tugas anda.’

HD AINA
26/10/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home