Subky Abdul Latif

Saturday, November 22, 2003

TERENGGANU DIANCAM JIKA HUDUD CANGGAH PERLEMBAGAAN NEGARA

PADA hari Datuk Seri Dr. Mahathir berikrar tidak akan mengganggu pentadbiran Abdullah Badawi selepas berundur mulai November, 2003 ini, beliau juga membuat kenyataan yang boleh mengikat penggantinya dengan amaran mengenakan tindakan terhadap kerajaan Terengganu jika terdapat antara pelaksanaan hukum hududnya bercanggah dengan undang-undang negara.

Kenyataan itu dibuat di Institut Sultan Ahmad Shah, Universiti Tenaga Nasional, Bangi di hadapan 4,000 ahli Puteru UMNO pada 1 Ramadhan, satu hari bagi umat Islam memulakan ibadat paling bermakna membesarkan Allah.

Hari itu juga kerajaan Terengganu mewartakan enakmen jenayah syariahnya yang bererti hudud sudah boleh dikuat kuasakan bila-bila masa saja.

Sekalipun Dr. Mahathir tidak mahu mengganggu penggantinya, tetapi dengan menggariskan dasar yang dikira wasiatnya kepada penggantinya itu, jika diteruskan, nescaya akan meletakkan beliau bertambah tegang dengan kerajaan negeri Terengganu, sedang beliau bila-bila masa saja sudah tidak lagi terlibat dalam pentadbiran.

Risiko konfantasi itu akan tertanggung sepenuhkan kepada kerajaan baru.

Dasar kerajaan pusat di bawah pengaruh UMNO terhadap hukum hudud selama ini adalah jelas. Ia tidak bebrminat dan tidak akan menyokongnya. Tetapi mengapa tidaka diberikan saja kepada pimpinan baru kerajaan dan UMNO itu untuk membuat pendekatan baru supaya pimpinannya tidak terus bercanggah dengan peraturan Allah? Sedang Dr. Mahahir ingin melihatnya tidak terganggu.

Datuk Seri Abdullah dirasa baik dan dilihat yang terbaik dalam pimpinan UMNO. Bagi saya mengenalinya sejak saman persekolahan merasakan beliau rakan yang baik, cuma dia menyertai parti yang tidak padan dengan wataknya. Mungkin dengan pimpinannya, parti itu dapat dijinakkan seperti wataknya juga. Justeru itu apa salahnya diberi kebebasan kepadanya, moga-moga dapat membuat pendekatan baru mengenai isu terssebut.

Tidak dinafikan ada percanggahan antara hukum al-Quran itu dengan perlembagaan Malaysia dana undang-undang ciptaan manusia hang terlaksana di negara kita sekarang. Tetapi dari segi pelaksanaan dan prosidur mungkin ada persamaan. Tetapi jika ada pelaksanaan yang bercanggah, mala perlembagaan negara sudah menentukan mana-mana yang bercanggah itu terbatal dengan sendirinya.

Tetapi bagaimana pula dari sisi Islam? Bukankah mana-mana yang bercanggah dengan al Quran dan Sunnah NabniNya, maka dengan sendiri ia pula yang terbatal.

Kalau kerajaan pusat berkeras dan berdegil untuk menegakkan benang basahnya juga, maka tidak ada apa-apa untungnya bagi semua orang. Perbezaan beliau dengan empat Perdana Menteri yang terdahulu ialah beliau cucu dan anak ulama. Beliau boleh menjadi imam hatta di masjid-masjid. Dan beliau ada pengetahuan agama Islam yang memadai bagi dirinya.

Maka beliau tidak wajar terbelenggu dalam hal ehwal agama Islam seperti orang-orang sebelumnya.

Dalam keadaan kerajaan pusat terperangkap dengan politik dan diplomasi masyarakat majmuk dalam negara dan serangan globalisasi anti Islam antarabangsa, ia sudah tentu tidak dapat berbuat semua yang dituntut oleh Islam, tetapi ia tidak pula tidak boleh buat semua. Sepatutnya ia mesti positif untuk berbuat apa yang boleh dibuat.

Sekalipun politik di Terengganu dan yang dianuti oleh sebahagian besar dari penduduk Islam Malaysia tidak gembira dengan kerajaan pusat yang tidak positif dengan enakmen hudud itu disebabkan oleh tiada keberanian, tetapi ia wajar bersifat tidak menentang apabila kerajaan negeri pilihan rakyat memerlukan kerjasama dengan beberapa perbezaan yang boleh diselesaikan secara berunding.

Ada antara pelaksanaannya boleh dibuat sendiri oleh kerajaan negeri, tetapi ada yang terpaksa dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan pusat. Walaupun kerajaan negeri mempunyai hak dalam perkara agana Islam, tetapi ia tidak suka bertegang isang untuk melaksanakan haknya. Ia suka dan memilih jalan berunding, bekerjasama dan bertolak ansur.

Dengan cara demikian kedua pihak berada dalam keadaan menang menang.

Bagaimana sabar sekali pun kerajaan negeri, maka ia tidak wajar menunggu sehingga kiamat dulu untuk melaksanakan enakmen yang diakini dibuat secara taqwa. Ia mesti dilaksanakan secara bersistematik dan berhikmah. Berkonfrantasi dengan kerajaan pusat bukan pilihan. Jika berlaku ia adalah pilihan kerajaan pusat.

Ayat dua surah al Buqarah bermaksud: Inilah kitab (al-Quran) tidaik syak lagi adalah panduan orang-orang yang taqwa.

Enakmen itu digubal bersandarkan dari arahan wahyu iaitu al-Quran, Assunah, ijma’ ulama iaitu pandangan semua mazhab dan qias. Apabila ia dibuat berpandukan kitab suci, maka ia adalah tanda undang-undang taqwa. Dari segi mantiqnya, tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan maka ia tidak taqwa. Orang taqwa mesti berpandu kepada al-Quran, dan orang tidak taqwa mustahil berpandukan kepada al-Quran.

Tempelak enakmen di Kelantan dan Terengganu itu sebagai hudud PAS dan bukan hudud Islam adalah dibuat oleh orang yang tidak dapat mengemukakan nas-nas yang berpandukan kitab suci. Maka logiknya ia dilemparkan oleh orang yang tidak taqwa.

Betapa tiada peruntukan bagi menghukum suami yang meliwat isteri, ia bukan alasan enamen itu bukan hudud. Perkara itu tidak termasuk dalam hudud. Ia boleh didakwa dibawah takzir.

Yang dibimbangkan ialah tempelak itu, sekalipun sasarannya adalah terhadap PAS, tetapi tidak mustahil ia telah menempelak hukum hudud itu sendiri yang bermakna ia juga menempelak Allah. Justeru itu umat Islam keralah cermat untuk membuat sebarang komen tentang perintah Allah. PAS boleh dikritik tetapi Allah mustahil boleh dikritik.

Tidak memberi laluan kepada pelaksanaannya dan tidak memberi kerjasama dengan pihak yang hendak melaksanakannya, boleh dikira membantah dan engkar kepada perintah suci itu.

Rakyat Terengganu sudah bersedia menunaikan peraturan yang sudah diwartakan itu. Ia adalah janaji PAS dalam manifestonya. Dengan janji itu rakyat menyokongnya dalam pilihan raya lalu. Tetapi jika rakyat tidak mempertahankannya, maka rakyat akan hilang bukan saja enakmen hudud tetapi status sebagai negeri Islam.

Justeru itu dalam pilihan raya yang sudah dekat itu, rakyat mesti memenangkan semula kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan Islam. Jika ia kalah, maka kerajaan BN akan menghancurkan nilai-nilai Islam yang sudah dibina sejak empat tahun lalu.

Rakyat Terengganu tentu telah belajar dari kejadian di Afghanistan. Walaupun banyak kelemahan kerajaan Taliban dulu, tetapi ia adalah dalam rangka melaksanakan Islam. Pemimpin-pemimpin berstatus ulama Afghanistan bekerjasama dengan Amerika untuk menggulingkan Taliban.

Taliban berjaya digulingkan, tetapi menjadikan Afghanistan seperi Holywood. Filem lucah ditayangkan di panggung-panggung dan kebebasan wanita yang tidak terhad hingga untuk pertama kali ratu cantik Afhanistan memperagakan tubuhkan kepada dunia dengan hanya bercori dan spender kecil.

Ke mana Prof. Burhanuddin Rabbani dan ulama-ulama yang menjemput Amerika menggulingkan Taliban dan ke mana raja Afghanistan yang keciwakan oleh Amerika itu?

Apa yang berlaku di Afghanistan itu ialah gara-gara ulama anti Taliban dan rakyat Afghanistan mencela syariah yang cuba ditegakkan oleh mujahidin dan Taliban. Terengganu belajar betapa buruknya bidaah menggantikan pentadbiran Islam dengan suatu yang lain daripadanya. Afghanistan kini lebih buruk dari sebelum ia diceroboh oleh Soviet Union dulu.

WDI
22/11/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home