Subky Abdul Latif

Monday, December 01, 2003

DOKUMEN NEGARA ISLAM, ILMU YANG WAJAR DIPELAJARI

DOKUMEN Negara Islam yang PAS lancarkan pada 17 Ramadhan lalu atau pada 12 November lalu bukan satu memorendum yang orang boleh terima atau boleh tolak. Ia adalah satu testeman yang semua orang wajar pelajari khususnya umat Islam.

Ia sepertilah lain-lain ilmu dalam Islam yang orang islam wajar pelajari dan ketahui.

Orang-orang awam yang terhad pengetahuannya atau terhad keupayaannya untuk menguasai ilmu-ilmu pengetahuan, mungkin tidak berupaya untuk memahaminya atau tidak terdaya untuk mempelajarinya, tetapi yang mengaji dan yang terang hatinya, ia satu yang wajar dipelajari dan dikaji bagi mengetahui apakah yang dikatakan sebuah negara Islam.

Macam ilmu faraid, pembahagian harta pusaka kepada waris, apakah seseorang itu menguasai ilmu itu atau tidak, adalah masalahnya, tetapi ilmu faraid wajar dipelajari oleh orang Islam bagi membolehkan pembahagian harta pusakat secara Islam dapat diamalkan.

Soal orang Islam hendak mengikut pembahagian mengikut faraid atau bahagi secara sama banyak antara adik beradik laki-laki dan perempuan bergantunglah kepada tahap iman dan aqidah seseorang. Tetapi Islam sudah pun menggariskan ilmu faraid secara sempurna.

PAS sudah membuat kajian yang ilmiah mengenai konsep negara Islam dan sudah dibentangkan kepada masyarakat untuk dikaji dan dipelajari. Tidak berbangkit ilmu itu hendak dibantah kerana ia adalah satu ilmu.

Soal ia ditolak oleh dunia adalah suatu yang hal lain. Kalau dunia merasakan mereka tidak wajar berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana ia bukan dari ajaran agama mereka, ia adalah masalah mereka, tetapi orang Islam tiada pilihan, ia adalah amalan yang wajib.

Tidak semua orang Islam berpolitik dan tahu politik. Justeru itu tidak seluruh Islam sedar bahawa politik itu penting dan afdzal bagi Islam. Hanya yang tinggi fahaman dan kesedaran Islamnya, kominted dengan politik Islam. Kerana Allah tidak menjadikan semua orang ahli dan tahu politik, maka tinggalkan politik Islam itu kajaian ahli-ahli politik dan para akadimi Islam yang menjurus pada bidang itu.

Sebelum ini ilmu itu umum dan tidak dibukukan secara spasifik. Banyak yang bertanya bentuk sebuah negara Islam? Adakah ia mengikut amalan di Arab Saudi atau Iran atau yang didakwa berjalan di Malaysia di bawah di bawah Dr. Mahathir?

Justeru PAS komited dengan politik Islam, maka menjadi tanggungjawab kepadanya membentangkan sebuah dokumen umum mengenai sebuah negara Islam setelah menelitinya dari pandangan semua mazhab. Moga-moga semua pihak ahli-ahli ilmu dalam MIC, DAP, Amerika, CIA dan lain-lain dapat menelitinya. Bagi CIA dan para orinetalis, Dokumen Negara Islam yang dilancarkan oleh PAS itu adalah ilmu yang berguna kepadanya sebagai tambahan kepada kajiannya kepada perkara itu.

Bagi ahli-ahli ilmu Islam khususnya yang sudah sedia ada ilmu dalam perkara itu sudah tentu bertanggungjawab untuk menelitinya dan menokok tambah akan kekurangan dan kelemahannya. Jika ada kekurangan, adalah satu tanggungjawab mereka membaikinya atau menegurnya supaya ia boleh diteliti oleh Majlis Syura Ulama PAS bagi menyempurnakannya.

Sekiranya ada yang tidak betul, maka ia mesti dibetulkan.

Tanggungjawab ihli ilmu dalam Islam bukan seperti tikus membaiki labu atau bukan seperti hakim beruk. Mereka bertanggungjawab untuk ilmu Allah itu tidak diselewengkan. Soal itu tidak upaya disempurnakan oleh setengah umat Islam adalah satu hal yang lain, tetapi ilmu dan konsep negara Islam itu mesti diketahui bentuk dan zatnya.

Umat Islam masa akan datang tidak dapat menerima ada orang Islam yang jahil tentang ilmu negera Islam. Pada hari ini orang Islam boleh memahami jika orang Islam khusus yang berusia lanjut tidak tahu bentuk dan konsep negara Islam disebabkan mereka tidak didedahkan dengan topik itu semasa mereka muda dan bersekolah dulu.

Tetapi hari ini negara Islam adalah isu yang menjadi perbincangan global. Kalau CIA dan orentalis berlumba-lumba mempelajarinya, maka mengapa anak-anak orang Islam tidak memelajari ini.

Anak gadis Bill Clinton, bekas Presiden Amerika mengambil sejarah Islam sebagai kajian di unversisti. Semasa saya di Chicago tahun 2001, saya difahamkan kerajaan Amerika menghendaki beribu-ribu guru Islam untuk menjadi guru tentera dan penjara, maka sudah tentu ia satu cabaran kepada umat Islam bagi mengetahui setiap cabang ilmu dalam Islam. Negara Islam adalah subjek paling populer yang tentu diminanti oleh lebih ramai.

Atas perkembangan itu kepekaan umat Islam terhadap negara Islam itu bertambah, dan justeru itu dunia mengharapkan orang Islam mesti tahu tentang ilmu negara Islam. Dan bagi umat Islam 50 tahun akan datang pula kebanyakan umat Islam menerima pengetahuan dan keyakinan terhadap konsep negara Islam itu sama seperti mereka menerima amalan puasa dan zakat itu adalah penting.

Akan tiba waktunya orang melihat orang Islam yang memandang remeh tentang negara Islam sama seperti orang Islam yang tidak berkhatan. Berkhatan sekadar sunat. Ia sah Islam kalau tidak bersunat. Tetapi seorang Islam yang tidak bersunat dilihat oleh masyarakat Islam sebagai seorang Islam yang tidak sempurna. Justeru itu sejahil manapun, orang Islam baik kanak-kanak atau dewasa, tetap mengutamakan bersunat.

Dokumen Negara Islam yang dibentangkan itu menjelas dan menegaskan lagi pendirian PAS dalam hala tuju politiknya. Ia dibentangkan kepada masyarakat menjelang pilihan raya umum pada ketika parti itu berusaha mendekati masyarakat bukan Islam. Dan masyarakat bukan Islam sudah sedia tahu akan pendirian PAS itu sejak ia ditubuhkan pada 23 Ogos, 1951 dulu.

Mungkin ada antara aktivis PAS tidak mahu bercakap tentang negara Islam, kerana takut tidak akan dapat meraih undi orang bukan Islam. Tetapi dalam keadaan apapun orang bukan Islam tetap percaya bahawa matlamat PAS tidak akan berganjak dari negara Islam sekalipun ada orang PAS takut untuk menyebutnya. Mereka tidak akan percaya PAS akan menggugurkan cita-cita itu.

Dengn ini orang bukan Islam di negara ini tidak akan keliru lagi tentang konsep negara Islam degan terbitkan dokumen itu. Ia satu peluang baik bagi mereka mengetahui negara Islam lebih dekat dan mengenali PAS lebih dekat. Atas berkat inilah dipercayai 15 anggota DAP Terengganu mahu terrus bekerjasama dengan kerajaan Terengganu.

Akhirnya antara UMNO dan bukan Islam, yang lebih takut kepada Dokumen Negara Islam itu ialah UMNO. Orang bukan Islam yang suka mengkaji akan mendapati negara Islam itu bukanlah suatu yang ditakuti dengan izin Allah. Tetapi percayalah yang mendekatkan hati orang bukan Islam kepada negara Islam, bukan PAS, ia adalah dengan izin Allah. Rasulullah SAW tidak berjaya mendekatkan Islam kepada bapa saudaranya Abu Talib, hanya Allah yang boleh menggerakkan hatinya. Tetapi Allah tidak menggerakkan hatinya.

01/12/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home