Subky Abdul Latif

Monday, December 29, 2003

HABIB MENAGIH BAKI TOL

SAYA jarang dapat peluang bermotokar bersama Habib, seorang jiran sekampung yang 20 tahun lebih muda. Saya suka kalau dia selalu dapat memandu kereta di sebelah saya terutama dalam pejalanan yang jauh.

Yang menamba hati tentang Habib bukan sekadar dia boleh membawa kita ke mana saja tetapi dia boleh menyegarkan kita ; tidak banyak mengantuk semasa bertokar. Segala-galanya ialah dia boleh memulakan perbualan dan tidak putus-putus akan membangkitkan itu dan ini sepanjang perjalanan.

Dari soal politik, sosial, rumah tangga dan berbagai-bagaikan.

Bagi menutup kegiatan hubungan saya dengannya dalam tahun 2003, Habib saya ajak ke Ipoh. Mungkin kerana penat mendengarnya dan melayannya selama lebih tiga jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh, saya tidak begitu menghiraukan lagi perkembangan di sekitar semasa kamu masuk ke Plaza Tol di Ipoh.

Caj tol sekitar RM21+. Tiada duit kecil. Saya memberi not RM50 kepada Habib. Habib menyerahkan not itu kepada operator plaza, seorang laki-laki separuh umur. Saya antara dengar dan tidak Habib dan operator itu bercakap tentang duit syiling.

Operator itu memulangkan baki wang kepada Habib. Habib menerima risib dan baki tol dan dia menyerahkan semua yang diterimanya kepada saya.

Yang ada di tapak tangan sata beberapa keping duit syiling dan beberapa helai not seringgit, biru-biru belaka.

Otak saya tidak berjalan. Habib mula memacu motokar pergi dari kotak jerat pemandu itu. Semsa saya hendak memasukkan duit bagi itu ke dalam poket, Habib yang menjeling duit itu bertanya. ‘Pasal tak ada duit merah? Dia bagi tak cukupkah?’
‘Entah!’ balas saya dan saya lihat semula, benar tiada yang merah.
‘Dia bagi tak cukup ni,’ ujar Habib lagi. Tapi dia terus memecut.
‘Betulkah?’ Saya tak jadi memasukkannya ke poket dan membilang. RM20 lagi tidak dipulangkan. ‘Betul tak cukup,’ kata saya.
Habib laju juga.
‘Habib, berhenti!’ Motokar banyak di belakang. Tidak boleh berhenti serta merta. Sementara memberi isyarat untuk berhenti di tepi jalan sebelah kiri, jarak dengan plaza tol sudah kira-kira lima rantai. Kereta dari belakang berlari macam anak puyuh. Silap-silap nani dirempuh kereta dari belakang.

Habib minta resip dan semua duit di tangan saya. Dia keluar berjalan ke plaza tol untuk bertanya dan menagih baki yang tidak cukup dipulangkan.

Saya tidak tahu apakah ia satu kesilapan dan kecuaian operator atau ia disengajakan kalau-kalau kita tidak perasan. Memang saya tidak perasan. Dan kalau saya tidak disedarkan oleh Habib, maka jelaslah RM20 itu boleh menjajdi miliknya atau diserahkan kepada pihak berkuasa tol.

Tanpa mengetahui keadaan sebenar, ketika itu saya mengesyaki ia bukan satu kecuaian tetapi ia adalah disengaja dan satu penipuan, cuma memperdaya orang-orang yang alpa. Yang tidak alpa akan bertanya, ‘Mana lagi duit? Tak cukup!’ Tetapi bagi yang alpa, maka duit baki itu menjadi pendapatan tambahannya hari itu. Maka dia mungkin berkata, ‘Maaf. Tersilap.’ Baki itu dipulangkan serta merta.

Ramai mana agaknya orang yang diperbodohkan seperti itu setiap hari?

Syak begitu, berdosa. Tetapi begitulah mudah hati ini dihasut untuk membuat sangkaan buruk terhadap orang lain tanpa usul periksa.

Tetapi dapatkah baki itu dtpulngkan sedang masa sudah berlaku dan apa buktinya ia tidak dipulangkan? Pemandu juga boleh dituduh sengaja hendak memalu dan memperdayakan operator plaza tol untuk mendapatkan wang atau cuba menipunya.

Kalau dia tidak s edar apa yang dilakuiannya, bagaimana dia boleh menerima yang dia tidak memulangkan baki itu secukupnya. Dan dia boleh dibersetuju dan tidak bersedia memenuhi tuntutan itu. Dari anggapan saya, tidak mudah lagi dituntut perkara yang sepatutnya dituntut serta merta.

Saya tinggal di motokar. Habib berjalan kaki ke pintu tol menemui operator berkenaan.

Habib yang tiba semula di motokar tidak menghulurkan semua wang itu kepada saya. Dia tersenyum. Mula-mula katanya, ‘Tak dapat!’ Tetapi senyum seperti itu menyebabkan saya tidak percaya.

Habib, ‘Senang saja dia memulangkan.’ Dia tidak bertanya betulkah atau cuba meragui Habib. Apabila Habib minta bagi yang belum dijelaskan, tanpa sebarang persoalan, dia terus memberi RM20, seolah-olah dia sudah tahu yang wang itu belum diserahkan.

Ia menguatkan syak saya. Saya suka berkompromi bahawa syak saya itu tidak pernah saya buktikan.

Habib juga terasa pelik dengan cara mudah saja dia memulangkan dakwaan baki yang dipulangkan tidak cukup.

Sebelum berpisah tengah malam itu Habib menyeluk poketnya untuk memulangkan baki itu kepada saya. ‘Pada ana wang itu sudah hilang di plasa tol. Ambil saja bagi anak-anak. Ia razki anak-anak anta!’

WATAK
29/12/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home