Subky Abdul Latif

Wednesday, December 24, 2003

KEBEBASAN BERPAKAIAN SUDAH DIRAMPAS

PERANCIS sudah memperundangkan betapa guru-guru dan murid-murid perempuan tdak dibenarkan berhijab semasa ke sekolah dan undang-undang itu juga melarang wanita Islam menutup kepada semasa bertugas. Jerman juga membuat peraturan yang sama melarang guru perempuan bertuduk, tetapi tidak pula mengenakan syarat serupa kepada murid-murid perempuan yang memilih peraturan berpakaian Islam itu.

Larang belakang peraturan itu kononnya ialah bangsa Eropah itu tidak mahu mengenengah simbol agama ditonjolkan di tengah masyarakat berbilang agama, budaya dan kepercayaan itu.

Perancis telah lama memperkenalkan dasar anti berpakaian Islam itu yang dipelopori oleh kesatuan sekerjanya.

Anak saya dipilih oleh universitinya mengikuti latihan akadamik di Perancis lima tahun lalu. Bengkel latihan di pantai peranginan Perancis, tiga jam berkereta api dari Paris tidak berani menerima anak saya mengikuti latihan amali kerana takut dibantah oleh kesatuan sekerja, kecuali anak saya melucutkan tudungnya.

Anak saya enggan melucutkan pakaian pilihannya. Seorang profesor yang simpati dengannya membenarkannya mengikuti kelas pelajar-pelajar PhD selama empat bulan.

Perancis adalah antara negara tamaddun Eropah yang paling awal membebaskan amalan diskriminasi agama, kulit dan kaum. Orang kulit hitam keturunan Afrika telah lama mendapat layanan yang sama seperti rakyat kulit putih. Cendikiawan Islam terasa tersepit untuk melahirkan firan Islamnya di negaranya ramai berhijrah ke Perancis kerana kebebasan menyatakan pandanngan dan memilih cara hidup bebas subur di Perancis.

Justeru itu dunia menerima Paris sebagai pusat kegiatan UNESCO, pertubuhan pendidikan, sains dan kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi Perancis sudah menjadi negara yang terbuka lagi. Ia mundur. Mindanya mula tertutup. Yang terbuka cuma pakaian.

Jerman juga memberi kebebasan kepada semua orang memilih pakaian yang disukai. Sejak berpuluh-puluh tahun Jerman menjadi syurga pekerja asing terutama dari Turki. Pernah satu ketika ‘gast arbaitor’ dari Turki mencecat angka empat juta orang. Antara yang membantu Jerman berbangga dapat membangunkan ekonomi.yang mengkagumkan selepas perang dunia kedua adalah dari keringat dan peluh rakyat Turki.

Bangsa Turki selepas Ataturk tidak berpegang kuat kepada agama Islam. Apa lagilah yang berhijrah ke Jerman. Tetapi Islam menentukan peraturan berpakaian. Para hoja – guru agama – tidak dapat memaksa penganut Islam mengikut disiplin pakaian Islam terutama di Eropah. Jerman memberi kebebasan kepada pemastuatinnya memilih pakaian. Kebelakangan ini wanita Turki memilih berpakaian secara Islam. Wanita Islam yang memilih pakaian secara Islam bertambah.

Tetapi Jerman juga mulai keliru. Ia memberi kebebasan kepada orang ramai membuat pilihan, tetapi masing-masing hanya bebas memilih mendedahkan aurat, tetapi tidak begitu bebas memilih mnutup aurat. Wanita boleh mendedahkan pangkal peha dan mempamirkan sebahagian dari bentuk payu dara, tetapi tidak bebas menutup leher dan kepala.

Di Malaysia juga terdapat orang-orang yang mendakwa berfikiran terbuka mahu setiap pihak diberi pilihan menentukan pakaian masing-masing. Dalam suasana rakyat bebas memilih pakaian itu, maka bertambah ramai yang memilih berpakaian secara Islam. Wanita mulai melcutkan skirt dan memilih berseluar, berbaju labuh dan bertudung lingkup. Hatta ada yang selesa menutup muka. Berserban, berjubah dan berkopiah putih bukan lagi sutu pakaian janggal bagi laki-laki.

Kalau pakaian ke pejabat mesti kemas dan bertali leher, tetapi ramai yang mengikut arahan itu memilih berketayap.

Masyarakat terbuka Malaysia juga memberi pilihan sama ada mahu berkumis atau berjanggut atau tidak berjangut dan tidak bermisai. Masyarakat Islam mengingatkan sama sendiri supaya tidak mendedahkan aurat, pilihlah apa jua dirasakan selesa.

Saya menghormati pendirian orang-orang yang tidak bersetuju memaksa semua orang mesti berjubah dan berkopiaha putih. Saya juga menghormati pendirian supaya wanita menutup itu memilih pakaian Melayu dan apa jua festen tradisional. Ia selari dengan kehendak individu menentukan fesyen pilihannya.

Tetapi yang mengeciwakan saya ialah orang tidak mahu dirinya dipaksa berkopiah putih dan berserban, tidak pula bersetuju memberi pilihan kepada orang yang memilih berkopiah putih berkopiah putih dan berjubah.

Dia tidak suka orang memaksa orang lain mesti bertudung dan mesti berserban, tetapi bila anaknya memilih bertuduh lingkup, dia marah anaknya memilih bentuk pakaiannya. Ada bapa mengugut hendak memberhentikan anak gadisnya yang belajar di London kerana memilih bertudung.

Saya kenal seorang si Tanggang yang tidak suka orang lain dipaksa berserban dan berkopiah putih kerana ia menghalang kebebasan individu memilih pakaian. Tetapi dia tidak senang dengan yang berkopiah putih datang ke pejabat. Tidakkah si Tanggang ini sedar bahawa dia sudah tidak senang kepda individu tertentu memilih pakaian yang selesa untuknya?

Setengah duta menentukan supaya pelajar-pelajar agama dari Malaysia yang belajar di negara duta itu berkhidmat, mengingatkan pelajar-pelajar membeli baju batik dan songkok apa hadir ke keramaian di kedutaannya. Setengah cuma ada jubah dan ketayap dan itulah personaliti setengah diri mereka. Menasabah masing-masing ada semua jenis pakaian dan menggunakananya bila sesuai dan bila selesa. Tetapi melarang orang memilih jubah hadir adalah menyekat kebebasan berpakaian.

Si Tanggang itu saya kira adalah seorang yang keliru dan sekarang Perancis dan Jerman juga sudah keliru seperi si Tanggang juga.

24/12/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home