Subky Abdul Latif

Monday, December 22, 2003

MENTERI NAZRI LATAH DALAM DASAR ANTI RASUAH PM

APAKAH bijak bagi Perdana Menteri baru dalam menjaga hubungannya dengan bekas Perdana Menteri dalam dasar anti rasuah kerajaan pusat sekarang?

Dasar memerangi rasuah adalah imej Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi yang dimulakannya di Kuching beberapa minggu sebelum menjadi Perdana Menteri. Ia suatu yang baik untuk negara. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, maka memerangi rasuah itu dikira sebagai keutamaan pentadbirannya.

Tidakkah ia dikira terlalu cepat dan ketika orang masih teringat-ingatkan jasa dan kehebatan Perdana Menteri yang baru pergi? Apabila ia ditimbulkan sebagai keutamaan dalam pentadbiran sekarang, dengan sendirinya ia dirasakan ssebagai suatu yang tidak diberi perhatian oleh pentadbiran lalu. Memang imej pentadbiran dulu tidak bersungguh membeteras rasuah. Dato Seri Abdullah tidak mahu mewarisi imej itu, tetapi apakah ia wajar dibuat serta merta?

Dan Dato Abdullah akan memasuki ambang pilihan raya umum dengan imej memerangi rasuah atau menyambung usaha Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Anti Penyewengan kabinet semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Dasar Dato Seri Abdullah itu disambut baik oleh semua pihak dan ia memberi semangat kepada kaki tangan Badan Pencegah Rasuah.

Orang pertama yang menjadi objek tindakan BPR ialah menteri yang bertanggungjawab atas pemberian lesen teksi iaitu Dato Nazri Aziz. Tetapi teksi adalah kenderaan awam dan sebenarnya dasar kenderaan bukan ditentukan oleh satu kementerian. Kenterian Pengangkutan ada peranan dan kementerian kerja raya pun terlibat.

Mantan Perdana Menteri dulu diagungkan sebagai orang yang cekap, tetapi dengan mengagih-agihkan dasar kenderaan kepada beberapa menteri, menjadikan sistemnya cacamerba.

Menteri Nazri terpaksa ditemui oleh BPR. Orang yang ditemui BPR tidak semestinya sasaran atau terbabit dengan rasuah. Orang yang dituduh rasuah pun belum boleh disabitkan rasuah selagi mahkamah tidak memutuskan ia rasuah.

Menteri Nazri dikehendaki bagi membantu penyiasatan. Tetapi Nazri seorang yang tidak suka diam. Dia membuat kenyataan menempelak pegawai BPR yang hendak menemuinya.

Dia membangkitkan dia majikan kerana dia menteri dan pegawai BPR adalah pekerja kerana dia makan gaji dngan kerajaan. Dia bergaji besar dan sebelum jadi menteri, dia sudah kaya. Dia juga membangkitkan dia peguam.

Pegawai BPR yang berkenaan pula menjawab tempelak menteri bagi membela diri’

Tumpang semangkuk ialah orang kuat bas, Dato Raja Ahmad Zainuddin. Dia juga MP Barisan Nasional bagi kawasan Larut.

Menteri itu mendakwa bahawa dia sedia ditemui tetapi dia bercakap macam-macam menyalahkan pegawai BPR yang menerangkan bahawa mereka akan menyiasat pihak yang mengeluarkan pemit termasuk menterinya sekali.

Sehingga ini orang tidak mengesyaki apa-apa tentang menteri itu. Yang berbangkit ialah ada surat pembaca dalam akhbar yang minta pemberian lesen teksi yang begitu banyak kepada pihak-pihak tertentu dan minta BPR membuat penyiasatan.

Maka pemberita pun minta penjelasan BPR. Apa tindakannya?

Apa yang BPR boleh jawab selain dari menyatakan akan disiasat. Siapa yang akan disiasat? Maka yang bertnggungjawab dalam pengeluaran lesen teksi ialah Menteri Nazri. Mungkin pemberita tanya adakah menteri Nazri akan disiasat kerana pemberita tahu Nazri adalah menteri berkaitan.

Memadai ssekadar kata ya atau mengangguk, maka wartawan boleh tulis menteri berkenaan akan disiasat.

Bagaimana watak dan perangai pegawai BPR itu tidak diketahui, tetapi menteri Nazri pergi berperang mulut dengannya melalui akhbar dan media itu mengapa?

Pegawai kerajaan menjalankan tugasnya mengikut profesionnya. Dulu BPR terpaksa meminta persetujuan Perdana Menteri untuk membuat penyiasatan kiranya ada menteri dan pembesar dibabitkan dengan rasuah.

Sekarang Perdana Menteri mahu rasuah dibendung. Maka pegawai diberi kuasa untuk membuat siasatan dan tidak kira siapa.

Apabila pegawai PBR menyiasat hingga ke dalam kelambu, maka menteri macam orang latah, latah apabila namanya disebu. Dia pun bercakap seperti orang latah.

Sepatutnya dia berdiam diri saja. Macam Menteri Pembangunan Luar Bandar. BPR juga masuk ke agensi di bawah kementeriannya. Gempar susana dengan berita mengenainya disiarkan. Tetapi tidak pula dilihat menterinya berkata itui dan ini kepada akhbar.

Tetap Nazri berkata macam-macam. Orang melihat menteri Nasri seperti mahu berperang dengan BPR. Dia juga seperti berlawan dengan pegawai-pegawa kerajaan.

Apa kena mengenai maka dia menyatakan bahawa dia sudah kaya sebelum menjadi menteri? Tidak semestinya orang kaya tidak rasuah dan tidak pula semestinya juga orang kaya rasuah. Sama juga dengan menteri; tidak semestinya menteri mesti rasuah dan tidak semestinya menteri takutkan rasuah.

Nazri mengaku dia adalah peguam. Tidak ada hubungan dia peguam atau bukan peguam dalam perkara ini. Jangan fikir peguam bersih dari rasuah.

Anwar Ibrahim adalah pengerusi anti penyelewangan kabinet semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tugas beliau adalah untuk memestikan penyelewengan dapat dibendung dalam kerajaan. Termasuk mahu mengelakkan para menteri dan pegawai terlibat dalam penyelewengan.

Tetapi beliau didakwa dan disabitkan oleh mahkamah dibuat akta rasuah. Soal dia ada melakukan atau tidak melakukan, adalaha cerita lain, tetapi di bawah kuat kuasa akta rasuahlah menteri itu dipecat dari UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, didakwa dan dipenjarakan.

Kalau orang yang dibayangkan untuk menjadi Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri boleh didakwa di bawah peraturan rasuah, maka siapa saja boleh terbabit dan disabitkan dengan rasuah.

Jika seseorang beranggapan bahawa seorang peguam kebal dari rasuah, maka ia adalah fikiran yang salah. Malaysia adalah negara yang istimewa. Bukan sekadar peguam boleh disiasat, malah Ketua Hakim Negara boleh didakwa dan dipecat dari jawatan. Malah Ketua Polis Negara pernah dipecat dan didakwa kerana jenayah memukul orang.

Oleh kerana itu bukan suatu yang pelik kalau orang biasa seperti Nazri ditemui oleh pegawai BPR. Tidak semestinya yang ditemui BPR itu kerana kesalahannya, tetapi BPR memerlukan bantuannya untuk menyiasat kes lain.

Kerana karenah Nazri demikian, ia boleh memalukan Perdana Mentenri yang hendak memerangi rasuah. Perdana Menteri logiknya mahu kabinetnya bersih dari rasuah. Sebelum orang ramai dan pegawai-pegawai menjauhkan diri dari rasuah, menteri-menteri yang disekelilingkan adalah terdiri dari orang yang bersih belaka.

Melihat menteri Nasri bising, maka Perdana Mentenri meminta menterinya jangan lagi berdebat dengan pegawai. Barulah menteri Nazri diam dan orang kuat bas Dato Raja Ahmad Zainuddin pun diam.

Lepas itu rombongan pegawai BPR pun pergi ke pejabatnya dan menemuinya. Nazri tidak lagi menzahirkan diri sebagai orang latah seperti itu.

Pada hal yang baik bagi seorang menteri ialah diam dan biarlah BPR membuata penilaian atas siasatan. Yang disiasat belum bersalah selagi hakim tidak memutuskan dia bersalah.

WDI
22/12/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home