Subky Abdul Latif

Monday, December 08, 2003

TDM PAJAK HOTEL DI MEKAH, BAWA PEKERJA UMRAH

KERAJAAN dulu beli tanah berpuluh juta ringgit di sebelah jerat di Semenyih, Selangor entah untuk apa. Nak dibangunkan payah dan hendak dijualpun payah. Kerajaan Negeri Terengganu dulu dan sekarang terpaksa menanggung faedah ribanya berjuta juga.

Kerajaan baru pimpinan ulama juga menggalakkan pelaboran. Maka agensinya TDM dan Yayasan Islam Terengganu mengadakan kerjasama mengendalikan syarikat pelancongan Indahsari Tavel & Tours dan memajak sebuah hotel kira-kira empat rantai dari Majidil Haram di Mekah.

Hotel baru 16 tingkat dengan 300 katil itu serantai saja jaraknya dari Hilton Mekah. TDM menamakannya Khasru Darul Iman dirasmikan oleh Sultan Miran Zainal Abidin pada 3 November lalu. Menteri Besar Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pelaksanaan Syariah Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi TDM hadir sama.

Sempena perasmian itu Sultan dan pembesar-pembesar kerajaan Terengganu itu dapat pula mengerjakan umrah dan bertarawikh di Masjidil Haram. Serentak dengan kehadiran Sultan Terengganu itu, pegawai-pegawai tinggi, pekerja-pekerja TDM dan serombongan rakyat Terengganu menjadi penginap pertama di hotel ‘Istana Darul Iman’ itu. Mereka adalah rombongan pertama umrah yang dikendalikan oleh projek yang dinamakan Umrah Darul Iman.

TDM merancang untuk mengendalikan urusan umrah sepanjang tahun bagi memanfaatkan hotel itu supaya berpenghuni dari semasa ke semasa. Dato Seri Menteri Besar menasihatkan TDM mengenakan perbelanjaan yang semurah-murahnya kepada jamaah umrah dan haji supaya lebih ramai rakyat biasa berpeluang menunaikan umrah.

Tidak sekadar watan Terengganu berumrah dengan projek TDM itu. Orang dari Kuala Lumpur, Manjung. Ipoh, Kuantan dan lain-lain ikut sama dalam Umrah Darul Iman itu. Mengapa? Tanya saya.

Rata-rata menjawab, ‘Murah.’ Ada yang memberi tahu, ‘Saya sudah merancang datang dengan syarikat lain dan sudah menjelaskan RM6,000. Tiba-tiba saya dengar umrah dengan TDM bulan Ramadhan cuma RM4,500. Saya terkilan.’

Nnasibnya baik, ada rakannya hendak umrah tetapi belum berurusan dengan mana-mana agensi. Dia memberi tempatnya pada rakannya. Dia pergi dengan TDM. ‘Saya dapat jimat RM1,500,’ katanya.

Saya menyertai rombongan dari 9 hingga 21 November, 2003. Dalam takrof – memperkenalkan diri – saya dapat beberapa orang pekerja TDM. Saya tanya, ‘Sebagai apa dalam TDM?’ Jawabnya, ‘Buruh saja.’

Banyak duit boleh pergi umrah? Tanya saya. ‘TDM pilih saya! Percuma! Saya kerja lama. Saya tak mimpi dapat buat umrah. Tiba-tiba nama saya disebut untuk pergi umrah. Saya bersyukur,’ kata pekerja yang sudah hampir 30 tahun berkhidmat dengan TDM.

Yang lain-lain? ‘Percuma macam saya,’ katanya.

Dia memberi tahu saya, ‘TDM bagi peluang umrah kepada pekerja-pekerja yang lama berkhidmat mengikut giliran. Pekerja-pekerja yang lain sekarang menunggu giliran. Mereka kena sabarlah.’

Saya tanya pengesahan pegawai TDM, jelasnya, ‘Seperti ada janji begitu. Setakat ini dalam setiap rombongan ada beberapa orang pekerja TDM.’ Dia tidak berani memberikan jumlah dalam sestiap rombongan. Tetapi TDM tidak keberatan memperuntukan 10 katil dari 300 katil dalam satu masa.

TM boleh membuat rombongan murah kerana ia sudah ada hotel. Hotel di Mekah memang laris. Semasa lapan hari saya di Mekah, ramai jamaah umrah persendirian warga Saudi dan negara-negara teluk lain datang menginap. Jika hotel tidak penuh, mereka boleh menginap di situ.

Di setiap tingkat, kecuali dua tingkat sebelah bawah di jadikan dewan makan atau tempat taklimat dan tazkirah mengenai ibadat umrah. Yang lain adalah bilik tetamu. Ada bilik dua katil, ada tiga katil dan ada empat katil. Bilik dua katil terhad. Kira-kira dua bilik setingkat. Pasangan suami isteri berpeluang tinggal sebilik. Tetapi kalau pasangan berlebih dari bilik, maka peserta umrah terpaksa bekerjasama dengan susunan bilik.

Kata Ustaz Mod. Zain operator utama projek itu, ‘Kami ada menyediakan bilik khas untuk pasingan suami isteri tidak tinggal sebilik apabila mereka pening yang tidak boleh diubata dengan Panadol. Tetapi atas permintaan, secara begilir.’

Azan Masjidil Haram dapat didengar dengan jelas dari bilik hotel. Di waktu yang tidak sebok, jemaah sempat sembahayang berjumaah di Masjidil Haram. Tetapi biasa dalam bulan Ramadhan, jemaah yang lewat solat di atas jalan. Dan bagi yang hendak mandi dulu selepas azan, pasti solat di hadapan hotel.

Inilah gambaran sesaknya umrah di bulan puasa dan inilah gambaran menandakan dekatnya hotel dengan Masjidil Haram.

Tinjauan saya terhadap peserta rombongan. Mereka berpuas hati kerana hotel dekat dengan masjid. Terutama bagi yang pernah ke Mekah. Dibanding lulu, kali ini lebih dekat. Senang berulang alik dari rumah ke masjid.

TDM menyediakan makan – berbuka dan sahur. Masak Melayu oleh tukang masa Patani. Ada sambal belacan, kari ayam dan daging, masak asam dan singgang. Cuma saya sekali sekala makan nasi dengan kicap dan sambal kerana dihidangkan sayur terung, kari kambing dan goreng ikan masin. Saya pantang kerana gaut dan sakit angin .

Yang menyenangkan peserta ialah di hadapan hotel ada pula pondok telefon sistem internet. Setaip masa ahli rombongan berbaris menelifon rumah dan keluarga masing-masing. Telefon dulu bayar kemudian. Bercakap pendek sekadar dua rial, Panjang sikit sampailah 10 rial.

Kemudahan yang diperlukan oleh peserta umrah ialah kemudahan untuk membuat umrah iaitu bagaimana hendak pergi sendirian ke miqat yang terdekat iaitu Tanain. Mereka boleh pergi sendiri dengan bas, tetapi perhentian bas biasanya jauh. Dan kebetulan hotel Terengganu itu serantai saja dari stesyen bas.

Banyak van mini bas di situ. Pandai-pandailah menawar tambangnya. Bagi yang pintar dapaat dua rial pergi dan dua rial balik. Tetapi bagi yang tidak pandai menawar biasanya kena 10 rial pergi dan balik.

Oleh kerana perhentian bas terlalu dekat, maka peserta umrah yang rajin berpakat beberapa orang berangkat ke miqat Tanain untuk membuat umrah.

Projek anak syarakat kerajaan negeri ini adalah satu pelaboran yang dapat dirasakan oleh rakyat nikmatnya. Belanjanya tidak besar tetapi untungnya mencukupi walaupun tidak besar. Ada yang merasakan ia tidak menguntungkan. Bagaimana ia tidak menguntungkan?

Baru beberapa hari hotel itu beroperasi, datang wakil sebuah negara tidak dapat menyewa mana-mana hotel untuk jemaah hajinya dalam musim haji yang akan datang. TDM meleltakkan harga sebesar harga pajak hotel itu. Ia bersetuju. Mereka terus menanda tangani perjanjian. Ertinya pengurusan sudah dapat modal. Yang lain adalah keuntungan dan kos pengurusan.

Tahun ini TDM tidak dapat mengendalikan urusan haji kerana hotelnya sudah di tempah. Ia hanya membuat urusan umrah.

Setakat ini TDM belum dapat hotel sendiri di Madinah. Moga-moga persahabatan Pengerusinya Dato Harun Taib dengan gabnor Madinah, satu hari nanti ia dapat memajak sebuah hotel berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Setakat ini rombongan umrah menginap di Hotel Haram bertaraf lima bintang membelakang kibat masjid nabi. Beberapa minit saja dari masjid.

WDI
08/12/03

0 Comments:

Post a Comment

<< Home