Subky Abdul Latif

Thursday, January 22, 2004

HISBAH PERMUDAH BENTERAS RASUAH

PROGRAM utama Perdana Menteri Dato Abdullah Badawi ialah membenteras rasuah hingga ke tahap sifar jika diizin Allah.

Keutamaan ini bukan sekadar diiklankan selepas menjadi Perdana Menteri dalam bulan November lalu, malah telah diwarwarkan beberapa bulan sebelum menjadi Perdana Menteri. Persidangan para pegawai tadbir kanan mengadakan pertemuan di Kuching khusus mengenai pembasmian rasuah khususnya di kalangan tentera kerajaan.

Di Kuching inilah tempat Dato Seri Abdullah melancarkan dasar anti rasuahnya. Mengapa Kuching tidak pilih untuk kempen itu? Mungkin ada hubungan kota itu dengan amalan rasuah?

Yang menarik penasihat utama Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam menjadi pengucap penting dalam pertemuan itu. Kini anti rasuah menjadi thema ucapan Perdana Menteri di mana-mana.

Antara langkah pertama Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu tahun 1999 dulu ialah mewujudkan Hisbah bagi memastikan pemimpin, kaki tangan kerajaan, pengamal kerja-kerja masyarakat bebas dari pengelewengan.

Kini Hisbah telah mengenal pasti sekitar 83 orang yang ada hubung kait dengan kerajaan pusat yang dipercayai melanggar urusan biasa yang dibenarkan oleh peraturan pentadbiran dan undang-undang.

Beberapa nama telah dinamakan oleh Menteri Besar dikatakan membolot tender membina sekolah-sekolah di negeri melibatkan berbelanjaan beratus juta ringgit. Maklumat itu dilanjutkan kepada PBR.

Sama ada sesiapa akan menyampaikannya secara rasmi kepada BPR tidak berbangkit sangat kerana dasar Dato Seri Abdullah mengenai rasuah tidak mengutamakan sangat aduan, tetapi memadai BPR terdengar desas penyelewengan.

Orang Terengganu yang dinamakan oleh Menteri Besarnya terbabit dengan pembinaan sekolah-sekolah itu tidak bersalah sebelum mahkamah mensabitkan mereka bersalah. Dan 83 kes yang dirasakan bercanggah dengan peraturan oleh Histab itu juga tidak bersalah selagi mahkamah belum memutuskan demikian.

Tetapi kerja-kerja terkumpul Hisbah itu mempermudah urusan BPR Terengganu menjalankan tugsnya bagi melaksanakan missi Perdana Menteri. BPR Terengganu adalah pihak yang paling bertuah dibandingkan dengan BPR di negeri lain. BPT di negeri-negeri di luar Terengganu terpaksa membuat kerja awal sendiri, tetapi pegawai di Terngganu memerlukan fail dari Hisbah untuk dipindahkan ke dalam failnya.

Pesuruhjaya Histab itu pula, Tuan Haji Nordin adalah bekas pegawai kanan BPR Terenggaanu, maka sudah tentu kaedah penyiasatan dan cara bekerjanya sama dengan sistem BPR. Yang diperlukan oleh BPR sekarang ialah menyemak dan membuat kerja terakhir sebelum bertindak. Dan Timbalan Pesuruhjaya Hisbah, Tuan Haji Yusuf pula adalah bekas pegawai polis di Bukit Aman dan seangkatan dengan bekas Ketua Polis Terengganu, Dato Othman Talib.

Dengan ini dipercayai pendedahan Menteri Besar mengenai bakal-bakal calon BN dalam pilihan raya akan datang agak kuat. Tetapi mereka tetap tidak bersalah selagi mahkamah tidak membuat keputusan demikian.

Langkah kerajaan Terengganu empat tahun lalu menubuhkan Histab itu rupanya menjadi satu insturumen atau aparat penting bagi Perdana Menteri baru. Siapa sangka empat tahun kemudian Hisbah boleh menjadi pembandu dan pembantu kepada usaha Dato Seri Abdullah memerangi rasuah.

Sekalipun orang-orang yang dinamakan itu adalah orang-orang kanan Perdana Menteri dalam politik di Terengganu kerana beliau adalah ketua UMNO di negeri itu, tetapi itulah ujian Allah kepadanya dalam dasar untuknya sebagai Perdana Menteri.

Seseorang yang hendak menjadi pemimpin yang adil atau dalam istilah Islamnya imamul adil, biasanya diuji Allah. Antara ujian itu kadang-kadang melibatkan orang di sekelingnya, saudara mara atau pembantu-pembantunya.

Dr. Mahathir misalnya, sehari menjelang mengangkat sumpat menjadi Perdana Menteri berdepan dengan ujian besar iaitu Setiausaha Politiknya ditahan di bawah ISA kerana tuduhan menjadi agen KGB. Beliau berjaya mengatasi ujian itu dengan menyerahkan kes itu ditangani sepenuhnya secara profesional. Kejadian itu tidak mengganggu politik dan perkhidmatannya.

Ujian pertama bagi Dato Seri Abdullah ialah ialah melibatkan wakil-wakil kanannya di Terengganu. Tergamakkan beliau campur tangan?

Belajar dari kes Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana dikatakan menghalang BPR menjalankan tugasnya, maka mahkamah menjatuhkan hukuman penjara. Maka Dato Seri Abdullah tentu peka dengannya dan membiarkan dakwaan terhadap orang-orangnya ditangani secara profesional oleh BPR.

BPR juga mesti diberi kebebasan mencari punca-punca orang-orang yang dinamakan tadi mendapat kontrek membena sekolah-sekolah itu. Adakah ia sebahagian dari rasuah politik yang subur dalam UMNO sejak selepas Tunku Abdul Rahman? Dato Seri Abdullah adalah ketua UMNO Terengganu dan beliau dipercayai tahu dalam urusan pemberian kepada bakal-bakal calon pilihan raya itu. Ia juga satu ujian bagaimana beliau adalah bebas dari sebarang pengetahuan mengenainya.

Dari sudut politiknya, beliau dipercayai mengetahuinya. Isu-isu seperti ini sebenarnya remeh bagi pimpinan kerajaan pusat. Kononnya mereka tidak bebas dari rasuah adalah cerita lama. Tetapi ia tidak menyulitkan mereka kerana mereka meremahkan isu rasuah. Dato Seri Abdullah berbeza kerana beliau menjadikan rasuah musuh utamanya. Justeru itu beliau tidak boleh meremehkan isu rasuah.

Kiranya 83 orang yang dikatakan terlibat dalam kes yang dikumpulkan oleh Hisbah adalah mellibatkan bakal-bakal calon belaka, ia akan menjadi ujian lagi kepada Perdana Menteri.

Orang-orang yang dinamakan itu adalah penaja-penaja UMNO belaka. Maka kalau nama mereka tidak dibersihkan oleh BPR, maka tidakkan ia menjejaskan pertubuhan yang dipimpin oleh Dato Seri Abdullah?

Soal Dato Seri Abdullah mengekalkan anggota kabinetnya yang antaranya pernah disiasat oleh BPR adalah satu masalah lagi. Menteri-menteri tidak boleh dikatakan rasuah selagi mahkamah tidak mendapati mereka rasuah. Tetapi masyarakat melihat antara mereka itu dikaitkan dengan rasuah. Dr. Mahathir tidak dipersoal dalam isu ini kerana beliau tidak prihatin dan tidak menjadikannya isunya. Tetapi berbeza dengan Dato Seri Abdullah kerana dia bencikan rasuah.

Ujian Perdana Menteri baru ini sangat besar. Beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk memberishkan rasuah dalam suasana payah mencari orang UMNO yang bencikan rasuah. Jika beliau serius, maka beliau wajar menyerahkan isu itu sepenuhkan kepada BPR. Biar BPR bekerja secara profesional.

Jika pandangan BPR tidak didengar, calon-calon pilihan raya nanti adalah orang-orang yang dinamakan oleh Menteri Besar tadi, maka bukan sekadar calon-calon sentiasa dalam defensif, tetapi Perdana Menteri sendiri dipersoal kerana tidak serius dalam isu rasuah.

Jalan terbuka bagi kerajaan Perdana Menteri Dato Abdullah ialah menyerahkan segala-gala kepada budi bicara BPR untuk menggunakan budi bicaranya dan dalam menghadapi anak buahnya di Terengganu biarlah BPR mendapat sebanyaka-banyak kerjasama dari Hisbah. Hisbah bukan muduh tetapi ia adalah memudahkan kerja BPR.

WDI
22/01/04

0 Comments:

Post a Comment

<< Home