Subky Abdul Latif

Thursday, January 08, 2004

PMR: TERENGGANU CEMERLANG LAGI

NEGERI Terengganu dan rakyatnya boleh berbangga lagi dengan keputusan PMR yang terbaru kerana sebuah sekolah termasuk antara sepuluh sekolah terbaik seluruh negara dan tiga buah sekolah antara 28 sekolah yang lulus 100 peratus.

Apa yang membanggakan ialah sebuah sekolah yang diselenggarakan oleh kerajaan iaitu Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri atau KOSPINT disenaraikan di tempat ke sembilan, sebaris dengan sekolah-sekolah besar berasrama penuh yang menjadi tumpuan kerajaan selama ini seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) Seremban, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan mengatasi Sekolah Tengku Kursiah, Seremban yang duduk di tempat ke sepuluh.

Dua lagi sekolah cemerlang di Terengganu ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang disenaraikan di tempat ke sebelas dan SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu yang duduk di tempat kedua puluh.

SMKA Sheikh Abdul Malik, sebuah sekolah menenangah agama, walaupun duduk di tempat ke 20 dari 28 sekolah cemerlang tahun lalu, tetapi ia masih mengekalkan atau muncul antara sekolah cemerlang kategori Sekolah Harian. Dari kesemua 224 pelajarnya yang lulus, 125 orang mendapat A dalam semua mata pelajaran. Paling sedikit Anya ialah 3A iaitu seorang saja.

Syabas kepada murid-murid, guru-guru dan sekolah.

Negeri jiran Terengganu yang juga ditadbir oleh BA pimpinan PAS iaitu Kelantan juga boleh dibanggakan walaupun dua buah sekolah saja mendapat keputusan 100 peratus. Tetapi sebuah sekolahnya, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Putra, Kota Bharu duduk di tempat kedua dalam senarai 28 sekolah terbaik itu. Ia berjaya mengatasi Maktab Melayu Kuala Kangsar yang duduk di tempat kelima dan STAR, Ipoh di tempat ke tujuh.

Sebuah lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher, Kota Bharu yang duduk di senarai ke 23.

Walaupun Terengganu dan Kelantan adalah negeri miskin, tetapi ia boleh berbangga dengan pencapaian pendidikan. Walaupun rakyat di kedua buah negeri terlalu sebok berpolitik dan politiknya adalah dalam peringkat tinggi, dan dikatakan paling teruk berbalah sama sendiri dibandingkana dengan negeri lain, tetapi ia tidak menghalang anak-anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Mengikut standard orang pantai barat, orang Islam yang dikatakan paling berpecah ialah di Kelantan dan yang termundurpun ialah di Kelantan. Tetapi sejak merdeka anak-anak Kelantanlah yang menguasai kebanyakan kampus.

Pelajar-pelajar dari Kelantan bukan sekadar ramai di kampus-kampus dalam negara, di luar negeri – Mesir, Jordan, Saudi dan England – mereka juga yang teramai.

Peratus generasi yang berpelajaran ini adalah tinggi dan bertambah. Adakah pencapaian pendidikan yang cemerlang itu mempengaruhi suasana menyebabkan perpecahan?

Dato Mustrapa Mohamad, Ketua Penaja UMNO Jeli adalah pelajar dari Bachok yang begitu cemerlang dalam bidang pelajaran semasa belajar di Australia. Kalau rakyat Kelantan dikatakan berpecah belah, maka beliau adalah ketua satu puak politik di Kelantan yang terllibat dalam perpecahan. Perpecahan itu bukan saja antara satu parti dengan parti lain, tetapi antara sesama parti sendiri.

Adakah kecemerlangan dalam pendidikan, masing-masing merada pandai, maka masing-masing tidak dapat mendengar pendapat orang lain?

Biarkan ia menjadi menungan dan renungan.

Dalam keadaan apa pun, Terengganu dan Kelantan sentiasa berada di depan, berlumba-lumba mengejar kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

Natijah dari perpecahan itu dua buah sekolah MRSM di Terengganu ditutup. Sebuah sekolah pintar di Hulu Terengganu yang dikendalaikan bersama antara kerajaan negeri dan pusat, selepas pilihan raya 1999 terpaksa diteruskan sendiri oleh kerajaan negeri. Pihak Kuala Lukur engan meneruskan kerjasama.

Kerajaan negeri terpaksa mengendalikan sendiri, menamakannya Kist, Kolej Saisn Islam Terengganu. Keputusan peperiksaannya juga cemerlang tetapi kali tidak tersenarai dalam sekolah yang 100 peratus lulus. Tetapi ia sekolah yang baik.

Jika dua buah MRSM di Dungun dan di Besut tidak ditutup oleh MARA, mungkin Terengganu mencapai keutusan yang lebih baik.

Gara-gara perpecahan itu maka kerajaan Terengganu terpaksa mengisi bangunan Yaysan Terengganu yang dikosongkan oleh MRSM dengan maktab yang konsepnya sama tetapi dengan ruh Islam.

Mulai tahun lalu ia membuka Kolej Sains dan Teknologi al Quran atau KOSTAQ di Besut dan tahun 2004 ini ia membuka KOSTAK Dungun pula. KOSTAQ Besut masuk tahun kedua tahun ini.

Melalui pengalaman di Kist dan KOSPINT, Kolej Sains dan Teknologi Quran itu dipercayai akan berjaya. Selain dari meneruskan kaedah pembelajaran di MRSM Besut dan Dungun dulu, ia memperkenalkan Ilmu al Quran yang antaranya hafazan.

Sekaipun kolej ini diasaskan ekoran perbezaan antara agensi kerajaan pusat dan agensi kerajaan negeri atau gara-gara apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu, tetapi negeri telah keluar dengan satu tindakan yang berani dan dapat memenuhi hasrat ibu bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan sempurna.

Keenderungan ibu bapa sekarang mahu anak-anak menguasai ilmu agama dan mereka juga menyambut saranan keajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi.

Idea supaya MARA mengadakan satu maktab beraliran Islam mengikut konsep MRSM pernah dikemukakan semasa Tamrin Ghafar menjadi pengerusi MARA. Kejayaan MARA mengendalikan MRSM mendapat perhatian dan sokongan. Jika MARA yang ada kepakaran dan keupayaan menaja maktab seperti itu tetapi beraliran Islam, maka akan dapat memenuhi hasrat orang ramai untuk melihat anak-anak mereka memiliki pengetahuan Islam dan sains.

KOSPINT, sekolah menengah sains yang dikendalikan oleh kerajaan negeri yang dapat kedudukan ke sembilan sekolah cemerlang tahun lalu membuktikan negeri itu berupaya menguruskan institut pendidikan yang baik.

Ia dapat memenuhi tuntutan orang ramai membangunkan pelajar-pelajar bagi menjadi insan yang diperlukan oleh masyarakat era globalisasi. Ia juga menunjukkan, dengan belanjawan negeri yang terhad, negeri Teregganu boleh bersaing dengan lain-lain negeri dalam pembangunan pendidikan.

Prestasi yang dicapai sekarang adalah lanjutan dari pencapaian dalam beberapa tahun ke beakangan sejak pertukaran kuasa. Keupayaan Terengganu mengekalkan prestasi cemerlang itu mencerminkan bahawa masyarakat dan pentadbiran berada dalam keadaan yang stabil.

Hubungan dan kerjasama antara kerajaan negeri dan jabatan pendidikan negeri agak terhad atau sangat minima, ekoran dasar diskriminasi kerajaan pusat. Tetapi hubungan yang sedikit itu tidak menghalang negeri mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran.

Kerajaan negeri yang terbuka melihat bidang pendidikan perlu diteroka seluas-luasnya. Dalam orentasinya menuju pembentukan pendidikan berasaskan Islam, ia tidak menghadkan ruang lingkup pengajian dalam subjek agama secara tradisional.

Ia tidak tertumpu ke tempat tradisonal seperti Mesir dan Saudi. Tetapi ia mula mengirim lulusan dalam bidang agama ke Great Britain. Memberi peluang kepada lulusan madrasah meningkatkan pencapaian akadami supaya boleh dibantu mendapat peluang belajar di saluran-saluran yang diiktiraf.

Misalnya pelajar-pelajar lepasan madrasah yang punya kebolehan dan berbakat, tetapi tiada kelayakan melanajutkan pelajaran di maktab-maktab yang diakui, diberi peluang belajar sambil mengambil peperiksaan kelayakan. Jika dalam sistem penjajahan dulu, lulusan madrasah tidak ruang unuk melanjutkan pelajaran, tetapi sekarang peluang terbuka.

Suasana yang kondusif ini boleh menjadikan Terengganu sebagi pintu untuk meroka alam pendidikan yang tidak bertepi.

WDI
08/01/04

0 Comments:

Post a Comment

<< Home