Subky Abdul Latif

Thursday, March 04, 2004

UMNO KATA UNDI PAS MASUK SYURGA

JIKA dulu UMNO kata PAS kata UMNO kafir, maka mulai tahun 2004 ini UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga.

Hingga SPR ikut terperangkap dalam usaha UMNO memerangkap PAS dalam kempen pilihan raya sekarang. SPR berjaya memperaturankan bahawa barang siapa bercakap tentang janji syurga dalam pilihan raya adalah satu kesalahan dan jika calonnya menang nescaya kemenangan itu boleh dibatalkan.

Jika dalam isu kafir mengkafir, PAS bercakap tentang batas-batas iman dan kubur; bagaimana iman seseorang boleh tergelincir, maka dalam era isu janji syurga ini, PAS bercakap tentang konsep pahala dan dosa dalam politik.

Dengan menggunakan isu kafir mengkafir, UMNO berjaya mengelirukan orang ramai kononnya PAS kata UMNO kafir sedang UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Dengan tipu daya politiknya itu, PAS berjaya dipencilkan dari masyarakat umum setiap kali pilihan raya.

PAS menyedari ia diperangkap dan tahu bahawa perangkap UMNO itu banyak merugikan PAS, maka bodohlah PAS kalau ia mencipta dan menggunakan isu mengkafirkan UMNO. Masakan PAS suka menggunakan isu yang boleh memencilkan dirinya dari masyarakat. Setiap kali menjelang pilihan raya maka isu kafir mengkafirpun hidup semula.

Tetapi isu itu tiba pada kemuncaknya apabila UMNO di bawah Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Joned dan Presidennya Dr. Mahathir tahun 1983 mencabar PAS berdepan di TV secara langsung dengan tajuk yang UMNO bagi iaitu PAS kata UMNO kafir. PAS membeli cabaran itu dengan menyanggupi tajuk yang UMNO beri dan syarat yang UMNO sediakan.

PAS bersedia turun untuk memberi tahu, bukan PAS kata UMNO kafir tetapi UMNO yang kata PAS kata UMNO kafir. Akhirnya Yang Dipertuan Agong bersetuju memerintahkan debat itu dibatalkan.

Tidak dinafikan ada juga orang PAS yang tidak terkewal, masuk perangkap UMNO menggunakan kata-kata UMNO yang mengata UMNO kafir. Tetapi mereka sekalian sudah masuk kaki lima UMNO dan makan gaji dengan UMNO.

Maka PAS selepas itu membebaskan dirinya dari perangkap UMNO tidak mahu terlibat, tidak kata UMNO kafir dan tidak mahu kata UMNO tidak kafir.

Sekarang timbul pula isu UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga. Pemimpin-pemimpin tidak kata dan tidak akan kata mengundi PAS dijamin syurga. Sama dengan masuk Islam tidak dijamin syurga, maka tiada dijamin syurga sekadar mengundi PAS.

Yang dijamin syurga ialah para nabi, para syuhadak, para sidiqin dan solihan yang antaranya sepuluh sahabat nabi serta para malaikat. Sekadar masuk Islam boleh masuk syurga tetapi tidak terjamin. Tetapi tidak masuk Islam sah tiada tempat di syurga.

Mengundi PAS boleh dapat pahala kalau niatnya kerana Allah, tetapi kalau niat solat, puasa dan zakat tidak kerana Allah, tidak dapat pahala juga. Sama dengan sahabat yang hijrah kerana Allah dapat pahala hijrah, tetapi yang hijrah kerana perempuan, nescaya dapat perempuan saja. Begitu juga solat dapat pahala tetapi tidak dijamin syurga, tetapi tidak solat dapat dosa dan sah menempah tempat di neraka.

Oleh kerana politik sebahagian dari hidup dan kehidupan, seperti ikrar dalam doa iftitah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, berpolitiklah kerana Allah.

Berpolitik kerana Allah nescaya dapat pahala. Tetapi tanyalah majlis fatwa, berpahala atau tidak kalau berpolitik bukan kerana Allah? Berpolitik kerana Allah juga sama seperti solat dan puasa ada syarat sah dan batalnya. Kalau hukum-hukum yang Allah tentukan tidak dihiraukan, boleh batal poliltik kerana Allah itu.

Memandu bas dengan niat ibadat berpahala. Kalau memandu bas saja-saja, ada yang tidak berdosa tetapi tidak berpahala. Orang Islam diajar jangan membuat kerja tidak berfaedah. Kerja yang tidak berfedah ialah kerana yang tidak berpahala. Kalau sesuatu kerja itu ada peluang membuat pahala, mengapa kita harus membuatnya tetapi tidak dapat pahala. Dari bekerja tidak berpahala dan tidak berdosa, baiklah membuat kerja yang sama yang berpahala.

Seorang Tok Guru memberi tahu saya, ‘Ana tak mahu kerja yang tidak berpahala walaupun ia tidak berdosa.

Atas dasar supaya orang Islam dapat sebanyak pahala, maka dinasihatkan supaya orang-orang politik berfikir tentang konsep pahala dan dosa dalam berpolitik. Oleh kerana Islam tidak terlepas dari menyebut syurga dan neraka, maka ia terpaksa disebut dari semasa ke s emasa supaya orang ingat dan mendapat manfaat. Tetapi manusia tidak menjanjikan syurga. Syurga itu milik Allah. Demikian juga negara adalah miliknya.

MIN AINA
04/03/04

3 Comments:

  • UMNO DAN PAS – SYIRIK DAN KUFUR

    Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah AGAMA dan KERAJAAN yang syirik dan klufur kerana :

    1. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;
    2. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang manusia;
    3. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;
    4. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;
    5. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia;
    6. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.

    Para pemimpin dan penyokong UMNO dan PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

    1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;

    b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;

    c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

    d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.


    2. Para pengikut UMNO dan PAS yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;

    b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;

    c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

    Para pemimpin dan pengikut UMNO dan PAS adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan mereka menyetujui dan meredhainya yang bererti mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui Metod Demokrasi kerana ianya adalah metod yang syirik dan kufur (Fatir:10). Metod perjuangan Islam adalah daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.
    Sekian, Terima Kasih.


    Wan Fatimah al-Halbani

    By Blogger Wan.Fatimah, at 6:03 PM  

  • Assalamualaikum!

    METOD ISLAM DAN METOD PAS/UMNO


    Jalan Rasulullah saw adalah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang sempurna :

    1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah;

    2. Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur;

    3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah;

    4. Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam;

    5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah;

    6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia;

    7. Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia;

    8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah;

    9. Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya;

    10. Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;

    11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;

    12. Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan;

    13. Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

    Sebaliknya jalan perjuangan PAS/UMNO adalah jalan yang sama sekali berkontradiksi dengan jalan Rasulullah saw. PAS mengamalkan agama demokrasi yang melibatkan mereka itu dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh mereka itu daripada agama Allah - ini adalah kerana mereka melakukan perkara-perkara berikut :

    1. Tidak mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur;

    2. Tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;

    3. Mengamal dan menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur ;
    4. Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam;

    5. Mengiktiraf, bersetuju dan meredhai agama demokrasi;

    6. Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;

    7. Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    8. Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;

    9. Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya;

    10. Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;

    11. Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;

    12. Tidak bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan;

    13. Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.


    Sekian, terima kasih.



    Wan Fatimah al-Halbani

    By Blogger Wan.Fatimah, at 6:18 PM  

  • Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    By Blogger ANNAS, at 10:32 PM  

Post a Comment

<< Home