Subky Abdul Latif

Monday, April 19, 2004

DOA BN, MOGA-MOGA ADUN PAS MELOPAT

PADA gambarannya Perdana Menteri Pak Lah seorang yang anti rasuah, kira-kira setingkat di bawah Dato Seri Anwar Ibrahim yang ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu adalah pengerusi kabinet mengenai anti penyelewengan. Anti penyelewengan adalah segala-galanya, tetapi rasuah adalah satu bab daripada penyelewengan saja.

Sebagai Perdana Menteri yang memerangi rasuah, beliau digambarkan tidak bersetuju dengan niat membeli ADUN PAS Kelantan sebagai ikhtiar meramas kuasa di Kelantan.

UMNO Kelantan digambar sangat ghairah untuk membeli ADUN Kelantan bagi membolehkan negari itu tawan dalam penggal ini juga. Kalau peluang ini tidak direbut sekarang, maka mungkin peluang itu akan terlepas langsung dalam pilihan raya akan datang.

UMNO sebenarnya belum pulih di Kelantan. Kerana dalam pilihan raya paling penuh tipu daya; yang mati dan yang tidak cukup umur mengundi, satu orang boleh mengundi lebih dari sekali jika dia diberi lebih dari satu kad pengenalan, yang bukan warga negara dikatakan dibenarkan menyamar sebagai warga negara, yang bukan penduduk tempatan dijadikan pengundi tempatan.

Kejadian itu sekadar sekali itu saja. Ia tidak mungkin diulangi kerana bomoh sudah mengenal pasti jenis hantu itu. Jika bomoh PAS dapat mengusir jembalang-jembalang terbilang, maka sukar bagi BN mengulangi apa yang dikatakan kegemilangan dan kemerlangan pilihanrayanya itu.

Dalam pilihanraya ke 12 nanti belum tentu Wan Muhammad Omar dan Tan Sri Rashid Abdul Rahman dapat dimanfaatkan lagi. Justeru itu peluang BN mungkin kempunan lagi – malang, tembelang dan jadi jembalang.

Justeru itu membeli ADUN menjadi agenda budak-budak UMNO Kelantan. Tetapi Perdana Menteri Pak Lah sudah cukup malu dengan kes Hamid Albar membeli calon yang menentangnya dan budak-budak UMNO di Johor ada yang terperangkap kerana cuba membeli calon PAS.

Jika Dato Hamid Albar tidak berminat bertanding Naib Presiden UMNO nanti memang menasabah kerana calon-calon lain akan membangkit konon dia membeli calon. Membeli calon adalah rasuah politik. Sebagai menteri luar beliau tidak bebas berhadapan dengan Colin Powel dan menteri-menteri luar dunia yang lain. Mereka boleh memperlinya sebagai menteri luar membeli calon.

Dalam masa lima tahun ini, dia akan sentiasa dilihat dalam OIC, NAM, ASEAN dan PBB sebagai menteri luar Malaysia yang membeli calon sekalipun Abu Bakar, calon PAS yang menjual diri itu tidak mengambil apa-apa dari Dato Hamid. Dengan latar belakang itu Perdana Menteri Pak Lah sudah cukup masalah dan tidak sedia ditambah lagi dengan percubaan membeli ADUN PAS Kelantan.

ADUN yang menang dua undi di Kemuning Zakaria Yaacob sudahpun bersembang, dia cuba dibeli, sekadar jadi ADUN bebas saja memadai untuk dibayar tujuh angka. Exco Takhiyudin Hassan kononnya sudah ada talian dengan BPR mengenai rakan-rakannya cuba dirasuah.

Perdana Menteri Pak Lah mahu mereka menjadi ADUN BN secara sukarela. Kalau dibayarpun jangan mengaku dibayar. Perdana Menteri patut tahu, zaman ADUN berharga, tiada lagi yang sukarela melompat percuma, kerana tiada yang percaya ADUN sanggup menyeberang tanpa menerima wang. Macam calon PAS di Kota Tinggi, Johor. Mungkin dia tak ambil apa-apa dari Hamid, tetapi tiada manusia yang percaya.

Dan ADUN yang tak ambil apa-apa dikira bodoh, dan dia akan dicap menjual diri sepanjang hayat walaupun tidak mengambil apa-apa. Dari disangka menjual diri, maka baiaklah ADUN mengambil harga dari tak ambil apa-apa disangka menjual diri juga.

Dan Perdana Menteri Pak Lah membaca sejarah peri laku pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan di zaman Dato Asri dulu. UMNO di bawah Tengku Razaleigh dulu berjaya mengurung empat ADUN PAS Kelantan di Kuala Lumpur.

Mereka tidak dilepaskan selagi tidak mengaku akan menyokong UMNO dalam usul undi tidak percaya kepada kerajaan PAS Kelantan di DUN Kelantan. Maka merekapun dikatakan mengaku akan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Memang UMNO pernah berjaya menumbangkangkan Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor apabila majoriti ADUN BN Selangor dikurung di sebuah bukit peranginan di negeri dan mereka hanya dibawa turun untuk menghadiri sidang DUN yang meluluskan undi tidak percaya kepada Dato Harun. Berakhir riwayat Dato Harun sebagai Menteri Besar Selangor.

Akan tetapi empat ADUN PAS Kelantan tadi dibawa balik ke Kota Bharu pada pagi DUN bersidang dan antara agindanya adalah untuk meluluskn unti tidak percaya kepada Dato Asri sebagai Menteri Besar.

Maka seluruh negara gempar kerana kerajaan PAS akan digulingkan, mengulangi sejarah yang dihadapi oleh Menteri Besar Terengganu pilihan rakyat yang pertana Daud Samad digulingkan atas undi tidak percaya yang disokong oleh ADUN PAS yang dibeli.

Apabila empat ADUN PAS itu dibebaskan oleh penculik-penculiknya yang terdiri dari UMNO Kelantan, maka keempat-empatnya macam anak kucing yang terpisah dari ibu, masing-masing terus menuju Ayah Mat, panggilan mereka kepada Dato Asri, lalu mendakap dan berpeluk-pelukan. Mereka duduk di sebelah kerajaan.

Maka melopong semua mata orang UMNO melihat empat ADUN PAS mengubah fikirannya yang mengikut tajuk berita akhbar Inggeris esoknya: Abaut turn and turn abaut.

Perdana Menteri Pak Lah tahu cerita itu dan maka beliau tidak bersedia dimalukan begitu. Tetapi masalahnya kalau kerajaan PAS tidak digulingkan dengan cara itu, PAS akan memestikan jembalng dibersihkan dan UMNO tidak mungkin mengulingi apa yang disangkanya cemerlang, gemilang dan terbilang itu. Ia akan malang, hilang dan tinggal belang.

MIN AINA
19/04/04

0 Comments:

Post a Comment

<< Home