Subky Abdul Latif

Thursday, March 31, 2005

HARIRI DIBUNUH, SYRIA DIUSIR DARI LUBNAN

TELAH lama barat – Israel, Amerika dan Eropah – berusaha untuk mengeluarkan tentera Syria dari Lubnan. Kehadiran tentera Syria sejak sekitar 15 tahun lalu atas persetujuan negara-negara Arab berjaya menamatkan perang saudara di Lubnan tetapi menyulitkan kuasa barat untuk meletakkan pengaruhnya. Kehadiran tentera itu menyebabkan Israel yang berperang dengan tentera Hisbullah menghentikan serangannya tanpa mengalahkan Hisbullah.

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akhirnya meluluskan satu resolusi supaya Syria mengundurkan tenteranya walaupun badan itu tidak pula meminta penceroboh Amerika keluar dari Afghanistan dan Iraq. Tetapi bagaimana Syria hendak diundurkan dalam keadaan kehadiran tenteranya membantu mencapai kestabilan di Lubnan.

Hisbullah, rakyat dan kerajaan Lubnan mahu tentera Syria dikekalkan. Ini yang memaksa Rafik Hariri meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana beliau tidak bersetuju dengan langkah Presiden Lubnan yang mahu memperkuatkan kedudukan tentera Syria di situ. Rafik menjadikan isu mengusir tentera Syria itu sebagai agenda besarnya dalam pilihanraya bulan Mei ini.

Rafik Hariri, Arab keturunan Saudi ini adalah tokoh politik yang paling berpengaruh dan dipercayai boleh meraih kemenangan bagi menjadi Perdana Menteri semula. Tetapi kiranya partinya menang, belum tentu boleh memaksa Syria berundur.

Kalau Hariri tidak mahu Syria berada di Lubnan, maka tentunya dia tidak mahu ada pula orang lain. Belum tentu ada laluan mudah kiranya Hariri berkuasa semula.

Lebih mudah Syria dikeluarkan dengan menghapuskan Hariri. Kebangkitan dari langkah membinasakan Hariri, atas semagat simpati kepadanya, lebih mudah mengeluarkan tentera Syria.

Maka Hariri dibunuh mengikut cara yang berlaku di Palastin dan Iraq iaitu meletupkan diri dengan menggunakan bom kereta. Serta merta anti tentera Syria dipimpin oleh Amerika meletakkan ia adalah angkara Syria.

Syria adalah pihak yang paling malang dalam tragidi itu selepas Hariri. Keluarga Hariri kehilangan Hariri. Hisbullah, rakyat dan kerajaan Lubnan kehilangan tentera Syria.

Negara-negara Arab yang meminta Syria berada di Lubnan dulu tidak pula mempertahankan supaya ia kekal. Malah pemimpin Arab Saudi menasihatkan Presiden Bashir Asad supaya tundak kepada tuntutan pembangkang yang dibelakangi barat.

Yang paling beruntung dengan pengunduran tentera Syria dan kematian Hariri ialah Israel dan Amerika yang kini mahu mengurangkan pengaruh Iran di Lubnan. Kiranya Israel berperang semula dengan Hisbullah, maka Hisbullah hilang benteng penting dengan ketiadaan tentera Syria dan ia mempersulit Hisbullah untuk mendapat bantuan terus dari Iran.

Hanya Muamar Ghadaffi dari Libya dalam sidang kemuncak Liga Arab di Algeria bulan Mac lalu menyesali tekanan barat supaya tentera Syria diundurkan, kerana baginya Lubnan merlukan kehadiran tentera Syria. Baginya Syria dan Lubnan adalah bumi yang satu dan sepatutnya menjadi negara yang satu. Kehadirdan tentera Syria itu tidak dilihat sebagai kehadirannya di sebuah negara asing, tetapi ia berada dan mempertahankan negarnya sendiri.

Tentera Syria mula berundur. Sebelum pilihan raya Mei ini tamatlah kehadirannya. Yang masih lagi sekarang seperti sudah tidak bertugas.

Beirut mulai terbakar. Letupan besar mula bergegar. Perang .Afghanistan dan Iraq belum reda. Kejadian di Lubnan itu menambah lagi bumi Arab di Asia terbakar. Amerika seolah-olah mahu meibatkan Syria dan Iran berada dikancah perang.

Kiranya Amerika terikut-ikut dengan tipu daya Israel supaya terus mengamuk di Asia Barat, maka ia akan menjatuhkan lagi dolar yang sudah tenat. Jika 15 tahun lagi tentera Amerika berada di Asia, maka ia akan berada di ambang kehancuran.

Soviet Union tidak kalah berperang di Afghanistan, tetapi ia benkraf, menyebabkan empayar komunis runtuh. Amerika mulai dilihat pegi ke situ.

Siapa membunuh Harari. Kiranya benar ia angkara Syria, Lubnan sudah terlucut dari genggamannya. Tetapi kiranya ia angkara CIA dan Israel, ia mula mematikan politik dan kuasa Amerika. Rakyat Amerika tidak ramai mati dibandingkan dengan Arab. Tetapi apabila dolar mati, matilah rakyatnya.

SeTAPAK
31/03/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home