Subky Abdul Latif

Friday, April 01, 2005

ANJING BUKAN GIGIT ANAK MELAYU SAJA

PADA kejadian pertama pada 18 Mac, 2005 empat ekor anjing mengerumuni dan menggigit Muhammad Hazman Khan She Zahidi 9 tahun di Pucung, Selangor hingga dia terpaksa menjalani 180 jahitan.

Dalam kejadian kedua pada malam 27 Mac, 2005 seekor anjing berlesen yang berantai dipegang oleh anak tuannya menggigit Rajeshwaran, 10 tahun di Jitra, Kedah. Dia terpaksa dirawat di hospital.

Mangsa ketiga, keempat dan seterusnya, bila, siapa dan di mana?

Itulah anjing, binatang yang setia kepada tuan tetapi tidak begitu boleh dibuat kawan oleh manusia. Ia mungkin berguna kepada tuannya untuk masa kecemasan dan untuk menjaga keselamatan. Ada gunanya tetapi masalahnya juga lebih menyulitkan dari gunanya.

Orang Melayu sebelum kedatangan Islam kurun ke 15, ketika beragama Hindu memelihara anjing. Tetapi setelah kedatangan serta merta mereka menolak anjing kerana dari segi Islam anjing adalah pembawa najis yang terpaksa disamak dan mazhab Syafie mengharamkannya.

Sejak itu memelihara anjing tidak menjadi budaya orang Melayu malah mereka melihatnya begitu jijik, takut dan musuh. Orang Melayu bukan sekadar tidak memeliharanya, bahkan menjauhkan diri dari anjing dan rumah yang memelihara anjing.

Sesudah Malaysia tidak lagi menjadi negara orang Islam saja, ia sudah menjadi negara bagi semua kaum di Malaysia yang rata-rata mesra anjing, maka ia tetap tidak banyak mengubah pandangan orang Melayu tentang anjing, cuma mereka menjadi penentang anjing yang ekstrim. Walaupun ada orang Islam jadi kaki botol, berzina, merompak dan menyamun, tetapi mereka masih tidak mesra anjing.

Jika ada orang Melayu – raja atau rakyat – menjadi mesra anjing dan ada anjing di rumahnya, maka orang Melayu melihatnya sebagai orang Melayu tidak berbudaya Melayu malah tidak keterlaluan kalau ada Melayu mengiranya sudah jadi Cina.

Setakat ini sesudah orang Melayu hidup di bandar, bergaul dengan masyarakat semua kaum, berjiran dengan orang mesra anjing, mereka tidak menunjukkan permushan dengan anjing dan tuannya, tetapi di hati masing-masing terdongkol dan sentiasa sesak nafas apabila anjing berkeliaran di tempat kediamannya.

Di mana-mana kampung dan taman perumahan yang aman, bebas dari jenayah dan sengketa sosial, tetapi tidak dikira aman apabila ada dalam masyarakat itu anjing, tidak kira berlesen atau liar. Ia adalah satu masyarakat yang selamat bagi orang bukan Melayu, tetapi tidak selamat bagi orang Melayu.

Selain dari ancaman keselamatan takut digigit dan dikejar anjing, anak-anak mereka tidak bebas berjalan takut terpijak dan tersepak tahi anjing atau pakaian mereka terpalit kencing anjing yang dipancut di pokok-pokok dan rumput.

Dengan kejadian Muhamad Hazman Khan digomol dan digigit anjing semasa dia hendak pergi solat Jumaat, maka hati orang yang tertekan itu lagi mendidik. Ia bukti tidak lagi selamat, bukan sekadar keselamatan diri malah keselamatan beribadat.

Dan apabila anjing tidak lagi memilih Melayu atau India, Islam atau bukan Islam, maka anjing menjadi satu gangguan budaya dan ketenangan untuk semua.
Ia adalah ancam kepada kanak-kanak semua kaum. Anjing berlesen dan berantai belum menjamin kenteraman dan masalah kepada kemesraan kaum walaupun ia tidak pernah dab belum menjadi isu perkauman. Tetapi bukan mustahil ia mencetuskan sebagai isu perkauman, kerana perang dunia pertama pun tidak disebabkan oleh perkara besar, bahkan perkara remeh.

SeTAPAK
01/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home