Subky Abdul Latif

Monday, April 04, 2005

ANJING SUDAH JADI ISU KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

KES Muhammad Hazman Khan, 9 tahun yang digomol dan digigit empat anjing liar yang bertuan bukan sekadar isu anjing tanpa lesen dan keselamatan individu saja, tetapi dalam kontek masyarakat Malaysia ia sudah menjadi isu dan cirri-ciri kebuyaan dan perpaduan nasional.

Dato Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayan Kesenian dan Warisan wajar mengajak tokoh-tokoh masyarakat bukan Islam – politik dan NGO – melihat anjing sebagai isu bersama dalam memupuk perpaduan dan kebudayaan Nasional dan meminimakan politik perkauman.

MCA, DAP, Gerakan dan MIC adalah parti politik berpengaruh di semenanjung yang mesra anjing dan melihat anjing sebagai kesukaan setia yang merangsang kesegaran diajak memikirkan status anjing dalam masyarakat Malaysia.

Dalam mera’ikan kehadiran masyarakat mesra anjing, orang Islam bermazhab Syafie cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Tidak membangkit dan membantah pemeliharaan anjing di rumah jiran sebelah khasnya dan juga kehadiran anjing dalam perkampungan dan kawasan perumahannya.

Sebarang langkah mentakwilnya adalah mengganggu hak individu jiran, dan kebebasan dan hak individu tidak wajar disentuh walaupun ia mengganggu keselesaan dan keselamatan keluarga sendiri.

Kerana anjing hanya setia kepada tuannya, ia tidak tahu keselesaan dan hak individu jiran tuannya, maka ia bila-bila dan bagi masyarakat mana-mana juga di dunia boleh mengancam keselesaan orang lain. Kes Muhammad Hazman Khan yang digomol dan digigit anjing hingga kena 180 jahitan adalah gara-gara ancaman anjing kepada kenteraman orang lain.

Ancaman seperti itu berterusan. Dan bagi masyarakat Islam yang fobia anjing sudah tentu tidak senang dan tidak seronok dengan kehadiran anjing ke tengkah masyarakat mereka dan keana anjing itu bertuan, maka pandangan tidak seronok kepada tuan anjing dan golongan mesra anjing lahir secara otomatis.

Perasaan dan sikap seperti itu seolah-olah satu naluri kepada orang Melayu, kerana sejak ke datangan Islam ke alam Melayu mereka sudah diasuh bencikan anjing. Ia menjadi pantang secara otomatis. Dan fobia anjing itu adalah sebahagian dari ciri kebudayaan orang Melayu.

Fobia itu adalah sebahagian dari ajaran Islam dan ia begitu serius bagi mazhab Syefie yang menjadi pegangan orang Melayu. Maka apabila peristiwa anjing tadi sepakat membaham murid yang dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat, maka juistikasi tidak wajarnya anjing ada dalam masyarakat timbul.

Maka apakah golongan mesra anjing tidak boleh menilai semula kesuskaan membela anjing dalam sebuah masyarakat majmuk yang didalamnya terdapat kumpulan majoriti yang pantang anjing?

Orang Melayu-Islam memendam perasaan kerana menjaga hati kumpulan golongan mesra anjing tetapi apakah tidak wajar bagi golongan anjing menjaga hati kumpulan pantang anjing?

Anjing yang sensitif bagi orang Melayu, belum muncul sebagai isu perkauman yang sensiti, kerana orang Melayu taat kepada kehendak membendung ajaran perkauman. Perkauman adalah sederjat dengan dadah, keganasan, fanatik, pelampau. Semuanya agen pemusnah keharmonian bangsa Malaysia.

Tetapi anjing menghalang usaha merapatkan hubungan dan perpaduan. Sebelum anjing mencederakan kanak-kanak, anjing menghalang pergaulan dan bubungan mesra antara golongan mesra anjing dan pandang anjing.

Padang permainan di setiap taman perumahan masyarakat berbilang kaum tempat perkaulan yang terbaik di peringkat akar umbi sebelum masing-masing dapat bergaul dalam rumah.

Apabila ibu bapa mesra anjing membawa anjing bersama anak-anak ke padang, orang Melayu yang sensitif dengan anjing tidak menggalakkan anak-anaknya bebas ke padang itu. Mereka takut terpujak kncing dan tahi anjing. Papan lonsor yang sama dinaiki anjing, tidak lagi jadi alat permainan yang selesa bagi anak-anak orang Islam.

Ia menghalang hubungan mesra bermula dari kanak-kanak. Kanak-kanak memberontak kepada ibu bapa mengapa mereka tidak boleh ke padang? Ibu bapa memberi tahu anjing Cina dan anjing India penuh di padang. Kanak-kanak Melayu memang takutkan anjing dan kanak-kanak ini mulai tertanaman perasaan susah kalau bersama kaum lain.

Ia satu cetusan bibit perkauman pada kanak-kanak yang berpunca dari anjing.

Hubungan yang baik ialah yang dipraktikkan di luar rumah dan di dalam rumah. Keupayaan membawa tetamu ke dalam rumah adalah satu yang terpuji. Kesanggupan kunjung mengunjung rumah jiran adalah langkah terpuji demi kerukutan dan perpaduan masyarakat.

Orang Islam yang menjaga kebersihan berpakaian bersih dan dengan pakaian itulah mereka boleh solat. Tetapi mereka mengelak ke rumah pemilik anjing kerana waswas kesuciran kerusi dan meja di rumah itu yang tentunya pernah digunaan anjing. Walaupun yang berat najisnya adalah air liurnya, tetapi anjing itu sendiri adalah pembawa air liur yang najis tadi.

Maka selagi anjing tidak menjadi perbahasan kebudayaan, maka perpaduan dan harmoni kaum adalah di perikat luar, tidak dapat dibawa ke dalam rumah. Perpaduan yang demikian adalah perpaduan yang tidak masuk ke dalam hati.

Apakah golongan mesra anjing tidak boleh terpisah dengan anjing? Dan anjing itu satu rukun untuk menjadi Cina dan menjadi India? Adadkah Cina dan India di Malaysia sama dengan bangsa Eropah. Malah bagi bangsa Eropah anjing dilihat lebih setia dari anak-anak dan lebih disayangi dari anak dan cucu.

Bila nenek berjalan-jalan di luar rumah bersama cucu kecil dan membawa sama anjing kesayangan, nenek lebih senang mendukung anjing dewasa yang boleh berjalan dan membiar cucu yang baru tahun berjalan berjalan sediri sedang dia patut didukung lagi.

Mungkin kerana apabila anak berusia 21 tahun tidak teragak-agak meninggalkan rumah dan ibu, tetapi anjing akan kekal bersamanya.

Di Malaysia anjing selaku teman lebih diperlukan sebagai penjaga keselamatan atau pengganti jaga. Ia boleh menggerakkan tuannya apabila ada gangguan dan penceroboh.

Tetapi masalahnya anjing adalah binatang yang perlu dijauhkan bagi orang Islam terutama orang Melayu. Ia bukan sekadar isu agama tetapi ia sudah dilihat sebagai isu kebudayaan bagi orang Melayu. Anjing pada orang Melayu adalah dibenci, ditakuti dan dijauhi.

Orang Melayu mengelak tinggal di kawasan perumahan orang bukan Islam atau seboleh-bolehnya tidak mahu berjiran dengan mereka. Sekalipun dalam politik, orang UMNOlah katakana, boleh bersama-sama dalam apa jua pekerjaan, tetapi kalau boleh mengelak berjiran dengan MIC, MCA dan seterusnya. Antara sebabnya tidak mahu anjing berkeliaran di sebalah rumahnya atau hampir dengan rumahnya.

Apabila Muhammad Hazman Khan, murid tahun tiga sekolah rendah dibaham anjing ketika dia hendak ke solat Jumaat di masjid, maka ia satu justifikasi betapa menasabah orang Melayu mesti berjauhan dengan Cina dan India.

Bagi orang Melayu mencadangkan supaya anjing tidak boleh dipelihara oleh kuam-kaum lain adalah satu yang tidak bijak. Siapa orang Melayu hendak melarang orang lain memiliki barang yang disukainya?

Tetapi sampai bila orang Melayu harus memendam hati tentang kewujudan anjing di tengah-tengahnya walaupun anjing itu diikat dan dirantau?

Menteri Kebudayan wajar memahamkan rakyat tentang budaya yang sesuai untuk rakyat Malaysia.

Maka di sinilah MCA, DAP, Gerakan, MIC dan lain mengadakan percambahan fikiran di kalangan mesyarakat mesra anjing bagaimana hendak mera’ikan orang Melayu yang agamanya mengharamkan anjing?

SeTAPAK
04/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home