Subky Abdul Latif

Thursday, April 21, 2005

BERMUHASABAH DENGAN SEMUA BALA DI INDONESIA

BERMULA dengan gempa bumi dan tsunami di pesisir pantai barat Aceh menyorban ratusan ribu jiwa di Sumatera istimewa di Aceh sehari selepas hari Natal tahun lalu, diikuti oleh gegaran di Pulau Nias menghorbankan ratusan jiwa serta puluhan gegaran yang menyusul sejak tsunami hingga sekarang, maka yang terakhir Indonesia diancam pula oleh gelegak gunung berapi.

Maka selepas nahas tsunami itu entah berapa kali sudah penduduk Aceh khasnya dan orang-orang Sumatera berduyun-duyun melarikan diri ke kawasan tinggi setiap kali berlaku gegaran. Stelah dipastikan tsunami tidak berlaku, beberapa jam kemudian masing-masing balik ke rumah.

Sudahlah harta benda hampir semuanya musah, berapa kali dan berapa lama lagi penduduk Indonesia di pantai barat Sumatera itu harus berhadapan dengan igauan tidak tentu tidur dan ketakutan?

Secara kajian jeografisnya malang dan bencana itu dihahadapi oleh Indonesia dan kawasan yang sebaris dengannya ialah ia terletak di garis laluan gempa bumi. Gempa tadi akan terjadi dari semasa ke semasa, bila-bila masa, tidak diketahui masa dan keikanya. Atas kehendak Allah ia tidak berlaku dan atas kehendak Allah juga ditakdirkan bergoncang.

Dunia mengiranya ia adalah bencana alam. Orang-orang beriman bersetuju ia adalah balasan Allah atas angkara kejahatan manusia. Bala adalah kehendak Allah, ditimpakan ke atas manusia yang engkar dan bala tidak memilih yang engkar saja, yang beriman ikut tersapu bila ia diturunkan.

Atas sebab-sebab manusia mentaati Allah dan ramai para salihan mensyukuri nikmat dan anugerahNya, Allah membiarkan zon gempa itu tidak aktif. Bagi penduduk maksiat di kawasan bukan laluan gempa lain pula bala yang Allah turunkan.

Bala tidak turun apabila manusia beriman dan bersyukur. Tetapi jika ada sesuatu yang mencemaskan maka ia adalah ujian kesabaran kepada mereka.

Sekarang giliran Indonesia bertubi-tubi menimpa ancaman bala itu. Mungin Allah tujuan kepada orang lain tetapi dalam masyarakat yang global ini, ia menyebabkan Indonesia terkena sama. Tetapi kerana yang bertalu-talu tapat ke atas Indonesia saja, tentulah ada amaran yang khusus ditujukan kepada bangsa itu.

Tetah diterima secara umum bahawa ia adalah bala atas kesalahan manusia, maka apakah garangan kesilapan umat Indonesia jika ia justeru kesilapannya?

Aceh berjuang mahukan sebuah kedaulatan dan kemerdekaan sendiri bagi membolehkan ia kekal sebagai wilayah Islam seperti di zaman Sultan Mallikus Saleh. Tetapi apa salah Aceh maka rakyat 100 peratus Islam mengalami kiamat sebelum tiba kiamat?

Tidak cukup dengan sangsara perang antara tentera Indonesia dan pejuang GAM yang mahu Aceh merdeka, maka datang lagi sangsara tsunami. Jika ia natijah umat Aceh berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka tindakan yang dikenakan oleh pemerintahan Indonesia adalah ujian dan cabaran yang terpaksa dihasapi oleh setiap perjuangan. Perjunagan mesti diuji dengan pengorbanan.

Tetapi tidak mungkinkah semua kesangsaraan itu disebabkan oleh sikap orang Aceh sendiri yang sudah disetujui oleh Jakarta untuk membenarkannya mendirikan sebuah wilayah yang melaksanakan syariyah ataas Daerah Istimewa Acah, tetapi Aceh berkeras mahukan kemerdekaan juga?

Antara sebuah daerah otonomi yang mendaulatkan Islam dan sebuah kemerdekaan yang belum tentu mendaulatkan Islam, yang manakah keutamaan bagi umat Aceh?

Tidakkah wilayah yang mendaulatkan Islam itu satu anugerah Allah yang juah lebih istimewa dari sebuah kemerdekaan yang tidak tegas untuk mendirikan Islam atau menerima cara hidup sekular dunia?

Maka tindak mungkinkah ia satu kemurkaan Allah, sesudah disetujui oleh Jakarta ia boleh melaksanakan syariah – termasuk mendaulatkan hudud – maka penyokong GAM mahukan kemerdekaan juga, sedang Aceh merdeka tidak menjanjikan kedaulatan syariyah? Allah manawarkan sinaran terang benderang, manusia memilih kegelapan.

Tidak bolehkah Aceh yang diketahui bertegas dengan negara Islam bermuhasabah betapa bala tsunami itu adalah kerana tidak merasakan janji kemerdekaan syariah itu lebih utama dari Aceh merdeka yang tidak menjanjikan pelaksanaan syarikah?

Tetapi bagi Jakarta pula segala bala tadi apa pula gerangannya? Adakah kerana tindakan keras yang boleh dilihat sebagai kezaliman atau penindasan ke atas rakyat dan wilayah-wilayahnya? Adakah ia menindas? Adakah amalan rasuah yang tidak dapat dihapuskan hanya boleh dihapuskan dengan tsunami?

Atau apakah kerana tindakan terhadap ulama Abu Bakar Bashir yang didakwa memimpin Jamaah Islamiyah dan dengan jamaah itu mencernakan keganasan?

Tidak mungkin Abu Bakar terfitnah dan dia berada dipihak yang benar? Dan tidak mungkinkan yang terfitnah sekarang seorang pendakwah yang berada dilandasan jihad? Dan tidak sedarkah masing-masing yang terfitnah sekarang adalah Jammah Islamiyah sedang jamaah sseperti itu ada dalam ajaran Islam dan ia suatu yang dituntut oleh Allah?

Dakwaan atau tuduhan terhadap Abu Bakar dan Jamaah Islam datang dari luar. Ia ciptaan Amerika dan disetujui dan dituntut oleh Singapura. Amerika memburu Ben Laden dan orang-orang yang dilihat sepertinya. Singapura adalah sekutu Amerika dan salah satu timbalan Sheriff selian dari Australia.

Abu Bakar dituduh pengganas dan Jamaah Islamiyah yang dituntut oleh Islam itu juga dituduh pengganas. Tunduhan pengganas itu adalah ciptaan musuh. Ia diterima oleh umat Islam. Tidakkah mungkin tindakan ke atas Abu Bakar bukan kerana kgiatannya tetapi atas paksaan Amerika dan takutkan tekanan Amerika?

Hari ini umat Islam termasuk para pemimpinnya sangat berang apabila Islam dan orang Islam secara borong dituduh pengganas. Tetapi orang Islam tidak sensitif tentang fitnah yang menimpah Jamaah Islam dari konsep dan idealismanya.

Abu Bakar ssebagai manusia boleh dikenakan apa-apa tuduhan jua jika benar kegiatannya adalah jenayah. Apa-apa jua pertubuhan boleh diharamkan jika ia bertindak untuk kejahatan. Tetapi ulama dan jamaah Islam tidak boleh difitnah. Adakah tindakan yang dikenakan terhadapnya itu adil atau satu penginayaan?

Manusia tidak dapat mejawabnya secara tepat apa lagi masing-masing bukan nabi dan tidak siapa pun sekarang mendapa wahyu untuk mengesahkannya. Tetapi orang Islam itu dituntut bermuasabah dan mengingsafi ssegala kejadian alam.

Tidak bolehkah umat Islam dan bangsa Indonesia bermuhasabah kalau-kalau tindakan terhadap Abu Bakar itu antara yang mencetuskan kemurkaan Tuhan dan menurunkan bala satu demi satu. Sebelum Abu Bakar Bashir dikenali kepulauan Indonesia jarang-jarang dilanda gempa. Dalam masa empat lima bulan ini gempa silih berganti. Kebetulan masa itulah Abu Bakar dibicarakan oleh dunia.

Kita tidak tahu apa kesalahan kita. Tetapi tidak mungkinkah setiap kejadian itu dimenungkan dan dijadikan bahan menungan ketika bermuhasabah?

Banyak lagi kesalahan kita yang perlu dililhat satu satu. Mencari kesalahan diri itu tujuannya ialah supaya bala-bala yang menunggu itu ditangguhkan. Sekalipun akipilago Indonesia itu kawasan garis gempa bumi, tetapi dengan bermuhasabah, kita mahu gempa itu tidak aktif dan gunung berami menelan sendiri laharnya.

SeTAPAK
21/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home