Subky Abdul Latif

Wednesday, April 06, 2005

KERAJAAN PERTAHAN PENGJARAN SAINS DALAM INGGERIS

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang memegang pengaruh lebih besar dari Menteri Pelajaran dalam pelajaran terus mempertahankan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris walaupun Kongres Pendidikan Melayu ke 2 menyarankan bahawa kesannya setakat ini tidak baik bagi para pelajar.

Para pendudik Melayu itu mencadangkan supaya dikembalikan pengajarannya melalui Bahasa Malaysia bagi mengelakkan para murid keciciran dalam mata pelajaran sains, matemaik dan bahasa.

Setelah tiga tahun pengajaran itu dalam bahasa Inggeris, kata mereka, kesannya peratus murid-murid yang lulus dalam mata pelajaran itu merosot dibandingkan dengan pencapaian sebelumnya.

Datuk Najib cuba meredakan kebimbangan para pendidik itu dengan kata-kata bahawa kerajaan lebih bimbang dari mereka. Tetapi seakat ini kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan pengajaran itu dalam bahasa Malaysia, sebaliknya akan membuat kajian dan tindakan bagi mengatasi kelemahan itu dengan mempertahankan pengajaran dalam bahasa Inggeris.

Berapa lama pula kajian itu akan mengambil masa dan apa pula tindakannya tidak diketahui? Adakah kajian itu akan membuat cadangan yang betul dan tindakannya akan memeri kesan yang baik?

Sementara menunggu hasil kajian dan hasil tindakan percubaan nanti, entah ramai mana lagi para pelajar yang tercicir. Percubaan terburu-buru menggunakan bahasa Inggesris telah pun menyebabkan ramai keciciran dalam kedua-dua mata pelajaran, malah mereka juga lemah dalam pelajaran bahasa.

Matlamatnya ialah untuk menguasai bahasa Inggeris sambil mencapai kejayaan cemerlang dalam sains dan matematik. Sesudah tiga tahun, budak-budak yang jadi eksperimen itu tidak menguasai bahasa Inggeris, malah lemah juga, sebaliknya merosot dalam pencapaian matematik dan sains.

Sebelum ini para pelajar sekadar lemah dalam bahasa Inggeris tetapi mencapai kemajuan dalam sains dan matematik hingga bilangan pelajar yang menjadi doktor, jurutera, juru akaun dan rantis bertambah ramai.

Apabila percubaan itu gagal, sementara kaedah mengatasinya ditemui, maka calon untuk menjadi doktor, ahli sains dan sebagainya berkurangan. Kanak-kanak yang tercicir itu nanti dikhuatiri dapat menebus pencapaiannya. Maka mereka yang gagal itu adalah produk tindakan kerajaan yang terburu-buru dulu.

Dulu, pengajaran dalam bahasa Malaysia menyebabkan mereka lemah dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka adalah doktor dan saintis, mereka juru kira-kira dan ahli teknologi. Tetapi hasil setakat ini, harapan jadi doktor dan saintis tidak kecapaian, dan bercakap Inggeris pun bertabur.

Atau mereka cekap berbahasa Inggeris, tetapi tidak dapat jadi doctor atau saintis.

Mana lebih baik antara jadi doctor dan saintis yang kurang mahir berbahsa Inggeris dengan petah berbahasa Inggeris tetapi tidak dapat jadi doctor dan jurutera?

Secara amalinya bahasa yang digunakan dalam matematik dan sains ialah angka dan simbol-simbol. Ia tidak banyak menggunakan pertutuan bahasa dan penulisan bahasa. Justeru itu ahli-ahli sains dan juru kira tidak menjadi ahli bahasa yang terkenal, malah mereka tidak pandai bercakap. Jarang sangat menjadi pujangga dan penyair.

Malah para doktor di mana-mana juga tidak boleh menulis dengan baik. Tulis tangan yang terburuk ialah tulisan doktor. Hanya jururawat dan tukang bancuh ubat yang tahu membaca tulisan mereka. Ia adalah disebabkan pelajar bidang itu lebih banyak menggunakan angka dan simbol dari bahasa.

Langkah tereburu-buru Dr. Mahathir dulu menyebabkan sudah sekian ramai murid-murid lemah sains, matematik dan bahasa. Jika ditunggu sepuluh tahun lagi, maka mungkin lebih ramai yang tercicir. Matlamat maju dalam bidang teknologi tidak akan tercapai.

Kementerian palajaran sepatutnya menumpukan masa dan tenaga mengkaji kaedah mengatasi kelemahan bahasa Inggeris.

SeTAPAK
06/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home