Subky Abdul Latif

Tuesday, April 19, 2005

Mohamad JAMIL GEMBIRA SAWIT GANTI GETAH

TAN Sri Mohamad Jamil, 83 tahun sudah tentu gembira terpilih menerima anugerah Tokoh Jabatan Pertanian sempena 100 tahun jabatan itu tahun ini. Tetapi yang lebih menggembirakan beliau ialah usahanya untuk memperkenalkan potensi sawit berbanding getah menjadi kenyataan hari ini.

Pada acara penyampaian anugerah itu dari Menteri Tan Sri Mahyuddin Yasin, Tan Sri Mohamad Jamil menyebut tentang cadangan itu terpaksa menempuh laluan sukar.

Ketika orang melihat sektor perkilangan menjanjikan masa depan Negara yang lebih berjaya, sektor pertanian tidak dilihat boleh menjadi komoditi yang kenarik. Sebidang seekar tanah sawah hanya mengeluarkan hasil yang terhad sekalipun padilnya subur, tetapi jika tanah seluas itu menjadi kilang, ia boleh mengeluarkan hasil yang berganda-ganda.

Tan Sri Mohamad Jamil ketika itu mengemukakan perlunya induseri tani diperkenalkan dengan mencadangkan sawit sebagai komomiti utama yang berpotensi berbanding getah.

Sawit mungkin menghadapi saingan dengan soya tetapi getah bersaing hebat dengan getah tiruan dan potensi getah tiruan mengambil alih pasaran adalah jelas.

Sedikit sebanyak perselisihan politik antara Timbalan Perdana Menteri Tun Razak dengan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Ibrahim Fikri yang akhirnya memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan adalah berpunca dari perbedaan padnangan tentang projek kelapa sawit yang dimajukan di Sungai Tong.

Tan Sri Ibrahim Fikri menjadi Menteri Besar awal 80an dan beliau melepaskan jawatan itu sejurus sebelum 13 Mei, 1969.

Ketika beliau menjadi Menteri Besar, minyak belum memancut di perairannya. Ia adalah negeri yang sesuai ditumbungi kemunting dan janggus. Bagaimana ia hendak membangun tanpa hasil. Getah adalah komoditi yang penting tetapi masa depan getah tidak memberangsangkan.

Justeru itu dia nampak sawit seperti yang dianjuurkan oleh Tan Sri Mohamad Jamil tadi adalah jalan keluar bagi mengurangkan kekeringan negeri itu. Lalu dia merangka pelan membuka ladang sawit besar-besaran.

Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin tidak menyokong rancangan itu untuk dikendalikan oleh kerajaan negeri. Tun Razak sependapat dengan Tun Tan Siew Sin dan tidak menyetujui rancangan Menteri Besar Terengganu itu.

Ada pandangan mempercayai bahawa bantahan Tun Tan Siew Sin bukan industeri sawit tidak boleh dimajukan, tetapi ia tidak menyokong ia dimajukan oleh kerajaan. Kalau ia hendak dimajukan, biar ia dimajukan oleh sektor swasta.

Era swasta belum begitu diketahui pada zaman itu. Dan Fikri tidak sanggup menunggu adakah ia menarik para saudagar sedang dia mahu rakyat Terengganu tidak ketinggalan berbanding dengan lain-lain negeri yang kaya dengan sumber asli buminya.

Fikri bagaimanapun bertegas mahu meneruskan rancangannya. Ia tidak disetujui oleh Tun Razak. Ibrahim Fikri berkeras. Kiranya ia tidak mendapat sokongan kerajaan pusat, maka ia tetap meneruskan rancangan itu melalui sumber dari kerajaan negeri sendiri.

Dan Tan Sri Ibrahim Fikri meneruskan projek itu yang kini termasuk dalam rancangan Ladang Rakyat.

Pimpinan kerajaan pusat mengira Menteri Besar Terengganu terlalu ‘ambitious.’ Kata Ibrahim Fikri, ‘Aku tak mahu rakyat Terenggau terbiar dan Terenggau tak ada hasil.’

Semua tahu bahawa Tun Razak dan Tan Sri Ibrahim Fikri tidak ngam. Imej Tun RAzak ketika itu berada ditahap yang tinggi. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra adalah Perdana Menteri dan Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, tetapi beliau adalah yang hndak pergi.

Tun RAzak menjadi harapan semua pihak untuk menjadi pimpinan baru Negara, malah ramai yang merasakan bahawa wibawa Tun Razak lebih ketara dari Tunku.

Demikianlah payahnya dunia yang dihadapi oleh Tan Sri Ibrahim Fikri berhadapan dengan Tun Razak yang memuncak dan tidak senang dengannya.

Ada yang menyebut bahawa Fikri tidak masuk dalam senarai orang-orang Tun Razak adalah atas faktor-faktor lain. Ada juga yang menyebut bahawa Fikri telah diberi pilihan mahu diberhentikan secara keras atau berhenti sukarela.

Orang politik rata-rata tidak sunyi dari kesilapan. Kesilapan orang bawah mudah dijadikan asas tindakan. Kesilapan orang atas tidak dapat dilihat dari bawah. Akhirnya Ibrahim Fikri meletakkan jawatan Menteri Besar di tengah-tengah tidak pengganti yang ketara.

ADUN dari Kuala Berang yang tidak terkenal malah di kalangan UMNO telah menggantikan beliau. Tiga bulan lepas itu diadakan satu pilihan raya kecil. Dato Nik Hasan Abdul Rahman, bekas Setiausaha Sulit Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bagi menjadi Menteri Besar yang baru.

Tan Sri Ibrahim Fikri meninggal dalam satu kemalangan jalan raya sedang dia ketika itu masih ADUN. Orang-orang yang memandu dari Kuala Terengganu ke Besut akan menempuh Sungai Tong di tengah lading kepala sawit – kiri kanan jalan penuh dengan pohon kelapa sawit sarat dengan tandannya. Itulah lading peninggalan Ibrahim Fikri.

Dulu orang tidak setuju projek sawit itu tetapi kini semua orang gila dengan tanah sawit. Tan Sri Ibrahim Fikri tidak sempat melihat lading sawit TDM semasa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang jauh lebih luas dari sawit Fikri.

Tan Sri Mohamad Jamil sempat melihatnya.

SeTAPAK
19/04/05

1 Comments:

  • lading tu nate apa? nak eja ladang pun tak tahu? asyik lading, lading lading jer.

    By Blogger awang, at 12:38 AM  

Post a Comment

<< Home