Subky Abdul Latif

Wednesday, April 20, 2005

NAJIB JANGAN LATAH, GALAK KONFRANTASI

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib sudah menafikan beliau meminta maaf kepada pihak Indonesia atas pergeseran kapal kedua Negara di perairan berhampir Sulawesi seperti yang dilaporkan oleh media Indonesia.

Reaksi Datuk Najid ialah menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar Kompas , antara media yang dikatakan membuat berita palsu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi pula mengira, siaran seperti adalah untuk menghina timbalannya.

Maka Pemuda UMNO, beberapa orang anggota Dewan Rakyat melancarkan serangan balas kepada terhadap media Indonesia dengan berbagai kecaman dan semua reaksi itu jika tidak hati-hati, menyenggung wibawa Indonesia sendiri.

DAlam banyak kenyataan rasmi diplomasi Malaysia menyarankan untuk memilihara muafakat dan kesefahaman yang sebaik-baiknya dengan Indonesia. Segala karenah yang mempertikai Malaysia boleh orang-orang bawah Indonesia, sayugia tidak mempengaruhi hubungan selesa kedua wilayah, mudah-mudaan.

Reaksi diplomasi itu itu sungguh terpuji dan memberi sumbangan yang posistif.

Atas nama kebebasan, dan pemerintahan selepas Suharto tidak berhajat untuk mengganggu krativiti dan imagiasi medianya, maka media tidak teragak-agak untuk menyiarkan apa yang ia rasa patut siar. Dan masing-masing tidak gentar akan reaksi pemerintahannya.

Berbeza dengan media di Malaysia yang diasuh supaya bertanggungjawab dan diingatkan supaya tidak membuat siaran palsu. Oleh itu ia patuh sangat kepada pemimpin kerajaan. Justeru itu beberapa orang wartawan ternama seperti Tan Sri Abdullah Ahmad, Dato Johan Jaafar, Dato Nazri Abdullah, Dato Munir Majid dan lain-lain ditamatkan perkidmatan kerana tidak berjaga-jaga melepaskan siaran yang tidak disetujui oleh orang-orang kerajaan.

Media Indonesia merasa bangga kerana masalah yang dialamai oleh orang-orang Malaysia yang seprofesional dengan mereka.

Bagaimana mereka juga tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika tidak beretika. Pada umumnya semua media di dunia menyediakan peruntukan dalam bajet masing-masing wang saman. Sepandai-pandai akhbar dan setinggi manapun rasa tanggugnjawabnya, kadang-kadang tidak terlepas dari saman dan tuntutan mahkamah.

Oleh itu pihak yang merasakan dirinya telah diinaya oleh medua mempunyai liberti yang seluas-luasnya mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang dirasakan melanggar etika tadi.

Orang-orang yang tinggi budi pekertinya, boleh pilu jika dirinya menjadi mangsa fitnah media, tetapi dengan penuh sabar dan berhemah dia mengemukakan saman, dan apabila mahkamah memihak kepada samannya, maka bukan saja fitnah tadi memakan diri dan maruah media berkenaan, malah si pemyaman beroleh ganti rugi yang lumaian.

Tun Abdul Rahman Yaakub, semasa menjadi Ketua Menteri Sarawak telah menyaman media di negeri itu atas dakwaan memfitnahkannya. Mahkamah memkhak kepadanya, percitakan terbabit menjadi kepunyaannya apabila syarikat media itu tidak mampu membayar ganti rugi yang dituntut.

Dato Najib tidak perlu latah. Penyokong-penyokongnya tidak juga tidak perlu buat-buat latah jika media Indonesia telah menghinanya atau berlaku tidak adil terhadap. Buat penjelasan apa sebenarnya yang berlaku dan jika itu dirasakan terlalu tidak patut, kemukakan tindakan undang-undang. Najib boleh terus berbaik dengan media itu.

Jika ada kesempatan berkunjung ke Indonesia, buat kunjungan muhibbah ke kantor media, berbincang mengenai kepentingan dua hala dengan pengarangnya, sambil tindakan mahkamah jalan terus. TEtapi kalau ada penyelesaian di luar mahkamah, boleh ditimbangkan.

Najib yang kiranya panjang umur akan menjadi Perdana Menteri. Ia mesti menjadi Perdana Menteri yang baik untuk Malaysia, dan dia juga mesti menjadi Perdana Menteri yang disenangi oleh jiran-jiran terutama Indonesia.

Jadilah Perdana Menteri seperti ayahnya Tun Razak yang disenangi oleh bangsa dan kerajaan Indonesia kerana sumbangannya yang terlalu besar berusaha menamatkan konfrantasi antara kedua negara.

Jangan jadi Perdana Menteri yang boleh menggamit konfrantasi lagi. Apa punca konfrantasi itu adalah hal kedua, tetapi dengan latah dan reaksi yang berlebihan, perbahalan Najib nanti tidak sekadar dengan media, tetapi boleh menyeret maruah Indonesia.

Banyak ulasan-ulasan yang membela Najib boleh menyentuh bangsa Indonesia dan ada pula yang ingatkan politik ganyang Sukarno dulu. Semua yang bangun untuk membela Najib itu seolah-olah mempertikai keupayaan pentadbiran Jakarta untuk mendisiplinkan medianya, sedang Indonesia mempunyai pendirian dan falsafah tertentu dalam menangani medianya.

Penyokong Najib boleh membantah apa yang tidak adil dari media itu tetapi jangan mengajar Indonesia mengenai apa yang ia patut layan terhadap medianya.

Jika reaksi Najib itu berlebihan latahnya, dibimbangi Najib menjadi orang yang tidak disukai oleh bangsa Indonesia dan bagaimana dia mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang disenangi oleh Indonesia?

Malaysia memilih untuk menjadikan Indonesia jiran yang terbaik. Tetapi niat itu sukar dicapai kiranya Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang tidak disenangi oleh Indonesia. Malaysia sudah ada pengalaman betapa susahnya menjaga kepentingan dua hala yang baik dengan Australia semata-mata kerana Perdana Menterinya senang menjadi timbalan Sherif dunia.

Najib kena cerdik. Jangan biarkan orang-orang yang mengipasnya memainkan agenda lain, sengaja mahu melihat Najib tidak disenangi oleh jiran, dan supaya Malaysia memikirkan timbalan yang lebih diterima oleh jiran.

SeTAPAK
20/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home