Subky Abdul Latif

Wednesday, April 06, 2005

PLKN, MASIH TIDAK POPULAR

MASIH beribu calon Program Latihan Perkhidmatan Negara engkar menyertai siri program yang terbaru walaupun pihak berkuasa memasyhurkan untuk mengambil tindakan terhadap sesipa yang gagal mendaftarkan diri.

Dari maklumat akhbar, sekitar lebih 2,000 tidak mendaftar walaupun publisiti terhadap hasil program itu dikatakan sangat memberangsangkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, selaku sifatnya orang yang diamanahkan melaksanakan program itu memberi tahu Dewan Rakyat bahawa beliau sangat terharu dengan surat seorang ibu yang sangat berpuas hati dengan program itu.

Beliau tidak menyebut siapa ibu yang menulis surat itu. Walaupun anaknya meninggal dunia semasa dalam latihan, tetapi kesan setakat peserta itu dalam latihan, menurut surat ibunya itu, adalah positif. Apa positifnya juga tidak disebutkan.

Dalam program pelancarannya tahun pertama yang engkar sangat ketara. Ia memaksa diadakan tilndakan untuk mendakwa mereka ke mahkamah. Berikunya masing-masing rojok kepada bagi mengelakkan tindakan.

Tetapi dalam program yang terbaru dilapurkan pula, ramai juga yang tidak datang mendaftar. Mengapa?

Apa kebaikannya belum lagi didedahkan secara terpeinci kepada umum, tetapi kampus-kampus yang digunakan dalam program pertama dulu tidak lagi mengizinkan ia digunakan kerana kerosakan peralatan kampus sangat ketara. Kalau kerosakan itu kecil tentu boleh dimaafkan kerana ia adalah program negara yang penting.

Bagaimana mungkin suatu yang kesannya positif hingga kampus yang berdaya maju seolah-olah serik untuk membenarkan ia digunakan lagi?

PLKN sehingga ini dipercayai masih bersifat ad hoc atau semenrara mengikut keadaan dan kedudukan kewangan. Ia menelan belanja yang besar dan tidak pula melibat seluruh remaja menurut umar yang ditentukan.

Apakah ia akan dilanjutkan selepas tempoh lima tahun selesai? Kontrek yang diberi kepada pengusaha pada tahun pertama dulu adalah lima tahun. Menakala kontrek bagi tahun kedua ini tidak lagi lima tahun. Tempoh tamatnya sama dengan yang pertama.

Para pengusaha yang berjaya mendapatkan kontrek percaya, bahawa program ini adalah untuk lima tahun saja. Ia belum tentu diteruskan memandangkan belanja yang besar dan keperluan negara adalah banyak.

Penyertaan dalam program itu adalah secara terpilih dan ibu bapa tidak tahu apa kretiria pemilihan itu? Ada yang terpilih dan ada yang terlepas.

Setakat ini orang yang terlepas terasa amat gembira. Belum dapat dipastikan apakah rasa isi hati ibu bapa di zaman angin keruntukan akhlak ini untuk melepaskan anaknya pergi terutama anak gadis?

Antara anak-anak yang balik memberi tahu apa, tiada solat berjamaah bagi peserta Islam. Bila sembahayang masing-masing, adakah yang jarang sembahayang akan sembahayang? Apa sebab tiada solat berjemaah? Mungkin kerana kehadiran remaja bukan Islam?

Ia tidak wajib untuk semua remaja yang cukup umur. Ia wajib untuk yang terpilih saja. Antara yang dicalonkan tidak berminat untuk menyertainya. Apabila mereka tidak hadir, maka mereka didakwa dan dihukum sedang mereka tidak memohon dan ia tidak diwajibkan kepada semua.

Adakah mendakwa mereka yang engkar itu selaras dengan semangat perlembagaan yang belum mewajibkan kerahan tenaga rakyat kepada remaja seusia itu semata-mata kerana nama mereka terpilih dan sedang yang tidak terpilih tak ada apa-apa?

Dan jika pengalaman PLKN itu menjadi keutamaan untuk melanjutkan pegajian ka IPTA dan peluang mendapatkan pekerjaan, maka malanglah bagi yang tidak terpilih mengikut latihan sedang mereka tidak dibuktikan engkar.

SeTAPAK
06/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home