Subky Abdul Latif

Thursday, April 21, 2005

SYUKUR MALAYSIA SERTAI SIDANG BANDUNG

MALAYSIA hadir dalam Sidang Bandung atau Sidang Afro-Asia kali kdua di Bandang sangat penting dan besar ertinya bagi rakyat Malaysia. Dan sudah tentulah peranan yang Malaysia mainkan dalam sidang itu bagi mengembalikan mertabat Piagam Bandung agak lebih bererti.

Sidang Kemuncak Bandung-Jakarta 2005 pada 22 dan 23 April tentunya tidak digemari oleh dunia barat, sama dengan ia tidak digemarinya pada sidangnya yang pertama tahun 1955.

Atas sebab ia tidak disukai oleh penjajah, maka Tunku Abdul Rahman Putra yang menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu tidak menyertainya walaupun didesak oleh masyarakat Tanah Melayu supaya hadir.

Dalam sidang Afro-Asia kedua 1965 yang dijadualkan di Algeria, sempena 10 tahun sidang itu, Malaysia yang dijadualkan hadir memainkan peranan menggagalkannya apabila ia batalkan setelah seluruh perwakilan sudahpun tiba di negara tuan rumah.

Oleh sebab itu Malaysia tidak boleh tidak serta dalam sidang sempena 50 tahun berlangsungnya siding yang menjadi asas atau perintis kepada sidang kemuncak negara berkecuali yang dipanggil NAM sekarang.

Tanah Melayu ketika itu belum merdeka, tetapi ia sudah berada diambang keperdekaan. Tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 sudah dipersetujui dan persiapan sudah dibuat.

Sikap pro barat yang berlebihan kerajaan Tanah Melayu ketika itu melihat sidang Bandung yang dihadiri sama oleh Negara-negara komunis menyebabkan Tunku tidak tertarik, mungkin untuk menjaga hati British. Apapun kemerdekaan yang sudah ditetapkan itu tidak mungkin dibatalkan.

Seorang ahli UMNO Kampung Baru, Kuala Lumpur yang keciwa dengan sikap kerajaan itu menganjurkan persidangan terbuka bersama Dr. Burhanuddin al Hilmy yang belum menjadi pemimpin PAS ketika itu dan Dato Onn menggesa supaya Tanah Melayu menghantar wakil. Sidang itu menghantar Dr. Burhanuddin untuk menjadi pemerhati.

Tunku bukan sekadar menolak gesaan itu malah memecat Yahya dari menjadi UMNO kerana pandai-pandai menganjurkan sidang itu.

Walaupun Perdana Menteri India, Juaharlal Pundil Nehru dalam perjanalan ke Bandung singgah berjumpa Tunku, tidak berupaya mengubah sikap Tunku. Padahal Nehru adalah tokoh dunia yang disegani oleh Tunku.

Oleh kerana penyertaan ke siding Bandung itu adalah atas nama kerajaan, Dr.Burhanuddin tidak boleh menyertainya, malah tidak juga boleh menjadi pemerhati kerana ia tidak membawa apa-apa keizinan dari kerajaan Tanah Melayu. Dr. Burhanuddin adalah kawan Sukarno. Itupun tidak memungkinkannya menyertainya.

Bagaimana pun Dr. Burhanuddin dapat juga masuk mengikuti sidang dengan menggunakan pas wartawan kenalannya di Jakarta. Sidang idea Sukarno itu ditaja bersama oleh lima Perdana Menteri Asia-Afrika yang terdiri dari Perdana Menteri Indonesia Dr. Ali Sastroamijoyo, Presiden Mesir Jeneral Gamal Abdul Nasser, Perdana Menteri India Pundit Nehru, Perdana Menteri China Zau Enlai dan Perdana Menteri Burma U Nu.

Turut hadir Perdana Menteri Arab Saudi Putera Faisal Abdul Aziz, Presiden Vietnam Utara Ho Chi Minh, Putera Norodom Sihanuke. Negara pro barat seperti Filipina, Thailand dan Jepun tidak hadir.

Untuk pertama kali negara-negara merdeka dan baru merdeka dari penjajahan barat dapat disatu sebagai satu kuasa pengimbang kuasa penjajah. Ia mengemukakan Sukarno sebagai tokoh Asia dan Afrika yang tersohor menyamai Nehru.

Ia mencipta Piagam Bandung yang menyarankan supaya semua wilayah terjajah dimerdekakan dan tiada negara boleh campur tangan urusan Negara lain, dan semua Negara mesti menjamin kemerdekaan dan kedaulatan semua Negara merdeka.

Piagam Bandung itu memperkukuh lagi piagam PBB yang mengaku hak asasi manusia dan sebagainya.

Tunku sebagai Perdana Menteri terpaksa bersetuju menghadiri Kemuncak di Algeria mungkin didorong oleh tekanan konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia. Propaganda anti Malaysia cukup kencang di kalangan Negara berkecuali. Tunku mengirim Tun Dr. Ismail mengetuai persidangan peringkat menteri.

Dr. Islam menyewa bilik sebelah Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang cuba menghalang kehadiran Malaysia. Malah deligasi Malaysia sukar mendapat bilik kerana semua hotel tidak menerima kehadirian Malaysia.

Delilgasi Malaysia berjaya mendapat bilik untuk Menteri Luar Algeria, Aziz Boutiflika yang kenal Tun Razak secara peribadi. Atas persabahatan itu Boutiflika membantu memberi biliknya, menyebabkan Dr. Subandrio terkejut.
Tunku menghadiri sidang Chogm di London. Tidak senang kerana tentangan terhadap Malaysia sangat ketat. Deligasi Malaysia dihalang masuk ke dewan persidangan. Teksi pun tidak berapa mahu mengambil orang Malaysia. Mereka masuk ke sidang dengan menggunakan bendera Jepun, berbaris masuk ke dewan. Penjaga pintu menyangka mereka perwakilan Jepun dan membenarkan masuk.

Perwakilan Indonesia terkejut bagaimana orang Malaysia boleh masuk dewan.

Semua laporan itu menyulitkan kehadiran Tunku. Dalam suasasana itu tiba-tiba Menteri Pertahanan Algeria melancarkan rampasan kuasa terhadap Presidesn Ahmed ben Bella pada saat terakhir siding kemuncak itu.

Tan Sri Ghazali Shafie, Ketua Setiausaha Kementerian Luar membisikkan kepada Tunku supaya minta kebenran Perdana Menteri Britain, Herold Macmillan untuk bercakap khusus kepada perakilan Asia-Afrika yang akan menghadiri siding Algeria.

Setelah lain-lian perwakilan keluar bilik mesyurat, Tunku menjelaskan suasana di Algeria tidak menentu. Siapa yang berkuasa. Tentunya ia menjejaskan siding dan keselamatan tidak terjamin. Justeru itu beliau berkata beliau tidak akan menghadiri sidang itu.

Presiden Ghana, Kwame Nkrumah menyokong saranan Tunku dan beliau juga tidak akan ke Algeria. Semua Negara bersetuju dengan Tunku. Tunku membuat pengumuman tidak menyertainya dalam siding media.

Dr. Subandrio menghubungi Zulfikar Ali Bhutto, Menteri Luar Pakistan menyatakan siding itu berjalan terus kerana Jeneral Bomediene yang menjadi Presidesn baru berkuasa penuh. Petang itu Bhutto menemui Ghazali Shafie minta ketua-ketua kerajaan Asia Afrika dalam siding Komenwel hadir.

Ghazali memberitahu Bhutto supaya cuba meyakinkan Nkrumah supaya membatalkan keputusan tidak menghadiri sidang itu. Atas gesaan Bhutto, Ghazali mengubungi Nkrumah, menyatakan permintaan Bhutto supaya pemimpin Asia-Afrika di London itu bersidang semula.

Jawab Nkrumah, ‘Bhutto ni gilakah?’ Dia berkeras tidak mahu menghadiri sidang itu. Satu kumpulan besar memulaukan sidang itu, maka ia pun dibadalkan.

Maka dalam sidang di Bandung ini Malaysia mesti bersikap positif bagi membetulkan sejarahnya silapnya berhubung kemuncak Bandung itu. Datuk Seri Abdullah Badawi mesti menunjukkan penampilan yang ketara supaya Malaysia dilihat berperanan.

Kalau Jepun, Tailand, Singapura dan Filipina pun hadir, maka Malaysia adalah sahabat ssedarah sedaging dengan Indonesia, mesti menjadikan sidang Bandung dalam membetulkan imbangan dunia dan PBB yang sudah senget sekarang.

SeTAPAK
21/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home