Subky Abdul Latif

Wednesday, April 06, 2005

YANG POPULAR SITI NURHALIZA

SAMA ada Siti Nurhaliza ada atau tidak ada, sehingga ini penghibur yang paling popular hanya Siti Nurhaliza, anak kelahiran Kuala Lipis yang genit dan ayu itu.

Selagi persembahannya yang bersehaja dan suaranya seperti yang ada sekarang dan belum ada sesiapa sesiapa yang dapa menyainginya, maka tidak ada orang lain yang boleh meraih kedudukan artis popular seperti yang dianjurkan oleh Berita Harian itu.

Kalau gelaran itu untuk dua tahun sebelum ini iaitu tahun 2002 dan 2003 jatuh kepada orang lain iaitu pelakun Roseyam dan pelawak Saiful, ia adalah suatu yang ajaib yang sepatutnya tidak berlaku begitu. Untuk tahun itu juga sepatutnya juara itu jatuh ke tangan Siti Nurhaliza juga.

Bukan fasal fanatik kepada Nurhaliza dan bukan kerana minat kepadanya, kerana setakat ini dia saja yang dapat memukau semua pendengar dan penonton.
Dan dia saja mempu menarik perhatian seramai-ramai orang di mana-mana saja.

Mungkin dari segi semua keperluan yang patut ada pada muzik dan seni suara, Siti Nurhaliza boleh dikalahkan oleh orang lain atas sebab-sebab tertentu pada ketika satu-satu persembahannya, atau dia boleh dikalahkan dalam satu-satu pertandingan, tetapi dari segi popular untuk tahun tertentu, setakat ini tetap jatuh kepadanya.

Roseyam sebagai sudah membuat persembahan yang terbaik, tetapi pasarannya setakat masih dalam negeri, dan beliau belum mendapat sambutan yang hebat di Indonesia misalnya. Kalaupun lakunannya digemari oleh para penonton di Indonesia, tetapi untuk mendapat kedudukan yang teratas berbanding dengan pelakun negara itu belum dapat dibuktikan lagi.

Begitu juga Saiful, dia juga seorang pelawak yang berjaya. Tetapi untuk menarik peminak lawak dia belum dapat mengatasi apa yang Siti perolehi dalam bidangnya setakat ini.

Di mana saja Siti pergi untuk beberapa tahun ini, nescaya dia mendapat sambutan ramai. Di Indonesia terdapat ramai penyanyi, tetapi Siti Nurhaliza mendapat kedudukan yang istimewa bersama-sama dengan penyanyi masyhur negara itu.

Populariti yang diperolehinya itu ialah sejak dia muncul di bidang itu, lama sebelum dia membuat persembahan solo di Stadium Albert Hall di London.

Dalam zaman P. Ramlee, maka tidak ada orang lain yang dapat menyangi kehebatannya untuk satu waktu yang panjang. Tetapi ketika usianya, apabila muncul rentak nyanyi pop, maka minat orang kepadanya mulai menurun walaupun kehebatan dalam muzik dan seni suara pada keseluruhanya masih hebat.

Lagi P.Ramlee ketika itu terus diminati oleh orang-orang dewasa tetapi anak-anak muda ada pilihan lain.

Ini tidak bererti P.Ramlee jatuh tetapi dia sudah berhadpan dengan saingan.

Demikian juga kehebatannya dalam seni lakun. Kehebatannya tercabar apabila Jins Samsuddin yang pulang dengan ijazah dari London mengambilnya berlakun dengan peranan utama dipegang oleh Jins sendiri.

Jins sendiri tidak bertahan lama. Mungkin disebabkan oleh zaman filem Melayu menghadapi kelembapan, tetapi ternyata kedudukan utama dalam pengeluaran filem Melayu diterajui oleh Dato Yusuf Haslam. Jins cuma timbul akhir-akhir ini itupun dibantu oleh kedudukan dalam UMNO yang dimeteraikan apabila terpilih menjadi senator.

Mungkin pencapaian Roseyam akan menggantikan kehebatan Yusuf Haslam.

Sekalipun P.RAmlee juara lagu di zamannya tetapi beliau sendii bersaing hebat dengan kemasyhuran iseri Saloma.

Saloma bertakhta untuk satu masa panjang hingga eranya disaingi oleh Sharifah Aini dan Anita Sarawak.

Untuk satu ketika dunia seni suara dikuasai oleh Sudirman Arshad. Dia mendapat sambutan yang sama dengan Siti Norhaliza. Siapa lebih hebat antara Sudir dan Siti sukar untuk diduga.

Walaupun dalam menentukan siapakah penghibur paling popular diserahkan kepada suara para pembaca, tetapi kalau pembaca membuat keputusan dari maksud paling popular sepanjang tahun, untuk beberapa tahun terakhir dan terdekat, maka payah bagi mereka untuk menafikan kehebatan yang ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza.

Dan sekarang dia mengorak ke alam atas angina, ke England dan ke Australia, maka langkahnya bertambah panjang. Jika kedudukan paling popular jatuh ke tangan Siti, orang kata ia pilihan tepat. Tetapi kalau singgah pada orang lain, nescaya banyaklah takwilnya.

SeTAPAK
06/04/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home