Subky Abdul Latif

Saturday, May 14, 2005

INGKAR PLKN TIDAK WAJAR DIDAKWA

REMAJA miskin dari Perlis, Ahmad Harizal bin Ahmad Fauzie, 16 tahun tiba-tiba menjadi terkenal dan mendapat pembilaan seluruh masyarakat setelah dijatuhkan hukuman dan memilih penjara 14 hari.

Kesalahannya ialah ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Mahkamah meringankan hukumannya kerana dia dari keluarga miskin, terpaksa berhenti sekolah setakat tingkan dua, menyara ibu dan dua adiknya yang bersekolah.

Kesalahan ini, di bawah Seksyen 18 (1) Akta Khidmat Negara boleh dihukum RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali. Ahmad Harizal dalam siasatan menyebut dia tidak berminat menyertai program itu.

Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim menggeluarkan wangya sendiri untuk membayar denda Harizal. Peguam Negara, menteri dan orang ramai memberi komen yang sedikit sebanyak membela Harizal baik mengenai kesnya mahupun peribadinya.

Yang ingkar bukan Ahmad Harizal saja. Beribu lagi. Yang menunggu didakwa pun cukup untuk menebalkan fail mahkamah. Dan jika semua memilih untuk dipenjarakan, mungkin memerlukan ruang penjara tambahan.

Apakah keengganan remaja yang terpilih wajar didakwa?

Bukan semua remaja berusia 18 tahun terpilih dalam program itu. Bilangan yang tidak terpilih adalah lebih besar. Dari sekitar 486,000 remaja yang layak, hanya 86 ribu saya yang terpilih. Adalahg baki sejumlah 400,000 lagi.

Justeru itu ia tidak benar-benar wajib. Ada yang terpilih mengira mereka bertuah dan ada pula yang terpilih mengira ia satu nasib yang tidak bertuah untuknya.

Jika perkhidmatan Negara itu wajib untuk semua seperti di Amerika. Turki dan lain-lain, tiada yang dikecualikan selagi mereka sempurna, maka tiada pilihan bagi mengingkarinya. Juara tinju dunia Muhammad Ali hilang gelaran juaranya dan dipenjarakan kerana enggan menyertai perang Vietnam.

Sekarang ramai remaja Amerika menyeberang ke Kanada kerana mengelak dari berperang di Iraq.

Bill Clinton lari ke Eropah bila tiba giliran menjali khidmat wajib. Dia terlepas dari hukum malah menjadi Presiden Amerika. Malah Presiden Bush juga ada rekod cuba mengelak.

PLKN belum lagi sampai ke tahap perkhidmatan wajib seperti Singapura dan lain-lain Negara yang apabila genap usia, maka mereka mesti menjalani khidmat tentera. Nasiblah kalau terpaksa berperang.

PLKN adalah satu program yang setakat ini belum dipastikan akan dilanjutkan. Kontrek yang pertama diberi untuk lima tahun. Kontrek bagi tahun kedua tamat tempoh sama dengan yang pertama.

Ia memberi erti bahawa program ini mungkin untuk lima tahun saja. Belum dipastikan ia disambung selepas lima tahun pertama ini tamat.

Pada masa kerajaan mengira sabsidi disel adalah beban, bukan lagi tanggugnjawab, maka kerajaan sudah bersungut, tidak terdaya menampungnya. Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak.

Perbelanjaan PLKN adalah besar. Belanja uniform, belanja peralatan di setiap khemah, tambang, peruntukan makan satu kepala dan lain-lain.

Bagaimanapun yang merasa rugi apabila peserta ingkar menyertainya ialah kontrektor. Kalau ada seratus orang tidak mendaftar di khemah Raub misalnya, maka kontrektor tidak dapat bayaran penuh atas bekalan makanan. Kontrektor itu hilang 100 pelanggan.

Katakanlah atas makanan kontrektor dapat untung RM10 sehari, bererti dia hilang RM 1,000 sehari. Bagi satu program tiga bulan dia akan rugi RM 90,000.

Kalau yang ingkar dibiarkan, maka yang kini sekitar 5,000 orang, maka bilangan itu akan meningkat. Yang rugi ialah kontrektor.

Dalam satu sessi yang engkar sseramai lima ribu, atas kadar hilang sepuluh ringgit satu kepala sehari, seluruh kontrektor akan kerusi RM 50,000. Untuk masa tiga bulan itu mereka akan rugi RM 4,500,000.

Dalam zaman semua orang dapat komisyen dari setiap kegiatan ekonomi, maka adalah ajaib jika orang-orang yang menjayakan PLKN tidak mengambil komisyen. Kalau dari bekalan makan jumaah haji di tepi Kaabah orang ambil komisyen, masakan yang jauh dari Mekah dan tidak termasuk dalam rukun Islam, tidak pula komisyen.

Kalau komisyen makan itu seringgit satu kepala untuk satu hari, maka banyak mana komisyen untuk 86,000 orang dalam masa tiga bulan. Tidakkah jumlahnya RM7,740,000.

Semua angka yang disebut ini bukanlah satu tuduhan untuk sesiapa, tetapi ia adalah congak logik kehidupan hari ini. BPR tentulah lebih arif.

Yang suka remaja ingkar ini didenda adalah dorongan pengaruh angka-angka ini.

Ahmad Harizal tidak banyak bercakap. Dia mengangguk atas banyak soalan dalam sidang medianya. Setelah menjalani penjara sehari, dia dikatakan rasa menyesal tidak menyertai program itu. Jika dia terpilih lagi, dia tidak akan ingkar lagi.

Tetapi dalam penyiasatan sebelum didakwa, keterangan yang dijadikan hujah dakwaan ialah dia tidak berminat menyertai program itu.

Dan yang lain-lain yang ingkar itu juga dipercayai dipengaruhi oleh sebab-sebab yang sama; tidak berminat; tidak mahu bergaul laki-laki perempuan; tidak dipastikan disiplin ibadatnya dan lain-lain.

Program ini dipercayai penting untuk remaja jika ia dipenuhi dengan program pembinaan insan. Tetapi adakah perancang dan pencetus program itu rata-rata pernah menjalani program pembinaan insan? Rata-rata mereka dengan kalimah pembinaan insan setelah mereka diperkenalkan Islam Hadhari.

Tetapi kelibat pembinaan insan itu belum diketahui oleh para kondaktornya.

PLKN mesti meyakinkan remaja yang mengikuti program ini akan menjadi remaja beruntung, boleh menjadi orang yang berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdikari dan lain-lain. Biar ia dirasakan rugi kiranya mereka tidak menyertainya.

Dan jika ia mahu diwajib dan yang ingkar akan dipenjara atau didenda, hendaklah dipastikan dulu setiap remaja yang meningkat usia kelayakan menyertainya selagi layak mental dan fisikal. Dipastikan ia bukan satu program ad hoc.

Ada kelebihan bagi bekas peserta dalam mencari kerja atau didahulukan untuk menjadi polis dan askhar. Mereka diutamakan dalam pemilihan masuk ke unviersiti. Dengan insentif-insentif tertentu, baru PLKN menjadi rebutan, dan bukan mustahil ibu bapa sanggup berbelanja jika ada jaminan masa depan untuk anak-anak.

Sebelum mereka yang ingkar didakwa dan dipenjarakan, ia wajar didebatkan dulu dalam masyarakat. Isu menghukum yang ingkar itu mesti dibincang khusus dalam parlimen.

Dengan segala komen dan reaksi, isu memenjarakan yang ingkar itu nampaknya tidak popular. Kerelaan Shahidan Kassim membayar denda Harizal boleh dilihat sebagai satu protes yang tidak disebut protes.

Mahkamah mungkin tiada pilihan apabila ada dakwaan. Tetapi jika kes ingkar seperti ini diletakkan sama dengan banduan-banduan lain, ia boleh menyebabkan orang tidak membezakan jenayah dengan kelemahan dan karenah masyarakat.

Sekalipun undang-undang adalah undang-undang, tetapi pernah dalam Islam seorang yang lapar mencuri makan barang milik jirannya, tidak dikenakan hukuman, malah khalifah mengancam untuk menghukum jiran yang membuat aduan justeru dia tidak mengambil berat hal jirannya yang kelaparan.

SeTAPAK
14/05/05

3 Comments:

  • saya amat bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh encik. saya juga berpendapat bahawa program ini sepatutnya dihentikan selepas tamat kontrak. ini adalah satu program yang amat merugikan dana negara. lebih baik jika dana yang diperuntukkan bagi plkn digunakan untuk tujuan dana pendidikan. ini bukankah lebih menjamin masa depan kaum-kaum belia?
    daripada menyertai program lasak seperti plkn, peserta seharusnya mengambil masa 3bulan itu untuk belajar. nak katakan program ini dapat memupuk nilai-nilai positif, ia telah membawa kesan negatif. ini kerana menurut feedback daripada peserta yang telah menyertai plkn, mereka berasa lebih benci kerana mereka tidak berasa seronok atas gejala-gejala negatif yang berlaku dalam kem dan mereka berasa mereka dipaksa untuk menyertainya.
    adakah ini keadaan yang diinginkan oleh kerajaan?

    By Blogger silky gal, at 8:38 AM  

  • adakah plkn wajar diwajibkan kepada semua pelajar??? bentangkan alasannya.. sila hantar kepada emel saya dgn sgera
    khaliesprince@yahoo.com

    By Blogger szayel nNoiTra, at 9:20 PM  

  • Kalau dapat layak menyertai plkn tapi ingkar menyertai apa keburukan dia. Reply kat randyanjeez@gmail.com

    By Blogger sanjev kumar, at 6:47 AM  

Post a Comment

<< Home