Subky Abdul Latif

Sunday, June 12, 2005

10 PRINSIP ISLAM HADHARI YANG INDAH KHABAR

SEPULUH Prinsip Islam Hadhari kelihatan indah sebagai satu program memajuikan Islam dan umatnya jika dapat dilaksanakan secara fisikal dan spiritual. Jika prinsip itu diisi oleh orang-orang Islam yang terdidik secara Islam dan komited dengan kerja-kerja Islam, tetapi jika ia diserahkan kepada orang sikular nescaya ia tidak lebih dari pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sebagainya.

Manusia di zaman jahiliyah juga mengerjakan haji, tawaf di keliling Baitullah juga tujuh kali, tidak pernah tawafnya meletakkan Baitullah di sebelah bahu kanan. Malah orang jahiliyah tidak mengenakan sebarang caj kepada jammah haji sebaliknya menjamu mereka pula.

Haji dan tawaf orang Islam juga sama. Tujuh kali keliling juga tawafnya. Jahiiyah juga memuliakan Kaabah dan air zamzam seperti orang Islam. Ibadat orang Islam diterima tetapi ibadat orang jahiliyah adalah kosong.

Setelah banyak kritik, akitek Islam Hadhari cuba memisahkan dari mashab dan akidah. Ia semata-mata satu program pembangunan untuk memajukan umat Islam dan bukan satu mazhab baru atau agama baru.

Sehingga ini para promoter Islam Hadhari tidak berani mengatakan Islam Hadhari itu adalah Islam yang sebenar. Ia adalah Islam yang diterima atau diredhai oleh bukan Islam termasuk Yahudi dan Nasrani. Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW tidak sekali-kali diredhai oleh Nasrani dan Yahudi, kecuali orang Islam itu mengikut jalan-jalan Nasrani dan Yahudi.

Prinsip pertama, Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi. Ia adalah asas kepercayaan Islam sejak sebelum Adam dicipta. Inilah prinsip yang diajar dan dipegang oleh para malaikat dan jin termasuk iblis.

Di bawah prinsip ini makluk dikehendaki menerima seratus peratus apa yang ditentukan oleh Allah dan beramal setakat yang ia mampu. Jika ada yang menerima 99.9999 peratus dari ajaran Islam, menolak sekadar .0001 peratus, nescaya ia kupur, seperti yang berlaku kepada iblis.

Dalam menjayakan prinsip ini atau program ini, Islam memperkenalkan amar makruf dan nahi munkar. Merangka kemjuan mengikut setiap prinsip yang sepuluh itu adalah amar makruf. Ia suatu yang Islam Hadhari berupaya melaksanakannya. Tetapi diyakini ia belum beriman kepada nahi munkar.

Pelaksanaan nahi munkar ini dalam tiga bentuk; bertindak dengan tangan, dengan mulut dan dengan hati. Sekadar tentangan dalam hati adalah selemah-lemah iman.

Sejak Islam Hadhari diperkenalkan, ia tidak terdaya bertindak dengan tangan dan dengan mulut. Jika pun ada, hanya dengan hati. Jika sekadar ini, maka sah umat Islam yang hendak dibangunkan di bawah prinsip pertama menjadi insan yang selemah-lemah iman. Bagaimana mungkin mencapai martabat takwa kepada Ilahi dengan iman yang selemah-lemahnya?

Prinsip kedua Kerajaan adil dan beramanah. Pentadbiran sebelumnya ada slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Ia dipertikai dan belum disahkan berjaya menjadi pentadbiran yang amanah sekurang-kurang tidak kenumpukan memerangi rasuh.

Pentadbiran lama tidak penah adil terhadap kerajaan PAS pilihan rakyat secara sah di Kelantan dan Terengganu. Adakah kerajaan Islam Hadhari telah melakukan keadilan selepas menyambung pentadbiran dulu? Dan adakah ia adil dari segi demokrasi?

Apa kerajaan Islam Hadhari buat terhadap kes tuntutan royalti petrol yang dimahkamahkan oleh kerajaan PAS Tereangganu? Kerajaan Islam Hadhari ada masa untuk meminta mahkamah memutuskan kes itu sebelum pilihan raya diadakan. Adakah membiarkan mahkamah tidak berbuat apa-apa suatu sikap yang adil?

Adakah kerajaan Islam Hadhari telah melakukan keadilan terhadap agama Allah apabila ia menyambung dasar pentadbiran dulu menyekat bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat sedang urusan agama adalah di bawah pentadbiran negeri?

Prinsip ketiga Rakyat berjiwa merdeka. Tahap kedaulatan rakyat selepas merdeka terutama di bawah pentadbiran sebelum kerajaan Islam Hadhari agak buruk. Selian dari dilanda belenggu akta drakunin yang kejam, akujanji yang dikenakan terhadap setiap pegawai kerajaan adalah mematikan jiwa bebas dan merdeka rakyat.

Dalam semua perkara dalam masyarakat ditentukan oleh JKKK yang keseluruhannya adalah ahli UMNO. Guru Besar, Ketua Polis Daerah, Pengawai Daerah ketakutan terhadap JKKK. Tiada sokongan permohonan individu tanpa restu JKKK.

Kebimbangan rakyat yang tidak menyertai UMNO, mungkin sama dengan kebimbangan Bani Israel di zaman Fir’un. Tiada kemudahan naik pangkat jika diketahu penyokong parti pembangkang. Menteri Besar parti pembangkang tidak dijemput dalam mesyuarat Menteri Besar/Ketau Menteri.

Diskriminasi ini tidak memungkinkan kesuburan pembentukan jiwa merdeka di kalangan rakyat. Kerajaan Islam Hadhari belum mengambil apa-apa langkah untuk mendaulakan jiwa merdeka rakyat.

Prinsip keempat Penguasaan ilmu pengetahuan. Perhatian sedang diberi apakah tindakan kerajaan Islam Hadhari dalam prinsip ini. Selama 48 tahun merdeka kerajaan gagal menggalakkan rakyat menghasilkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam semua bidang dalam bahasa kebangsaan baik yang dikarang sendiri atau dialih bahasa.

Kelemahan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris menyebabkan rakyat tidak dapat menggunakan kitab-kitab Arab dan buku Inggeris.

Dalam kekurangan buku dalam bahasa Melayu ramai juga bilangan saintis, doktor dan ahli teknologi dilahirkan. Bila pengajaran dalam mata pelajaran sains dan matematik diInggeriskan, ramai pelajar tidak lagi dapat menguasai mata pelajaran bahasa, sains dan matematik. Dikhuatiri bilangan yang mampu menguasai ilmu akan merosot.

Langkah kerajaan mengetatkan syarat bagi pelajar agama melanjutkan pelajaran ke Azhar dan universiti Islam luar negeri memungkinkan bilangan ulama mersosot dan apa lagi penututupan SAR, menyebabkan masa depan pengetahuan agama terganggu.

Prinsip kelima Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehansif. Tidak banyak yang dapat diharapkan kejayaan dibindang ini jika prestasi Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020 sendiri tidak memberi hasil yang menggalkkan. Jika rata-rata rakyat belum dapat berdikari, maka yang memerlukan tongkat masih berkeliaran, bagaimana program Islam Hadhari dapat membuat keajaiban melalui prinsip ini?

Jika system ekonomi riba, perjuadian, pengilangan arak dan segala macam makiat terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi, mungkin pembangunan merial dapat dicapai, tetapi ekonomi yang berkat tidak terjamin. Ekonomi yang seimbang dan komprehansif bergantung kepada keberkatan dan rahmat dari Allah.

Prinsip keenam Kehidupan berkualiti. Kemakmuran yang didakwa sudah wujud di Malaysia sudah pun melahirkan keluarga yang berada, berumah lengkap, berpengetahuan, ada jaminan kesihatan dan keselamatan. Tetapi apakah kedudukan itu dinikmati oleh majiriti umat Islam?

Justeru miskin teramai masih orang Islam, maka Islam Hadhari berusaha membila nasib mereka melalui prinsip kehidupan berkualiti. Jika akidah, kefahaman dan nilai-nilai Islam tidak dijamin oleh Islam Hadhari, maka tidak mustahil kehidupan berkualiti itu tercapai tetapi tiada pula bezanya dengan kehidupan masyarakat bukan Islam yang ramai itu.

Prinsip ketujuh Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Keupayaan kaum-kaum minority mencapai kedudukan ekonomi yang baik, ilmu pengetahuan yang tinggi, kualiti hidup yang membanggakan dengan jaminan dan hak politik yang memberangsangkan, maka tidak sukar bagi kaum minoriti mendapat apa yang dikehendaki. Malah dalam keadaan yang tidak terkawal, bilangan minority yang kecil biasanya menguasai golongan majoriti yang besar.

Di Malaysia, kumpulan minoriti kaum dan wanita sudah sampai kepada layanan yang baik malah sama, tetapi yang menjadi masalah ialah kumpulan politik minoriti. Golongan ini tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan yang ada. Pembangkang terus menerima lahanan diskriminasi, dan pepaduan diganggu gugat oleh layanan diskiminasi ini.

Prinsip kelapan Keutuhan budaya dan moral. Tidak banyak keutuhan Islam dan moral Islam dapat diharapkan jika langkah amar makruf nahi munkar tidak berperanan. Kekuatan daya kuasa iklan dan pasaran bebas banyak melemahkan idealisma mewujudkan budaya dan moral sesebuah masyarakat.

Pengaruh pelaburan asing yang besar dirasakan lebih berupaya dari idealisma Islam Hadhari yang tidak dipastikan iman dan kekuatanya. Persetujuan menambal cenel TV hingga 150 dalam waktu yang terdekat, cukup untuk menyekat Islam Hadhari mencapai sasarannya.

Yang terakhir ialah prinsip Kekuatan pertahanan. Bahasa pertahanan dalam Islam lazimnya tidak terlepas dari iman dan jihat. Sekalipun dunia berlumba-lumba mebangunan ssstem pertahanan yang canggih dan moden, tetapi senjata palng berkas bagi Islam ialah senjata iman dan jihat.

Ketika matlamat iman Islam Hadhari dalam prinsipnya yang pertama tadi tidak memberansangkan, maka apa lagi yang dihadapkan dengan jihad yang cuba dilemahkan oleh dasar baru Amerika sekarang.

Amerika sudah campur tangan dalam pengajian Islam supaya jihad dilucutkan, maka tidak nampak bagaimana peranan jihad dapat disuburkan dalam program Islam Hadhari.

Memandangkan Islam Hadhari adalah sekadar satu program yang tidak banyak menyentuh dakwah dan aqidah, maka kekuataan pertahanan adalah bergantung kepada kaedah kovensisonal yang ada, ia bergantung kepada kecangihan dan kemodenan senjata, sseperti yang diupayakan oleh Thailand, Sinmgapura dan lain-lain,

Itulah pesepsi Islam Hadhari yang dapat dilihat. Dan ia bergantung kepada adanya Perdana Menteri sekarang. Islam Hadhari mungkin bertahan setakat Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri.

SeTAPAK
12/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home