Subky Abdul Latif

Wednesday, June 22, 2005

AMERIKA LANTIK DIRI JADI GURU DEMOKRASI

PERTENGAHAN Jun 2005 cicit perempuan hamba berasal dari Afrika, Condoleeza Rice mengadakan kunjungan kerja ke Asia barat. Condoleeza tidak lagi mewarisi kedudukan hampa bagi bangsa Amerika seperti nenek-neneknya dulu, bahkan menjadi tuan dan guru kepada dunia.

Kunjungannya ke Israel, Palastin, Mesir dan kawasan sekitar tidak banyak sangat untuk mengamankan rantau bergolak itu, sebaliknya untuk mengajar raja-raja dan pemimpin-pemimpin di situ tentang demokrasi.

Ketika berada di Mesir, Condoleeza yang baru beberapa bulan menjadi Setiausaha Negara Amerika dan pernah menjadi professor universiti di Amerika singgah di American Universiti Khahirah untuk memberi kuliah demokrasi untuk orang-orang dan kerajaan=kerajaan di rantau itu.

Semuanya terdiam bagaikan berada di sepi dini hari, jika jarum jatuh ke lantai nescaya terdengar, demikian terpegunnya orang-orang di dewan itu mendengar kuliah demokrasi dari mahaguru Amerika kulit hitam itu. Kuliah asas- asas demokrasi untuk rantau itu itu dipancarkan langsung oleh CNN ke seluruh dunia.

Tidak siapa melantik Amerika menjadi guru demokrasi dunia. Memang ia telah lema hendak menjadi guru demokrasi, tetapi selepas 11 September, 2002 Amerika melantik dirinya sendiri untuk mengejar dan menjadi guru demokrasi dunia.

Sebagai guru demokrasi Condoleeza bercerita tentang kejayaan bangsa Amerika menjadi bangsa demokrasi. Ia seolah-olah sangat puas hati kerana kononnya dapat mewujudkan demokrasi di Afghanistan dan Iraq. Yang dikatakan demokrasi di Iraq ialah menggulingkan Saddam Hussein dan menggulingkan Taliban di Afghanistan.

Tidak segan-segan cikgu demokrasi itu menyebut mengusir tentera Syria dari Lubnan adalah satu contoh demokrasi, pilihan raya di Kuwait yang memberi penyertaan besar kepada kaum wanita, gelombang dalam di Arab Saudi dan Mesir sendiri sedang menggerakkan demokrasi.

Antara amali demokrasi yang diramalnya berkembang di Mesir ialah patisipasi Presiden Husni Mubarak sendiri untuk menyertai pilihan raya sedikit masa lagi. Sehingga ini raja-raja dan pemimpin Arab mendiamkan diri terhadap syarahan ilmu demokrasi yang diajarkan kepada mereka.

Syria kononnya masih belum pedulikan demokrasi guru itu dan Iran yang sering mengadakan pilihan raya selepas kejatuhan Shah, malah lebih acap mengadakan pilihan raya dibandingkan dengan zaman Shah dulu, dikira masih gagal. Ertinya pilihan raya di Iran tidak dapat markah yang tinggi semata-mata kuasa menentukan ideologi negara di tangan para mullah.

Di samping menjadi guru demokrasi, Amerika juga menjadi tukang memberi markah kepada perjalanan demokrasi di setiap Negara.

Memang Amerika selama-lama bercakap dan mempropagandakan demokrasinya, tetapi ia dibuat di tanah airnya sendiri, dan kalaupun bercakap di luar sempadan negaranya, adalah dalam bentuk umum.

Kalau seruan demokirasi itu diibaratkan sseperti menyampaikan pengajaran di sekolah, maka pelajaran demokrasi yang diberikan oleh guru Amerika ini sama seperti mengadakan tiusyen ke rumah-rumah.

Dalam bahasa diplomasinya ia adalah satu campur tangan terus Amerika kepada nagara-nagara sasarannya. Is tidak sedar demokrasinya belum dapat dipasarkan di depan pintunya di Cuba, ini kini sebok memasarkan di serata dunia.

Adalah benar demokrasi tidak subur di rantau Asia barat malah ia sukar untuk dipasarkan. Tetapi kaedah pemasaran demokrasinya sekarang adalah dengan berperang, menakluk negara asing, menggulingkan pemimpin yang tidak dikehendaki, dan membunuh orang awam dalam huruhara di tempat yang dicerobohnya.

Demokrasi di Afghanistan adalah demokrasi yang terus menerus berperang. Demokrasi di Iraq ialah berbunuh-bunuhan. Bom jarang-jarang meletup di Baghdad sebelum yang dinamakan amali demokrasi diperkenalkan semasa Saddam, tetapi setelah demokrasi dikatakan diperkenalkan di Iraq, hari-hari bom meletup dan jiwa rakyat melayang.

Demokrasi bagi Amerika di Palastin ialah berbunuh-bunuh juga.

Demokrasi adalah hak yang perlu diwujudkan di mana-mana mengikut kesesuaian dan keperluan setempat. Ia tidak semestinya mengikut acuan guru demokrasi dari Amerika. Tetapi berbunuh-bunuh seperti di Iraq dan Afhanistan dan Palastin belumlah layah dikira demokrasi.

Kalaupun Iraq itu sudah bebas dari Saddam, tetapi kebebasan yang ada ialah untuk meletupkan bom dan Amerika bebas melepaskan tembakan tanpa akauntibili.

Demokrasi di Amerika dan demokrasi acuan Amerika masih ada cacat celanya. Demokrasi Amerika ialah ia bebas memerangi Negara asing dan halal menakluki Negara asing. Amerika tidak boleh diacam apa lagi diserang. Ia salah pada demokrasinya.

Demokrasi adalah satu system pentadbiran politik yang terbaik dibandingkan dengan sistem kuku besi baik dalam apa bentuk dan kefahaman.

Tetapi sebaik-baik demokrasi, ia adalah yang terbaik selepas Islam. Islam semasa Rasulullah SAW di Madinah adalah masyarakat manadi yang aman tanpa jenayah, dan demikian juga di era Khulafah ar Rasyidin. Sekalipun ada kekacauan, tetapi ia ada ruang melaksanakan keadilan dan kemajuan.

Di bawah Islamlah bermula dan berkembangnya kemajuan ilmu dan sains yang diwarisi di seluruh dunia hari ini. Segala kemajuan sekarang bertolak dari pencapaian yang bermula di zaman perkembangan Islam. Bukan saja tiada pengemis di zaman Khalifah Omar Abdul Aziz, malah tiada yang layak menerika zakat.

Jika tiada contoh pentadbiran Islam sekarang, bukan kerana ia tidak baik, tetapi ia tidak dibenarkan wujud oleh tuan-tuan penjajah dulu dan kemujdiannya ia tidak dibenarkan oleh guru demokrasi.

Jika dunia membenarkan demokrasi mendirikan pentadbiran Islam, nescaya dapat dibuktikan bahawa demokrasi akan menjadi yang terbaik selepas Islam. Justeru guru demokrasi tidak mahu demokrasi dilihat di tempat kedua dan Islam di tempat pertama, maka dijadikan Islam barang yang terlarang.

Tetapi keangkuhan guru-guru demokrasi mengira demokrasinya saja yang ketahuinya betul, bukan sekadar Islam diletakkan di tangga keganasan, acuan demokrasi yang lain dari demokrasinya juga dibakul sampahnya. Demokrasi di Perancis, di Jerman, di Negara-nagara Nam dan OIC dikira demokrasi kelas bawah.

Akhirnya demokrasi yang dikenali oleh Amerika yang sedang diajarnya di luar Amerika adalah ganti amalan kolonialisma dan imperialisma. Akan tiba waktunya jika PBB tidak dapat berbuat apa-apa kalimah demokrasi itu jadi sinonim kepada kalimah penjajahan.

Sebelum demokrasi disamakan dengan penjajahan, maka dunia mesti memelihara demokrasi dan membenarkan kemulnculan kedaulatan Islam. Dengan demikian demokrasi akan dapat dibukikan sebagai yang terbaik selepas Islam. Demokrasi sebagai yang t erbaik s elepas Islam adalah lebih baik dari demokrasi disinonimkan dengan penjajahan dan penindasan.

SeTAPAK
22/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home