Subky Abdul Latif

Thursday, June 30, 2005

BEBAS TAHANAN ISA ADALAH BETUL

SARANAN Majlis Perundingan Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia supaya mememaskan tahanan ISA yang melebihi dua tahun adalah keputusan yang betul dan wajar dilaksanakan oleh kerajaan.

Dato Nazri Aziz, Pengerusi majlis telah melahirkan suatu yang betul apabila berkata betapa tahanan yang melebihi dua tahun tidak adil kepada tahanan itu.

Maksud tidak adil yang beliau sebut itu sama dengan erti kezaliman yang sentiasa digunakan oleh pembangkang terhadap akta keselamtan dalam negeri itu.

Kerajaan khususnya menteri dan kementerian yang berkaitan wajar membebaskan segera semua tahanan ISA yang menjalani siksaan dua tahun itu sebagai tindakan menghormati saranan Majlis perundingan parlimen itu.

Majlis itu ditubuhakan oleh parlimen dan sudah tentu ia dibuat atas nama Yang Dipertuan Agong. Ia diketuai dan dianggotai oleh pegawai tinggi/rasmi kerajaan dan tentunya mengeluarkan kenyataan itu dengan penuh tanggungjawab. Justeru itu tidak wajar lagi kerajaan menangguhkan pembebasan mereka.

Jika badan yang dilembagakan di parlimen telah membuat saranan, dan kerajaan bertanggungjawab kepada parlimen, maka wajarlah kerajaan menghormati parlimen dan menghormati pengerusi majlis itu yang pula adalah seorang menteri yang mewakili kerajaan dan parti yang memerintah. Jika tidak kerajaan menghormati parlimen dan menterinya, maka siapa lagi yang mahu menghormati institusi itu.

Melambatkan pelaksanaan saranan majlis itu adalah tidak adil kepada tahanan dan ia meneruskan tindakan kezaliman yang sudah dilakukan oleh kerajaan dan menteri yang bertanggungjawab.

ISA adalah undang-undang yang zalim. Walaupun ia berniat baik demi keselamatan negara, tetapi tujuan dan niat yang baik mesti dilaksanakan dengan kaedah, cara dan undang-undang yang adil. Niat yang baik batal dengan sendiri apabila dikuatkuasakan oleh undang-undang yang zalim.

Tahanan ISA adalah zalim atau tidak adil sejak hari pertama tahanan lagi. Ia bukan yang tidak adil kerana menahan lebih dari dua tahun saja. Melanjutkan tahanan lebih dari dua tahun, bererti melanjutkan kezaliman.

Seluruh rakyat yang cintakan keadilan menyambut baik saranan menteri yang mempengerusikan majlis perundingan parlimen itu supaya membebaskan tahanan yang lebih dari dua tahun.

Ia adalah satu kesedaran dan permulaan kesedaran kepada seluruh system tahanan ISA itu. Kesedaran awal itu dipercayai berkat dari doa setiap orang mukmin supaya ISA dimansuhkan dan mota-mota wujud undang-undang yang adil. Ia juga tuntutan seluruh rakyat Islam dan bukan Islam yang mahu undang-undang zalam itu ditamatkan.

Doa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat yang menahan ujian dan penuh sabar apabila anaknya Nik Adhli ditahan di bawah ISA lebih dari dua tahun. Beliau tidak pernah menunjukkan reaksi luar biasa terhadap tahanan ke atas anaknya, melainkan berdoa setiap ada kesempatan supaya datng kesedaran kepada semua pihak bagi menghentikan undang-undang zalim ISA itu.

Mengadu kepada Allah seperti Nabi Yaakub mengadu kepada Allah apabila anaknya Nabi Yusuf dipisahkan daripadanya dan dipenjara di Mesir. Berkat kesabaran dan doa bertahun-tahun Nabi Yaakub, anaknya Nabi Yusuf mendapat keadilan dan pembelaan. Mereka bertemu semula. Berkat doa dan kesabaran itu, semua pihak yang menzalimi Nabi Yaakub dan Nabi Nusuf mendapat kesedaran dan menyhesal atas perbuatan masing-masing.

Doa dan kesabaran Tuan Guru Nik Aziz bukan sekadar membela keadilan untuk anaknya malah membela seluruh tahanan ISA – Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, rakyat dan bukan rakyat. Kesedaran yang bermula dari mendapat yang ditahan lebih dari dua tahun adalah tidak adil, maka ia moga-moga mengakui ISA itu adalah tidak adil, menahan sesiapa dibawah ISA adalah tidak adil sejak dari saat penahanannya.

ISA bukan sekadar didapati tidak adil oleh mangsa-mangsa tahanan, maka pencipta ISA itu iaitu al marhmum Tunku Abdul Rahman Putra al Haj, selepas tidak berkuasa juga mendapati undang-undang itu zalim. Malah pemikir-pemikir barat yang menjadi penasihat kepada al Marhum Tunku mengadakan undang-undang ISA juga nengiranya zalim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak menjadi pemimpin pelajar menyatakan ISA zalim. Dia ditahan pertama kali di bawah ISA dan mengesahkan ISA zalim. Ayahnya yang ikut meluluskan rang ISA di parlimen mengkira ia undang-undang yang zalim apabila Anwar ditahan.

Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau ditahan sekali di bawah ISA dan mengesahkan kezaliman akta itu secara teori dan mengalaminya sendiri.

Fitnah dari ISA ini telah ditiru oleh Amerika untuk menzalimi orang Islam dalam dan luar Amerika. Washington pada mulanya mengecam ISA yang diamalkan di Malaysia kerana menahan seseorang tanpa bincara. Bukan sekadar komunis dan pro komunis yang dikenakan tahanan, pejuang Islam dari PAS dan lain-lain ikut menjadi mangsa kezaliman.

Apabila Amerika melihat kerajaan Malaysia menahan orang Islam atas berbagai alasan politik, maka Amerika membuat undang-undang serupa bagi menahan orang Islam yang difitnahnya sebagai pengganas.

Amerika menawan umat Islam dari Afhanistan, Iraq dan lain yang disyaki ada kaintan dengan al Kaedah pimpinan Usama ben Laden. Tahanan Islam itu dizalimi. Lebih mendukacitakan undang-undang yang dituru dai ISA itu digunakan untuk menghina al-Quran. Ia dipam dalam mangkuk tandas, dikotori dan sebagainya.

Pada peringkat awal ada penyokong kerajaan Malaysia berbangga bahawa Amerika telah meniru ISA. Sekarang tidak diketahui apa yang ada dalam kepala mereka apabila melihat para ulama, umat Islam dan al-Quran yang suci itu menjadi mangsa kekejaman Amerika.

Media kini mula menyiarkan Amerika minta maaf ke atas berbelas dan berpuluh orang Islam yang ditahan oleh Amerika atas alasan mereka ada kaintan dengan al Kaedah. Mereka yang menjadi mangsa rata-rata kerana Amerika mahu mencari orang yang dicari dengan menggunakan mana-mana orang Islam saja. Setelah tiada bukti, mereka minta maaf. Tetapi mangsa sudah menderita begitu lama.

Setelah sekian lama ISA bermaharjalela, maka kini Datuk Seri Nazri Aziz, Mentenri Hal Ehwal Parlimen membuka satu era dengan mengaku menahan kebih dari dua di bawah ISA adalah tindakan tidak adil. Mereka perlu dibebaskan.

Kerajaan jangan mengecewakan menteri itu dan segera membebaskan tahanan termasuk Nik Adli. Selepas itu bebaskan pula yang belum tamat temph dua tahun.

Akhirnya bakul sampahkan ISA dan sama-sama kita campakkan ke Laut China Selatan.

SeTAPAK
30/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home