Subky Abdul Latif

Friday, June 17, 2005

MIKE TYSON DAN MICHEAL JACKSON MAHU HIJRAH

DUA jaguh kulit berwarna yang terkenal di Amerika mahu berhijrah dari Amerika bagi menjalani hidup baru yang aman dan bahagia.

Mike Tyson, juara tinju dunia yang kalah dengan peninjul kulit putih dari Ireland mengumumkan bersara dari dunia tinju yang pernah menjadikannya terkenal dan kaya raya, menyuarakan hasrat untuk meninggalkan benua Amerika dan menghabiskan baki usianya untuk berdakwah.

Minggu yang sama semua juri yang menghakimi perbicaraan Micheal Jackson mendapati raja pop itu tidak bersalah atas tuduhan menjamu arak kepada kanak-kanak laki-laki dan mencabul kehormatan mereka. Sekalipun Jackson bebas, tetapi trauma perbicaraan itu menyebabkan dia hilang selera makan dan tidak tenteram.

Dia juga menyuarakan hasrat untuk meninggalkan negara Amerika, negaranya yang menjadikannya terkenal dan kaya raya.

Ke mana kedua-duanya akan pergi?

Yang menarik perhatian ialah Amerika ssebuah negara kuasa besar dunia, negara yang berupaya menjadikan setiap warganya yang berbakat kaya raya dan terkenal, tetapi kekayaan dan terkenal bukanlah segala-galanya bagi rakyat Amerika.

Kedua-dua warga Amerika itu kaya tetapi tidak bahagia. Hampir 300 tahun dulu, orang-orang Eropah dan lain-lain di dunia berduyun-duyun berhijrah ke Amerika dan bangga menjadi rakyat Amerika. Mereka kaya, gagah dan masyhur.

Sistem Amerika menjadi Tysin dan Jackson kaya, tetapi sistemnya juga menyebabkan mereka sangsara.

Kedua-duanya dipercayai membuat pilihan yang betul. Tinggalkan Amerika untuk kebahagian hari tua. Ia bukan Negara yang dapat menjadikan manusia itu manusia. Ia adalah Negara yang menjadikan manusia sebagai haiwan yang berkata-kata.

Tyson sudah menyuarakan untuk berhijrah dan menjadikan dakwah sebagai kegiatan sisa usianya.

Umat Islam wajar mengalu-alukan hasrat Tyson itu dan Negara-negara Islam wajar berlumba-lumba menawarkan Tyson tapak hijrah yang selesa di negara masing-masing.

Malaysia adalah Negara yang patut menawarkan Tyson menjadi rakyat dan demikian juga Micheal Jackson yang kini mencari negara yang sesuai untuk menjadi negara barunya.

Walaupun terdapat perbezaan antara Tyson yang sudah Islam dan bercita-cita untuk berdakwah, tetapi Micheal Jackson masih seorang jahiliyah, tetapi sebuah Negara dan masyarakat yang mahu membangun dengan Islam wajar mempelawa kedua-duanya untuk menjadi orang yang baik dan berguna.

Tyson boleh diberi peluang dan galakan untuk mengukuhkan kefahaman Islamnya supaya dia dapat berperanan ssebagai pendakwah yang baik dan Micheal Jackson pula apa salahnya dipelawa supaya menjadi orang beriman.

Jackson adalah orang yang sudah hancur moral dan kehidupannya. Dia masih seorang yang berharta walaupun berhadapan dengan tuntutan guaman yang tinggi yang boleh mengurangkan kekayaannya. Tetapi dengan baki kekayaan yang masaih dimilikinya, dia boleh menggunakannya untuk melebarkan perniagaannya.

Jika dia boleh diajak bersama Islam, semua harata yang peroleh melalui cara yang tidak jelas semasa jahiliyahnya, akan menjadi miliknya yang halal dari segi Islam apabila dia menjadi Islam. Dengan menjadi Islam dia boleh memulakan satu kehidupan yang sederhana.

Yusuf Islam adalah contoh yang baik. Dia membawa kekayaannya semasa sebelum Islam ke dalam kehidupan Islamnya. Dia masih orang berada dengan kehidupan yang ssederhana, dia adalah pendakwah yang berjaya dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat dunia.

Tyson dan Jackson tidak menjadi bebas kepada Negara jika mereka sedia berhijrah ke Negara ini kerana mereka berada. Sekalipun Tyson menghadapi masalah kewangan, tetapi bakan dan namanya tetap dapat menjadi satu asset.

Banyak untungnya jika dia diberi peluang untuk menjalani hidup seperti yang dihajatinya.

Tidak dipastikan Tyson telah hidup secara Islam sejak beliau dibebaskan dari penjara. Tetapi yang penting penjara t elah mengenalkan Islam kepadanya. Setelah sekali lagi berhadapan desngan kekeciwaan, tersungkur dalam gelanggang tinju dan tidak harapan untuk bangkit semula, dia mahu meninggalkan hidup yng pura-pura dan mahu meninggalkan sekali Negara yang menjadikannya seorang yang terkenal tetapi gagal dalam hidup.

Niat baiknya sukar terkabul kiranya umat Islam dan pmpinan Islam tidak memberikan perhatian kepadanya seetelah dia berhajat untuk menjadi orang baik.

Inilah masa yang terbaik umat Islam menghulurkan tangan kepada kedua-dua warga Amerika itu supaya memikirkan Malaysia sebagai distinasi kediaman baru bagi mencari ketenangan dan kehidupan baru.

Kedua-dua mereka adalah orang sudah sedarkan diri. Masyarakat Amerika yang gila itu bukan tidak boleh memberi kebahagiaan kepada mereeka, malah ia tidak membahagiakan rakyatnya seluruhnya.

Sebuah masyarakat yang terdiri dari orang-orang yang mabuk dan dipengaruhi arak, ssebahagian dari rakyatnya adalah anak luar nikah, sudah tentu ia tidak mungkin menjadi Negara itu sebuah masyarakat yang bahagia.

Sekalipun Tyson dan Jackson mungkin orang yang dikira tidak bermoral di Amerika dan barat, tetapi mereka adalah hasil dan nitijah dari system jahiliyah yang diamalkan di benua itu.

Mungkin Amerika tepat untuk mencari kekayaan dan kemewahan, tetapi ia bukanlah sebenarnya sebuah syurga dunia.

Bagaimana masyarakat Malaysia boleh mendapat manfaat dari perubahan dan hijrah Tyson dan Jackson?

SeTAPAK
17/06/05

2 Comments:

  • bagus sekali seranan sdr subki tetapi bagi saya negera ini bukanlah tapak yang baik utk kedua negro kaya itu berhijrah. Saya sarankan Tyson berhijrah ke negara-negara berkulit hitam yang miskin tetapi bersuasanakan Islam yang baik spt Sudan. Dalam banyak hal saya lebih prefer mereka ke England kerana komuniti Islam di sana lebih kukuh dan tyson tidaklah begitu terkejut dgn budaya di sana. M. Jackson lebih layak dibela di Thailand yang kaya dengan syurga dunia tetapi jika pilih Islam- saya sarankan dia ke Jordan kerana di sana ada laut mati yang mungkin berguna utk mengubatkan kulitnya atau dia boleh belajar ttg kaum luth.

    Macam manapun saya percaya Subki omong kosong untuk menceriakan blog beliau ini.

    By Blogger akram, at 10:14 PM  

  • Saya bersetuju dengan saranan oleh saudara Subki atas pandangan peribadi beliau mengatakan bahawa Malaysia patut menjadi tempat untuk saudara baru Tyson tinggal. Secara peribadi, saya juga berasakan situasi dan keadaan semasa di Negara kita pada masa ini amat sesuai untuk golongan mualaf yang ingin mencari sinar baru di dalam hidup mereka. Jujur saya tegaskan bahawa mendengar berita baru ini. Tyson dan Jackson merupakan bekas Ikon yang terkenal satu ketika dulu dan sampai bila-bila pun mereka tetap menjadi ikon di dalam bidang masing. Saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara akram mengatakan bahawa mereka tidak sesuai berada di Malaysia dan mereka sepatutnya berada di England ataupun Sudan. Malaysia adalah Negara Islam dan juga Negara Demokrasi. Walaupun Tyson pernah bergelumang dengan dosa tetapi bukanlah jatuh di tangan kita untuk menentukan hukumannya. Biarlah Tyson sendiri mencari ketenangan jiwanya di Negara Malaysia, Negara yang tidak pernah didengarnya sebelum ini. Sebelum berundur, syabas buat saudara Subki, dan saya percaya beliau tidak hanya OMONG KOSONG semata2 untuk menceriakan blog beliau.

    By Blogger adi daneal, at 9:16 PM  

Post a Comment

<< Home