Subky Abdul Latif

Tuesday, June 28, 2005

MINYAK DUNIA TINGGI TAK WAJAR SULIT NEGARA

APABILA harga minyak dunia naik USD 59.84 setong Jumaat 24 Jun 2005 maka sudah tentu ia terlalu membimbangkan dunia dan sekali gus ia mengancam ekonomi negara yang belum benar-benar pulih.

Justeru setiap negara di dunia saling bergantung, maka ekonomi Malaysia yang ikut menjadi global tidak dapat lari dari masalah dan kepayahan yang dihadapi dunia.

Tetapi Malaysia juga adalah sebuah Negara pengeluar minyak yang tidak menjadi anggota OPEC. Sepatutnya kebimbangan yang dunia alami itu tidak sampai memberatkan sangat Malaysia kerana Malaysia mengeluarkan minyak.

Dari awal minyak ditemui di Malaysia, rakyat diberi tahu bahawa minyak kita adalah jenis yang lebih baik. Justeru itu Malaysia sangat selesa mengekspot minyak kesemuanya dengan harga yang lebih baik dan mengimpot minyak luar yang lebih murah untuk kegunaan tempatan.

Minyak asing yang digunakan itu murah dari minyak sendiri. Alangkah untungnya Malaysia dan rakyatnya menjual minyak kita dengan harga lebih tinggi dan membeli minyak asing yang murah.

Apabila setiap kali harga minyak dunia naik, maka Malaysia mendapat tambahan keuntungan. Terengganu dalam pentadbiran PAS dulu merasa sekali tambahan royalti minyak mencecah hamier satu billion berikutan kenaikan harga minyak dunia. Lepas itu royalti untuk rakyat Terengganu itu dirampas oleh kerajaan pusat pimpinan Dr. Mahathir dan pentadbiran Datuk Seri Abdullah Badawi meneruskan rampasan itu.

Lazimnya mana-mana kerajaan yang pro rakyat yang mengeluarkan memberi minyak runcit murah untuk kegunaan rakyat. Berunai Darussalam misalnya masih rendah minyak runcitnya dibandingkan dengan Malaysia.

Tetapi Malaysia nampaknya belum mampu memberi minyak yang murah kepada rakyat sekalipun pengeluaran minyak negara bertambah. Ia menaikkan harga minyak apabila harga minyak dunia naik. Untuk tahun 2005 ini saja sekuang-kurangnya sudah dua kali harga minyak dinaikkan.

Tidak ada yang dapat dikatakan oleh penggna di negara yang tidak berminyak seperti Thailand, Singapura dan Filipina misalnya apabila Negara masing-masaing menaikkan harga minyak apabila minyak dunia naik.

Tetapi Malaysia berminyak dan mengapa pula ia misti menaikkan juga minyak runcitnya? Malaysia mendapat untung besar dari kenaikan minyak dunia. Dan tentunya Malaysia tidaklah sesulit Thailand, Filipina dan Negara-negara yang tidak berminyak apabila minyak dunia tinggi.

Malaysia masih beroleh untung dengan krisis minyak dunia kerana minyak yang dibelinya lebih murah dari minyak sendiri yang dijual.

Sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada peruncit tempatan membeli minyak sendiri desngan harga yang murah dan memperuntukkan sesbahagian dari minyak yang dikeluarkan itu untuk kegunaan dalam negari. Ia boleh menjual selebihkan kepada dunia dengan harga dunia yang tinggi.

Minyak yang Allah anugerahkan itu adalah untuk dinikmati oleh rakyatnya dengan cara harga murah untuk rakyat dan harga yang menguntungkan untuk diekspot. Minya itu tidak lagi menjadi nikmat apabila semuanya dijual dan terpaksa menanggung harga yang tinggi sama saja dengan wilayah yang tidak berminyak,

Oleh kerana lebih untung semua minyak kita dijual dan untuk kegunaan tempat beli minyak asing yang murah sekalipun kurang mutu. Malangnya kerajaan Malaysia menjual semua minyak desngan harga tinggi, beli minyak dunia yang lebih murah, tetapi menjualnya kepada rakyat seolah-olah Malaysia adalah pengimpot minyak.

Jika harga minyak tempatan terkawal dan stabil, maka sudah tentu inflasi terkawal, peniaga dan pengusaha tidak menggila menaikkan barang. Kalaupun ada barang yang mahal adalah barangan yang diimpot.

Naiklah minyak dunia sampai USD60 setong, kalau harga minyak stabil dan terkawal, nescaya kesan dunia tidak begitu menekan penduduk tempatan. Rakyat tidak perlu membeli ayam samai lebih dari RM6 sekilo, tiada lagi ikan kembong kurang dari RM9 sekilo.

Banyak mana sangat harga runcit gula dan kopi naik, tetapi mengapa kopi dan teh di gerai dan restoren naik macam naiknya minyak dunia?

Jika minyak tempatan terus menerus lebih bermutu dari minyak asing, maka Malaysia akan menikmati pulangan yang lumaian dari jualan kesemua minyak dan terpaksa membeli minyak mengikut harga dunia. Maka wajarlah harga minyak dalam negari distruktur semula bagi membolehkan penduduk tempatan terasa mereka adalah rakyat dari Negara pengeluar minyak.

Dan rakyat tidak wajar menanggung beban dari krisis harga minyak dunia.

Pada ketika yang sama rakyat ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang berupaya melahirkan teknologi yang boleh menghasil bahan baker alternative supaya jentera di Negara ini tidak bergantung 100 peratus kepada minyak petrol dan disel.

Kiranya minyak sawit dapat diproses untuk kegunaan kenderaan dan kilang, maka tekanan yang dihadapi dunia atas kenaikan minyak, tidak begitu menekan sausana Negara.

SeTAPAK
28/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home