Subky Abdul Latif

Saturday, June 11, 2005

MYANMAR DITEKAN TIDAK JADI PENGERUSI ASEAN

MYANMAR terus ditekan supaya tidak mengambil gilirannya menjadi Pengerusi ASEAN selama setahun nanti kiranya ia tidak mengambil langkah pro demokrasi atau memulihkan demokrasi di negara itu.

Pemulihan demokrasi yang dituntut itu, yang juaranya adalah Amerika dan Eropah, ialah membebaskan membebaskan pemimpin pembangkang dan membenarkan parti-parti politik bergerak bebas.

Myanmar mempunyai sikap yang tegas dalam perkara itu. Ia tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urusan rumah tangganya. Malah penyertaannya dalam ASEAN tidak seratus peratus atas kehendaknya, malah ia dipujuk oleh ASEAN untuk menyertainya dengan harapan satu hari nanti akan berubah natijah pergaulannya yang selesa dengan ASEAN.

Sudah tentu penyertaannya dalam ASEAN adalah untuk bersama Negara-negara di rantau ini, tetapi tentunya ASEAN tidak mengkritiknya semudah-mudahnya dan tidak menyesal memujuknya menyertai ASEAN.

Myanmar tidak pernah menunjukkan rasa kesal dengan sikapnya sejak Ne Win memimpin rampasan kuasa berpuluh-puluh tahun lalu, dan ia tidak pernah berhajat untuk menyertai sebarang muafakat dengan jiran-jirannya di Asia TEnggara. Adapun iktannya dengan Asia Tenggara sejak ia diletakkan dibawah junta tentera ialah dalam Sukan SEA.

Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia mengambil daya usaya memunjukkan menyertai ASEAN walaupun ia diberi amaran keras oleh Amerika dan sekutunya di Eropah. ASEAN tidak menghiraukan ugutan Amerika ketika itu.

Apakah justeru tindakan Amerika, maka sejurus selepas itu mata wang beberapa negara Asia, Thailand, Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain diserang.

Amerika dan Eropah bagaimanapun mengadakan hubungan biasa desngan ASEAN walaupun Myanmar menjadi anggotanya. Tetapi Myanmar tidak mudah ditekan.

Hanya ketika giliran Myanmar menjadi pengersui ASEAN, Amerika dan ERopah mengadakan tekanan untuk tidak berurusan dengan ASEAN sepanjang ia berketuakan Myanmar. Banyak Negara ASEAN cuba menekan Myanmar untuk tundak kepada tuntutan itu, malah ada percubaan supaya Parlimen ASEAN membuat keputusan memberi kata dua kepada Myanmar.

Bagaimana Filipina yang keras pada mulanya tidak bertindak semasa siding anggota parlimen ASEAN di Manila. Malaysia juga tidak lagi keras sebaliknya menyerahkan keapda kebijaksanaan Myanmar sendiri berubah atau memilih untuk tidak menjadi pengerusi.

Singapura, mungkin justeru menjadi regu Amerika yang intim kini, mendesak sangat supaya Myanmar tidak menjadi pengeerusi ASEAN apabila tiba gilirannya, kerana ia bimbang dengan tindakan diplomatik barat.

Semua suka kalau Myanmar dapat memenuhi tuntutan dunia, tetapi bagaimana kalau Myanmar tegas; tidak mengubah dasar domistiknya dan memilih untuk menjadi pengerusi mengikut giliran?

Apakah ASEAN akan pecah atau sedia bersabar selama setahun menghadapi apa jua tindakan barat?

Myanmar dipujuk untuk menyertai ASEAN dan ia tidak mahu kebebasannya diganggu oleh ASEAN desngan kemasukannya dalam ASEAN. Apakah ASEAN akan mengambil tindakan mengasingkannya?

TEkanan kepada Myanmar ialah kerana rekod hak asasi kemanusiaannya sangat buruk. TEtapi rekod hak asasi kemanusiaan Amerika di Iraq, di Afghanistan dan di tempat-tempat lain juga malah lebih buruk dari Myanmar sepanjang ini.

REkod hak asasi Israel apa kurang. Ia diterima d engan senyum oleh Amerika. Tidakkan pekong Amerika lebih dahsat?

Malah sekarang Amerika sudah ada gulag di Teluk Guantinamo. Dulu Sovoet saja yang ada gulag. Dunia seluruhnya mengutuk kekejaman Amerika. Paling akhir tentera Amerika melakukan penghinaan ke at as al-Quran. Siri penghinaan al-Quran yang ditunjukkan oleh Amerika, pada Islam, jauh lebih kejam dari membunuh manusia.

Kekejaman Amerika bukan alasan yang baik bagi Myanmar meneruskan sikap tertutupnya. Tetapi mengapa Singapura sebok sangat dengan kepincangan Myanmar, tetapi tundak atas tekanan Amerika yang kejam yang mahu menghukum Myanmar dan ASEAN?

Amerika mesti bertindak membetulkan dirinya dulu. Ia mesti menjadi contoh yang baik.

Dengan kekejaman Amerika menyerang Negara orang lain dan menduduki Iraq dan Afghanistan, ia layak dituntut mematuhi kehendak antarabangsa. Keluar segara dari Afghanistan dan Iraq. Menerima tanggungjawab atas kekejaman di dua buah negara itu seperti tanggungjawab yang dunia kenakan kepada Jepun dan Jerman dulu.

ASEAN agak mudah bersuara tesrhadap Myanmar kiranya ia juga bersuara tegas terhadap pencerobohan Amerika di Baghdad dan Kabul. Myanmar boleh menempelak ASEAN kiranya menuding jadi kepadanya saja, tetapi membsu dengan kekejaman di Asia Barat.

Bagaimanapun Myanmar mesti berubah atas kesedarannya sendiri, tetapi tidak atas paksaan dari luar. ASEAN terpaksa menerima kemahuan Myanmar, kerana Myanmar masuk dipujuk, walaupun terpaksa berhedapan dengan setahun kepayaan kalau ia memilih untuk jadi pengerusi mengikut giliran yang menjadi haknya.

SeTAPAK
11/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home