Subky Abdul Latif

Thursday, June 16, 2005

PAHANG PELOPORI PEMAKAN ARAK

KERAJAAN Pahang dan Mahkamah Tinggi Syariah Pahang mendapat sanjungan banyak pihak kerana menjatuhkan hokum sebat enam kali ke atas dua beradik atas kesalahan minum arak dan pesalah juga didenda.

Peruntukan itu telah lama ada, tetapi inilah kali pertama hokum itu dikuat kuasakan. Negeri-negeri lain ada peruntukan itu tetapi belum ada yang berani melaksanakan.

Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul AZiz Nikmat menyambut baik keputusan mahkamah itu dan sedia mencontohi tindakan pihak berkuasa agama Islam Pahang itu.

Kelantan ada peruntukan yang lebih lengkap iaitu hudud yang terkandung di bawah enakman jenayah syariyah dua, tetapi belum dapat melaksanakannya kerana kerajaan minta persetujuan kerajaan pusat. Persetujuan itu belum diberikan.

Masalah pada Kelantan dan Terengganu dulu untuk melaksanakannya ialah halangan dari pusat baik dari segi persetujuan dan kerjasama pihak penguat kuasa, polis, penjara dan lain-lain yang semuanya adalah dibawah kerajaan persekutuan.

Apabila Pahang melaksanakan peruntukan menyebat kaki arak, maka boleh ia dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. Kalau polis, penjara dan lain-lain jentera menjadi pelaksana kepada hukuman itu, maka tidak ada alasan bagi jentera kerajaan di negeri lain termasuk Kelantan untuk melaksanakannya.

Apa yang cuba dilaksanakan di Pahang itu adalah undang-undang agma negeri itu. Ia belum lagi sama dengan undang-undang yang dikehendaki oleh Islam.

Setakat ini Kelantan dan Terengganu saja yang ada undang-undang jenayah syariyah yang dibuat mengikut pandangan semua mazhab yang diakui akui oleh ahli sunnah. Pengalaman Arab Saudi, Iran, Nigiria, Sudan dan lain-lain juga menjadi rojokan.

Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tinggi syariah Kuantan baru sekadar mengenakan enam sebatan, malah telah ada hukuman sebatan diperuntukan oleh undang-undang biasa.

Jika sebatan dalam hokum Islam yang dipersetujuai ialah antara 40 hingga 80 kali. Rasulullah SAW menetapkan 40 kali dan Saidina Omar al-Khatab melaksanakannya 80 kali. Ia menjadi panduan untuk menentukan hukuman Islam dalam kes minum arak.

Apabila peruntukan itu tidak sama, maka ia belum menepati ruh dan semangat yang dikehendaki oleh Islam. Ia boleh menjejaskan hikmat kegerunan dan pelepasan-pelepasan yang ditentukan oleh Islam seperti pahala dan hokum di akhirat nanti.

Hukum Islam itu dilaksanakan adalah untuk mencegah jenayah itu dari berulang dam menular dalam masyarakat. Kegerunan dari hukuman itu menyebabkan pesalah bertaubat dan yang lain menjauhinya. Kemudian orang yang dikenakan hokum oleh mahkamah semasa hidup, dia tidak akan disiksa lagi di akhirat.

Bagi peminum arak yang dikenakan hukuman berat di dunia, jika undang-undang tidak seperti yang diperuntukan oleh Islam, maka alangkah malangnya apabila dia dihukum lagi di akhirat. Dia dunia dia terhukum, di akhirat kena lagi.

Pesalah yang dihukum dibawah peruntukan Islam, dia dihukum di dunia dan akhirat dia bebas. Hukum di dunia tidak sebesrat di akhirat. Ataas hikmat dan hujah inilah, orang Islam yang melakukan jenayah, secara sukarela minta dia dihukum.

Pelakanaan hukum itu sendiri adalah ibadat. Bila ia ibadat ada syarat sah dan batalnya. Dalam kes kesalahan minum arak, selain dari menjalankan hukum tadi, ia bergantung juga pada niat hokum dikuat kuasakan.

Dalam hal ini yang menjadikah hokum ada niatnya dan dibicarakan pun ada niatnya. Niatnya ialah untuk menjalankan aturan dan perintah Allah. Niatlah yang menentukan sah dan pahalanya.

WAlaupun ada hokum dan ibadat dalam Islam sama dengan ibadat lain-lain agama, tetapi niatnya yang tidak sama menyebabkan ibadat itu tidak bermakna dan tidak berpahala.

Contohnya, tawaf orang jahiliyyah juga mengelilingi Kaabah tujuh kali. Ibadat orang jahiliyah penat saja. Paling baik ialah dapat peluh berjogging. Tawaf orang Islam yang sah, sempurna niat dan perbuatannya, ia berpahala.

Saudagar balak bukan Islam di Indonesia membina masjid untuk orang Islam. Orang berderma beberapa rupiah untuk melengkap masjid itu. SDaudagar balak itu tak dapat apa, tapi orang Islam yang mendesrma sedikit itu dapat pahala.

Tidak dapat hendak ditentukan pahala dan ibadat mahkamah tinggi syariah Kuantan itu dalam menjatuhkan hokum enam sebatan itu dan apa yang bakal dihadapi oleh dua orang pesalah itu di akhirat nanti setelah masing-masing nanti dirotan enam kali.

Tetapi hakimnya boleh dipuji kerana berani membuat keputusan itu. Hakim dan orang-orang yang bersama-samanya mendorongkan hukuman sepserti itu dibuat berniat baik iaitu ada hasrat dan azam untuk melaksanakan hokum yang peruntukkan.

Cuna dia tidak ada kuasa untuk membuat lebih daripada itu.

Jika hukumnya adalah hokum Islam yang sebenar, maka hakim itu berlapang dada melaksanakannya, maka sudah tentu dia beroleh kebajikan dan kebahagian. TEtapi kalau peruntukan itu masih belum seperti yang dikehendaki, dan akan bermasalahlah hakim kiranya ia reda dengan apa yang ada itu.

Apapun yang berlakukan jadikan ia permulaan, dan pentadbir negeri itu diberi hidayat meninda peruntukan yang ada supaya sama dengan yang dipersetujui oleh Islam.

Akan malanglah hakim, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri itu menjalankan hukuman yang belum dikui oleh Islam, sedang masing-masing menyangka itulah Islam.

Penguat kuasa, pendakwa dan hakim telah menunjukkan keberanian menahan dua orang adik beradik yang status dalam masyarakatnya tidak diketahui oleh orang luar. Status masyarakat pesalah tidak menghalang mereka dikenakan tindakan.

Tetapi bagaimana kalau yang melakukan kesalahan minum arak di negeri Pahang nanti, orang-orang berkedudukan baik dalam masyarakat? Kiranya orang kuat UMNO, pegawai kanan polis, orang besar, anak raja dan bapa saudara raja, maka apakah ada pendakwaan dan beranikah hakim menghukum.

Hakim di Pahang itu nampaknya bertuah. Pegawai kanan kerajaan Selangor berpangkat Mufti, iaitu Dato Ishak Baharum bertindak menahan peserta ratu cantik, maka Sahibus Samahah itu dipecat dari Mufti. Penguat kuasa Jawi di Kuala Lumpur bertilndak terhadap penjuenayah syariah di Wilayah Perseketuuan, habis semuanya kena marah.

Syabas hakim dan kerajaan Pahang. Belum kena marah dan moga-moga tidak akan kena marah.

SeTAPAK
16/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home