Subky Abdul Latif

Saturday, June 25, 2005

PAS PELAJARI UMNO GANTUNG KEANGGKOTAAN ISA

UMNO berhempas pulas sejak sekian lama untuk mengatasi krisis perebutan pimpinan setiap kali ia mengandakan pilihan pimpinan. Paling drastik usaha membendung kepincangan itu ia menggantung keanggotaan Tan Sri Isa Abdul Samad pada Khamis 23 Jun, 2005.

Keanggotaannya sebagai ahli UMNO digantung selama enam tahun atau dua penggal atas pertuduhan melanggar tata etika pemilihan pimpinan UMNO menjelang Perhimpunan Agungnya September 2004 dulu. Dia disabitnya atas lima dari tujuh tuduhan politik wang.

Apa jua kedudukannya dalam kabinet tidak penting lagi, Yang jelas jika keputusan badan disiplin itu tidak dipinda, Tan Sri Isa tidak lagi menjadi Naib Presiden yang terkanan. Justeru beliau digantung keahlilan, beliau tidak lagi dapat menawarkan diri bertanding dalam dua kali pemilihan yang akan datang. Dia juga dipercayaihilang peluang menjadi calon dalam pilihan raya umum kurang dari empat tahun lagi.

Dapat diagak politik Isa dalam UMNO seperti berakhir. Impian menjadi Perdana Menteri berkecai. Kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO yang terkanan mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun krisis politik wang dan jatuh menjatuh kawan dalam pimpinan UMNO belum dijamin reda. Tetapi sikap tidak campur tangan Datuk Sri Abdullah Badawi sebagai sifatnya Presiden UMNO dan sokongan padu Majlis Tertinggi UMNO kepada tribunal disiplin itu, boleh membuka penyelesaian kepada penyakit kronik UMNO.

Jika kepimpian Abdullah Badawi dapat diperkukuh dan stabil, maka membuka ruang penyelesaian politik wang, walaupun kempen kotor menjatuhkan rakan sukar diatasi. UMNO dipercayai terus berhempas pulas mengatasi kempen kotor menjelang pemilihan pimpinannya. Tetapi pimpinan UMNO sedar ia adalah penyakit dan ia dilihat berusaha mengatasi kepincangan itu.

Segala usaha UMNO membendung masalah dalamannya, maka wajarlah PAS khususnya dan lain-lain parti politik belajar dari masalah menjadikan UMNO kayu beranai-anai. Ia berhempas pulas untuk keluar dari puaka itu, maka janganlah pula parti lain mahu masuk ke alam beranai-anai itu.

PAS terutamanya adalah parti tunggal saingan UMNO dan paling ditakuti oleh UMNO wajar belajar dan menjauhi penyakit UMNO itu. Kalangan PAS mulai percaya ada kecenderungan gejala negatif itu menjangkitinya. Kempen lobi dan memburukkan kawan dikatakan berlaku.

Bekas Naib Presiden PAS, Dato Mustafa Ali dilaporkan menyentuh perkara itu dalam jamuan teh pra Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, ucapan thema Ketua Dewan Pemuda PAS secara tegas bertekad untuk memerangi gejala kempen membiangkan itu. Beberapa perwakilan membangkitkan dalam muktamar ke 51 di Kota Bharu itu supaya PAS bertindak mencegahnya dari merebak.

Kempen dibenarkan dan melobi pula tidak semestinya salah. Lobi mencari kepimpinan yang baik dibenarkan. Tetapi sesuatu yang tidak berlaku dan jarang berlaku sukar menjamin kesempurnaan kempen bersih. Ia perlu cermat dan berhati-hati.

Apa yang berlaku pada UMNO itu adalah iktibar yang sangat baik dan parti-parti tidak perlu jadi macam UMNo dan mengulangi penyakit yang UMNO pun berusaha untuk keluar dari alam itu.

Sekalipun penyakit UMNO tadi sukar dipulihkan, tetapi beberapa tindakan keras yang diambilnya; bertindak ke atas beberapa orang saja, boleh memberi publisiti meransang kepada UMNO di kalangan setengah orang yang tidak berpolitikdan dn yang belum berpolitik.

Bagi masyarakat di Negeri Sembilan yang belum pernah ada pengalaman tentang tokoh UMNO di negeri berupaya mencapai kedudukan setinggi Tan Sri Isa, tentulah senang dengan kejayaan dan sejarah pribadinya menjadi Naib Presiden UMNO yang terkanan.

Dengan keputusan tribunal disiplin UMNO itu, sejarah itu berakhir kurang dari setahun saja. Dan bagi masyarakat negeri itu, dalam masa seminggu saja, ia berdepan dengan perkembangan yang menggemparkan. Yang pertama Timbalan Menteri Dato Sothinathan dari Teluk Kemang dilucutkan dari jawatannya kerana melanggar disiplin BN di Dewan Rakyat, Kurang dari seminggu, menteri dan tokoh UMNO kanan dari negeri itu digantung pula kerana melanggar disiplin juga.


SeTAPAK
25/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home