Subky Abdul Latif

Thursday, June 23, 2005

PENYANYI AKADEMI FANTASIA PUN MAHU GADIS BERTUDUNG

PROGRAM TV Astro Akadami Fantasia yang ditiru dari hiburan TV Amerika bukanlah suatu yang wajar bagi meransang budaya dan kemajuan dakwah masyarakat Malaysia. Ia adalah kegiatan yang tambah mengkhayal dan mealpakan tanggugjawab individu terhadap tanggungjawab Islam dan agamanya.

Tetapi ia boleh menyelitkan satu dua lucuan dakwah. Mawi, penyanyi anak didik M. Nasir dan calon yang berpotensi merebut juara Akadami Fantasia menyelitkan mesej dakwahnya apabila secara spontan menjawab soalan pengacara, Aznil tentang gadis pilihannya.

Jawapannya mampu menggaru hati penonton bergelak ketawa. Pilihan pertama tiga kretaria gadis pilihannya ialah yang bertudung. Serta merta kamira ditumpukan ke wanita bertudung di tengah-tengah persembahan yang dipenuhi oleh perempuan tak bertudung.

Tolak sebelah wayang itu bukan program agama dan apa lagilah Islam. Malah selitan seperti itu pun belum menjamin pahala dalam kegiatan yang tidak berniat ibadat. Hatta yang berniat ibadatpun belum tentu sah jika ia berlangsung dalam suasana wayang yang nawaitunya semata-mata berseronokan.

Tetapi mahukan gadis bertudung adalah satu niat atau azam mulia yang tentunya didorong oleh pengaruh dakwah. Tentu ia terpancar dari iman Mawi yang Allah saja mengetahui tebal dan nipisnya. Mawi, biduan dari Selatan Johor asalnya qari dan pengiat nasyid.

Buat masa ini dia memilih bidang hiburan justeru dia dianugerah Allah bakat dan sudahpun ada peminat.

Masyarakat umumnya sudah memuliakan seni walaupun belum berani mengatakan wayang bukan dosa. Tetapi bagi masyarakat yang beragama, tetapi meletakkan seni di tempat yang tidak menjadi pilihan.

Justeru itu biarlah masyarakat menilai kedudukan Mawi dan dimana dia hendak diletakkan. Mereka mungkin tidak memberi marka tinggi dalam prestasi keagamaan tetapi ada kedudukan dalam seni dan hiburan.

Dalam suasana seperti itu Mawi memilih dan menilai gadis bertudung yang pandai mengurut dan menyintainya. Jika dia meminati dan menyanjungi gadis bertudung, maka itulah yang mencerminkan pandangannya terhadap wanita pada keseluruhannya.

Menteri-menteri yang tidak bertudung, orang-orang politik yang tidak bertudung, bukanlah keutamaannya walaupun mereka tidak perlu dijauhinya. Tentunya dia tidak membenci wanita tak bertudung yang menjadi menteri dan istseri menteri-menteri, tetapi mereka yang tidak dimusuhi itu bukanlah pilihannya.

Jika Mawi ditakhirkan jadi Perdana Menteri dan menteri, maka dapat diagak dia tidak membiarkan isterinya tidak bertudung dan kalau dia ada anak perempuan yang menyanyi ssepertinya, maka dipercayai dia mahu anaknya menyanyi dalam bertudung.

Soal Mawi mungkin memilih menjadi penghibur hingga tua, melolong, berkinja di tengah panggung sampai mati, itu adalah masalahnya. Tetapi sebagi orang laki-laki Islam, dia suka dan minyat wanita bertudung. Bila dia suka gadis bertudung, sewajarnya dia beristerikan seorang yang bertudung. Dan ssekiranya ketika ijab kabulnya bukan dengan gadis yang bertuduk, sewajarnya selepas menjadi isteri, wanita itu bertudung kerana itulah kesukaan Mawi.

Kalau pelajar Fantasia tahu memilih gadis bertudung, maka mengapa orang-orang bergelar dan orang-orang besar yang berpendidikan agama, yang ayah dan datuknya berpengetahuan agama, tidak mementingkan isteri dan keluarga bertudung.

Mungkin pembesar-pembesar yang tua-tua tidak gemar dengan hiburan tidak menonton program Akadamik Fantasia justeru ia untuk kegilaan pemuda dan pemudi, malah ada yang tidak tolerasi justeru itu adalah budaya asing, tetapi mereka tidak kisah isteri dan anak bertudung atau tidak.

Jika itu yang mengukur iman, maka iman Mawi yang jadi anak wayang itu adalah lebih bermakna dari pembesar dan orang bergelar yang belum prihatin dengan isu bertudung.

Mungkin Mawi menganut aliran pemikiran Islam Hadhari, boleh jadi anak wayang tapi mesti bertudung; macam Sarimah boleh berlakun tapi tiada gambaran tidak bertudung; hatta gambaran tidur pun bertudung.

Disiplin Islam adalah ketat. Tiada toleransi dalam tudung. Pernah saya mengenakan peraturan ketat bagi wanita yang hendak mengikuti Muktamar PAS. Mesti bertudung. Zainah Anwar, penggiat penting Sisters in Islam tidak pernah suka bertudung. Kerana hendak hadir dalam Muktamar PAS kali itu dia bertudung.

Aduh! Zainah pada pandangan saya sangat ayu berpakaian begitu. Cuma sekali itu saya lihat dia bertudung kemas.

Orang segan dakwah tidak kisah orang lain bertudung atau tidak. Orang beriman akan ditanya malaikat di kemudian hari apa dia buat terserempak wanita tidak bertudung? Kerana tidak bertudung itu satu maksiat, orang beriman patut cegah maksiat itu dengan tangan. Jika ia tidak terdaya, cegah dengan mulut. Itupun tidak mampu, nyatakan bencian dalam hati. Ia adalah senipis-nipis iman.

Ada mukmin, dalam belenggu yang ada dalam masyarakat sekarang, terdaya dalam bertindak secara lisan saja terhadap gadis tidak bertudung di gerai makan.

Menegur mukmin itu, gerangan apa dia tidak bertudung?

Jawabnya spontan, ‘….kami ikut Islam Hadhari.’

Terdiam muslimin itu.

Mantiknya, sebagai wanita Islam dia mesti bertudung, tetapi sebagai pengikut Islam Hadhari, dia boleh membuat pilihan. Bertudung boleh, tidak bertudung pun boleh.

Jika yang dipegang oleh Mawi adalah Islam Hadhari juga, jadi artis boleh tetapi wanita pilihannya mesti bertudung.

Tidak dinapikan Siti Norhalia, penyanyi ayu pujaan utama semua, adalah biduwanita pujaan Mawi. Mungkin Mawi berazam dan menunggu berduet dengan Siti. Jika ia berlaku, ialah yang ditunggu oleh semua suka berhibur.

Siti boleh jadi peminat Mawi tetapi Siti Norhaliza yang tidak bertudung tidak masuk dalam gadis Melayu pilihan pertamanya. Malah tidak ada penyanyi yang cum sekarang layak masuk dalam senarai gadis kesukaan Mawi.

Kalaupun justeru jodoh Mawi beristerikan penyanyi seperti itu, ia bukan bererti kesukaan dan pilihannya tidak betul, tetapi itulah nasib dan takdir. Kesukaan itu adalah betul, tetapi dalam hidup tidak semestinya kita dapat apa yang kita sukai.

Mawi adalah niat yang baik. Ertinya ada unsure kebaikan dalam diri. Moga-moga Allah memberi kebaikan dan kebajikan kepadanya disebabkan oleh adanya nilai yang baik itu. Mungin dengan niat itu, di akhir kehidupannya, dia terkeluar dari alam dan kehidupan hiburan.

Mungkin ia satu kepercayaan yang fantasi, tetapi begituhah fantasia adanya.

SeTAPAK
23/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home