Subky Abdul Latif

Sunday, June 19, 2005

PLKN, KEM CHERATING WAJAR DIDAKWA

APA jua alasan yang diberi oleh pengendali Kem PLKN Cahaya Gemilang. Cherating terhadap kes pelatihnya Noraini Abu Bakar, 18 tahun dari Felda Sungai Panching Utara, Kuantan sukar diterima.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai tenaga penting program nasional itu tidak perlu bermati-matian mempertahankan pentadbir yang berntidak ekstrim terhadap masalah yang dihadapi oleh pelatihnya Noraini.

Noraini yang berwajah ayu, menghadapi masalah kulit muka semasa menghadiri latihan PLKN di Kem Cahaya Gemilang, tidak mendapat perhatian sewajar dari pengendali kem hingga wajah dan kulit mukanya begitu teruk, masih ditahan di khemahnya juga.

Aduannya betapa keluarganya minta dibawa pulang segera bagi dirawat di mana-mana dikatakan tetap tidak dilayan oleh pengendali kem. Noraini turut mendakwa, dia juga menghadapi masalah sakit kaki hingga terpaksa dibantu untuk ke bilik air.

Melihat gambar wajahnya yang teruk dan aduannya dia terpaksa dibantu ke bilik air menggambarkan bahawa Norani sakit kuat dan sebagai pelaltih PLKN dia sepatutnya mendapat layanan rawatan terbaik dan segara.

Nolraini tiada pilihan melainkan wajib hadir dalam latihan PKLN itu. Tetapi masalah dan kesusahan yang dihadapinya tidak mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya. Boleh dikatakan layanan rawatan pengendali kem adalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kes ini mesti disiasat dan pengendali kem wajar dikenakan tindakan yang setimpal dengan sikap dan tindakannya.

Ibu bapa menyerahkan anak-anaknya, terutama anak gadis, kepada budi bicara kerajaan tentang masa depan dan keselamatan mereka. Kerajaan telah berjanji untuk mengambil tanggungjawab menjadikan mereka orang yang berguna. Ibu bapa tidak pilihan apabila anak mereka dikehendaki menjalani latihan itu. Sebarang keengkaran, ibu bapa dan anak akan didakwa.

Tetapi Noraini menghadapi nasib malang yang tidak dapat dipastikan kembali pulih seperti sedia kala. Bertambah malang kalau penyakit kulitnya itu menjadi masalah sepanjang hidup.

Adalah benar ia malang dan takhdir untuknya. Tetapi kecuaian menyebabkan Noraini tidak mendapat layanan dan rawatan awal yang betul. Kemajuan dan kemudahan teknologi serta system pentgadbiran yang serba canggih sekarang, tidak memungkin sseorang rakyat yang merdeka terbiar d ari mendapat hak dan rawatan yang sewajar dan segara.

Sekalipun system menghendaki pengendali kem terdiri dari orang yang tegas dan berdisiplin, ini tidak bererti pelatir tidak wajar dilayan ssebagai yang wajar diterima oleh seorng rakyat. Mendengar dan mengambil berat kebajikan pelatihi bukan bertentangan dengan disiplin.

Noraini memerlukan pembelaan. Undang-undang ada bersamanya. Kiranya dia terbiar dan tidak mendapat layanan keadilan, maka dia boleh meminta bantuan peguam untuk membela nasibnya.

Suhakam patut mengambil dayausaha melihat dari sudut hak asasi manusia, supaya kes Noraini tidak menjadi mangsa kezaliman dan supaya orang terus memberi keyakinan kepada program PLKN.

Noraini dipenuhi dan dikelilingi oleh saksi. Semua saksi mesti bekerjasama memberi keterangan. Jika penyakit Noraini berpanjangan, maka dia akan menghadapi kesan yang berpanjangan juga. Masa depannya, kebahagiannya, adalah haknya. Dia wajar menempuh hidup sama sseperti orang lain.

Undang-undang mesti berpihak kepadanya. PLKN mesti menanggung risiko dan menentukan ganti rugi untuknya selama penyakitnya menjadi satu kecacatan kepadanya.

Walaupun segala ganti rugi itu tidak boleh mengganti segala-galanya, tetapi PKLN mesti bertanggungjawab ke atasnya seterusnya. Tindakan misti dikenakan kepada pengendali ssekiranya didapati cuai, kerana Malaysia tidak mahu kepada sifat keterlaluan pada sesorang petugas Negara dalam apa bentuk sekali pun.

Pengendali kem mesti tegas, tetapi biar bertempat.

SeTAPAK
19/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home