Subky Abdul Latif

Tuesday, June 21, 2005

RAKYAT DIHUKUM JUSTERU PENYANGAK DISEL

SEBUAH kerajaan kebajikan memberi subsidi kepada rakyat bagi mengurangkan beban kehidupan mereka. Tetapi sebuah kerajaan yang disokong oleh puak kapitalis, mengirakan subsidi satu kerugian kerajaan terutama ketika pengurusan kewangan kerajaan dalam kekusutan.

Saki baki subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia sehingga tahun ini ialah subsidi disel kepada golongan usahawan kecil dan sederhana seperti kaum nelayan, peladang, pengangkutan dan lain-lain.

Justeru pengusuran kewangan negara tidak lagi membanggakan, subsidi dissel itu dikira satu beban besar kerajaan.

Tiba-tiba berlaku pencurian disel awal tahun ini hingga beberapa bulan lalu pengusaha pengangkutan tidak mendapat bekalan yang diperlukan. Penyangak disel membeli sebanyak-banyak disel sibsidi, menyorokkannya, menyeludupkan keluar negara dan mengaut untung besar.

Kerajaan bertindak segara memburu penyangak-penyangak. Setelah ada pengangkapan, bekalan disel dapat dipulihkan. Tetapi pengurusan kewangan kerajaan tidak mudah dipulihkan.

Kerajaan pun menaikkan harga disel dan memotong subsidi disel dan Timbalan Perdana Menteri yang mempengurusikan jawatankuasa mengenai subsidi sedang membuat kajian untuk mengentikan terus subsidi dalam ura-ura polisi tidak mahu rakyat terus dengan budaya subsidi.

Pada ketika subsidi belum hapus seratus peratus, dan untuk mencegah penyangak disel, minyak dinaikkan dan subsidi dipotong. Seolah-olah kewujudan penyangak tadi suatu yang disukai justeru kejahatan mereka memberi peluang kepada kerajaan memotong subsidi dan meniakkan minyak.

Adalah benar dunia menaikkan harga minyak. TEtapi Malaysia sebagai negara yang berminyak yang mendapat keuntungan besar dari pengeluaran minyak, amat menasabah memberi minyak yang murah kepada rakyat.

Minyak sudah beberapa kali selepas pilihan raya dan untuk tahun ini saja sudah dua kali. Dan kenaikan yang terbaru itu sangat berkaitan rapat dengan krisis bekalan disel tadi.

Yang ssepatutnya dihukum sehingga serik ialah penyangak minyak. TEtapi penyangak sekadar diburu dan tidak dihebohkan tindakan yang keras-kerasnya untuk mereka. Sepatutnya penyangat dan pihak yang bersubahat dengannya dikenakan hukuman berat yang segera.

Tindakan itu mesti menggerunkan seluruh yang cenderung untuk menyangak supaya penyangak terhapus. Tetap yang berlaku, penyangak tidak hapus, yang menerima hukuman berat ialah seluruh rakyat.

Setiap pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan melepaskan batuk di tangga. Kenaikan minyak tidak diikuti dengan kenaikan barang. Ia seolah-olah ibu bapak memunjuk anak-anak yang tak tahu apa-apa, konon mereka tidak akan apa-apa. Anak yang tak tahu apa-apa itu diam dari menangis. Seolah-oleh begitulah layanan kerajaan kepada rakyat.

Sedarkah pemimpin kerajaan bahawa mereka seolah-oleh bercakap melalui hidung? Bas ekspres Kuala Lumpur – Kota Bharu yang RM26.10 sen sejak lebih setahun lalu sudah menjadi RM30.00 sekarang. Naiknya bukan seringgit, tetapi hampir empat ringgit.

Sudah tidak ada lagi ayam yang lima ringgit sekilo. Semuanya sudah lebih enam ringgit. Tiada lagi ikan kembung yang lima dan enam ringgit sekilo. Nasib baik kalau lapan ringgit. Biasanya sembilan ringgit.

Teh dan kopi di gerai pun naik juga. Minyak naik selitar 10 sen hingga 20 sen. Teh dan kopi secawan pun naik 10 sen dan 20 sen juga. Jangan difikirkan daun sup dan siliri. Naik. Tiada yang tidak naik.

Sekali minyak naik beberapa sen sekilo, perbelanjaan sebuah rumah bertambah tidak kurang dari RM150 sebulan.

Pergilah ke mana-mana surau. Jika tiada kuliah maghrib, makmum yang menunggu waktu isya, rata-rata bercakap tentang inflasi yang dikatakan menjadi-jadi sekarang.

Dulu di kemenerian kewangan ada seorang menteri kewangan. Agaknya seorang menteri kewangan tidak terdaya mengawal kenaikan harga barang. Sekarang ada dua menteri kewangan, pun kenaikan harga barang lebih teruk.

Sepatah sungut Perdana Menteri sejurus selepas kenaikan minyak, ‘Janganlah naik banyak sangat.’ Bolehkah sungutan itu diertikan memberi lalaun untuk menaikan karga barang, tetapi jangan banyak sangat? Atau boleh naik banyak tetapi jangan banyak sangat?

Malang tiada statistik dikeluarkan berapa kali minyak naik semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1981 hingga 2003? Dan berapa kali dan banyak mana kenaikan barang dalam tempoh itu?

Dan sekarang giliran Datuk Seri Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Patut dicatit berapa kali minyak naik sejak Oktober 2003 dan berapa kali lagi ia akan naik sehingga beliau bersara? Dan berapakah agaknya sekilo ayam dan sekilo ikan kembung pada hari beliau bersara?

Penyangak minyak dan orang-orang yang bersubahat dengannya belum habis diburu dan kegiatan memburu pun mungkin tidak diteruskan. Tetapi yang jelas kena hukum atas ekoran penyangak itu ialah rakyat dan mereka dilihat terus bersabar.

Adakah ia disebabkan mereka adalah satu bangsa yang tinggi darjat kesabarannya atau kerema mereka adalah orang yang tidak berdaulat yang tidak tahu hak dan peranannya?

Yang menarik banyak urusan subsidi dan kenaikan harga ini dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Adakah dan tidakkah tindakan itu dilihat boleh melemahkan kedudukan Perdana Menteri?

Pada masa Perdana Menteri sebok dengan urusan mempengerusikan OIC dan NAM, Timbalan Perdana Menteri mesti bekerja membantu Perdana Menteri supaya pentadiran dilihat tidak menyesakkan kehidupan rakyat. TPM jangan membuat keraja yang menyebabkan rakyat berfikir mahukan Perdana Menteri lain.

SeTAPAK
21/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home