Subky Abdul Latif

Thursday, June 09, 2005

SATU SUKU RAYAT AMERIKA TIGA SUKU

UNTUK mengatakan orang Amerika semuanya gila dan kerajaan Amerika dipimpin oleh orang gila adalah keterlaluan dan tidak rasional. Tetapi melihat kepada gelagat bangsa dan pentadbirannya sejak selepas perang dunia kedua, negara itu sseolah-olah berada di bawah orang gila.

Sangkaan itu sudah hampir menjadi benar apabila ada kajian secara besar-besaran yang dijalankan oleh Prof. Ronald Kessler yang bertanggungjawab mengenai dasar kesihatan di Universiti Harvard mendapati sekitar satu perempat dari rakyat Amerika mengidap masalah gangguan mental yang serius.

Kaji selidik ke atas 9,000 rakyat mendapati keadaan rakyat yang terganggu otak itu dalam keadaan tidak terdaya berfungsi dari hari ke hari.

Gangguan otak yang bagi Prof. Ronald Kessler adalah satu masalah paling besar bagi bangsa itu dan adalah bangsa gila paling atas dalam senarai global.

Sakit otak ke atas satu suku bangsa itu adalah satu jenis gila dari berbagai jenis gila. Mungkin gila itu tidak sampai ke tahap dimasukkan ke hospital gila seperti Tanjung Rambutan dan Tampoi, tetapi mereka memerlukan rawatan justeru tidak mampu berfungsi sebagai orang siuman atau orang sihat.

Yang jelas kini sekitar satu per empat dari bangsa itu cacat otak yang dalam keadaan apapun mereka boleh dikelasifikasikan sebagai orang gila, orang nanar, orang sasau, tiga suku, sakit jiwa dan lain-lain.

Orang sakit jiwa atau otak tidak sihat, bukan sekadar gila dan nanar, tetapi adalah beberapa tahap tidak siuman lagi yang boleh dikira gila dan sakit jiwa sekalipun mereka tidak perlu dimasukkan ke rumah sakit otak.

Seperti Presiden Bush. Dia sudah dilihat leh dunia seperti seorang pemimpin Amerika yang gila. Dia sanggup membiarkan Yahudi Israel membnuh rakyat Palastin dengan senjata dan wang yang dibantu dari cukai rakyat Amerika. Orang kata tindakan Israel itu kejam dan gila. Bush kata ia patut dibuat begitu. Tidakkah gila namanya.

Dia menghabiskan duit dan khazanah Amerika untuk berperang di Afghanistan dan Iraq. Beribu-ribu mati. Dia tidak sedih. Malah minta wang tambahan untuk menghantar lebih banyak askar dan senjata ke Iraq dan Afghanistan.

Dia mencari lagi tempat atau negara yang patut diperang. Iran, Syria dan Korea Utara adalah daerah lain yang cuba diperangi. Nantinya ia bukan sekadar membakar bumi-bumi tersebut, tetapi boleh menghabiskan khazanah cukai rakyatnya. Peperangan itu payah dimenanginya.

Tidak gilakah namanya bila dia mengira semua orang Islam adalah pengganas. Yang begitu dalam sejarah adalah Namrud dan Fir’un dan yang seumpamanya.

Namrud dan Fir’un yang jadi begitu gerangan apa? Jiwa dan otaknya sakit. Rohaninya kosong. Yang paling gila ialah mereka mengaku, merekalah Tuhan.

Di hujung pemerintahan Sukarno, pertengahan tahun 60an, pentadbiran Amerika di bawah Johnson dan Nixon mengira bapa kemerdekaan Indonesia itu gila. Semua dunia yang mencarum pemikiran dan pengaruh Amerika mengira Sukarno gila.

Maka tidak keterlaluanlah bagi dunia mengira Bush dan bangsa Amerika sekarng gila kalau mereka juga pernah mengira sikap keterlaluan sesseorang pemimpin itu gila sebagai gila Sukarno tadi?

Amerika juga pernah mengira Muamar Ghadafi gila. Dan Saddam yang kejam yang dijadikan alas an untuk dijatuhkan dua tahun lalu adalah satu kegilaan juga. Saddam sanggup membunuh ribuan rakyatnya adalah kerana gila. Dan Bush dan gengnya yang menangkap Saddam dan membunuh ribuah rakyat Iraq adalah juga gila dan menyambung kerja orang gila.

Mengapa orang Amerika dan bangsa Amerika itu gila semuanya ialah kerana ia tidak pernah mengira menjagi otak rakyat adalah satu tamaddunnya?

Islam sebagai agama dan pegangan hidup manusia yang menyheluruh menentukan satu dari tanggungjawab kerajaan, pemimpin dan orang yang merdeka ialah menjaga otak manusia seperti yang terkandung dalam kehendak maqasid syariyah.

Ibu bapa, pemimpin, pentadbir, guru-guru bertanggungjawab memelihara otak dan minda orang-orang di bawah jagaannya. Pastikan mereka tidak bodoh, tidak gila, tidak tiga suku, tidak mabuk, tidak dipastikan tidak pening dan sakit kepala.

Kerajaan Amerika sejak dari mula menjaga otak rakyatnya supaya sihat dengan zat pemakanan yang mencerdaskan otak. Semua jenis pemakanan diberi bagi menjadi anak pandai, bergeliga, boleh menjadi orang cerdik pandai dan berilmu.

TEtapi ia mendirikan kilang arak berbagai jenis dan menjadikan ia minuman biasa seelok-elok saja cukup umur. Yang tidak cukup umur saja yang dilarang minum arak. Justeru itu hampir tiada orang Amerika yang dewasa tidak minum arak.

Arak adalah punca kerosakan otak. Kesan pertama ia mabuk. Dan seterusnya mereka pemabuk. Arak bukan sekadar punca segala kejahatan, ia juga punca segala kegilaan atau punca segala sakit otak.

Apabila bangsa Amerika keseluruhannya minum arak, maka semua kerja orang Amerika adalah dalam pengaruh arak. Ertinya semua orang Amerika itu adalah cacat otak. Gilalah namanya.

Dari situ otak bangsa Amerika itu akan disolak lagi oleh segala macam unsur kebudayaan lucah. Semua wayangnya merosakkan pula akhlaknya. Zina, sundal, pelacuran adalah benda biasa.

Dari orang yang tidak sihat otak dan tidak sihat kebudayaan ini, melahirkan zuriat yang tidak tidak dipastikan sah atau tidak. Walaupun ada sistem nikah di kalangan bangsa Amerika, tetapi hidupnya seperti keluarga ayam.

Sereban ayam yang penuh dengan ayam betina dan ayam jantan, senang membiak. Tetapi tidak dipastikan yang mana bapak sebenar bagi ayam yang baru menetas. Secara umum jumlah anak haram di Amerika adalah besar. Dan anak berbapak dan tidak tentu sahnya pula adalah merata.

Semua suasana ini menjadikan bangsa itu berotak rosak. Jika semua pengaruh ini mempengaruhi otak rakyat Amerika, maka yang cedera otak bukan sekadar satu per empat, malah lebih besar dari itu. Tidakkah akhirnya bangsa Amerika adalah terdiri dari bangsa yang gila?

SeTAPAK
09/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home