Subky Abdul Latif

Thursday, June 23, 2005

SENASIB SAJA SOTHINATHAN DENGAN SISWA DI UKRAINE

DATO S.Sothinathan terpaksa berpuas hati tinggal sebagai ahli parlimen kawasan Teluk Kemang setelah dipecat dari Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar oleh Perdana Menteri mulai 22 Jun 2005. Setakat ini pemecatan itu bagi tempoh tiga bulan. Lepas itu, entahlah!

Itulah nasib Setiausaha Agung MIC itu akibat pembelaannya terhadap pelajar-pelajar pertubatan khususnya pelajar keturunan India di Universiti Perubatan Negeri Crimea, Ukreine.

MIC pada dasarnya menentang langkah kerajaan menarik periktirapan kepada lulusan perubatan di universiti itu. Dato Seri Samy Vellu pernah menyhatakan melalui TV akan bantahannya terhadap tindakan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr. Chua Soe Lek.

Pemimpin MIC itu kira-kira akan membantah tindakan litu dalam siding cabinet, kerana didapati ramai pelajar-pelajar keturunan India menyambung pelajaran di univeristi itu. Kos pengajian di situ adalah murah.

Adalah dipercayai keberanian Dato Sothinathan mengganggu Timbalan Menteri Kesihatan bercakap di Dewan Rakyat atas isu itu adalah atas sikap MIC. Tetapi Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet 22 Jun itu bertindak memecat Sothinathan. Dia tidak boleh dating ke pejabat dan semua kemudahan Timbalan Menteri lucut.

Dato Seri Samy Vellu terpaksa berpuas hati kerana dia terselamat dan yang lain-lain terselamat. Dan jika MIC selepas ini berdiam diri saja, maka jelaslah bantahan MIC atas tindakan keajaan itu tidak berasas atau ia takut kedudukan pemimpin parti itu dalam kerajaan tergugat.

Kiranya MIC mempunyai asas yang kuat, ia mesti menggunakan kepentingan pelajar India tadi bagi menggungat sokongan masyarakat India kepada BN.

Tidak ada apa salah bagi Sothinathan sebagai individu untuk menyatakan bantahan itu di parlimen, tetapi yang salah ialah dia seorang anggota kerajaan, bertindak tidak professional. Jika ibarat pasukan bola, dia menyepak bola ke gol sendiri.

Jika Sothinathan anak jantan, ada hujah yang kukuh, maka dia mesti menyambung apa yang pernah disuarakannya di Dewan Rakyat yang menyebabkan dia terpecat. Tetapi dipercayai dia mencari jalan selamat. Tetapi dapatkah balik ke jawatan itu selepas tiga bulan nanti? Sama-mala kita tunggu.

Ijazah perubatan di universiti itu tidak lagi diiktirap ialah adanya trend komersial yang menjolok mata. Universiti-universiti mahu mencari keuntungan, menawarkan seramai-ramai peluang belajar bagi mendapatkan pulangan kewangan. Lebih ramai menjapat ijazah dengan muah, maka lebih ramai pelajar datang belajar.

Ini boleh dikatakan sikap dan motif kebanyakan universiti di Negara sedang membangun. Masing-masing memperdagangkan universiti bagi mendapat kutungan, tetapi tidak mempedulikan nilai dan mutu pengajian.

Hal ini dipercayai berlaku dalam negara sendiri. Seorang rakan saya bernama Ho Kim Chai pernah mengajar Inggeris di seuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Walaupun gajinya baik, tetapi dia berhenti.

Dia bertindak demikian kerana tidak mahu bersubahat dengan kampus menipu orang ramai. Dia mendapati murid-muridnya tidak mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang selayaknya untuk berada dalam kelasnya. Dan dia tidak berhak untuk menghalang murid-murid naik kelas walaupun mereka tidak menguasai pelajaran masing-masing.

Mereka diluluskan juga bagi menjaga kepentingan kampus sebagai sebuah agen swasta. Jika didapati ramai muridnya tidak lulus, maka tidak ramai pelajar belajar di kampus itu.

Dia bimbang dengan mutu pelajaran di Negara dan apa pula nasib pelajar-pelajar yang diberi ijazah tetapi mereka sebenarnya tidak layak menerima ijazah.

Tindakan kerajaan terhadap kolej perubatan Ukraine itu dapat diterima kiranya benar ia bermotif mendapatkan sebanyak-banyak wang asing dan doctor yang dikeluarkan tidak bermtu.

Bagaimanapun dalam keadaan Negara memerlukan ramai doktor, wajar juga kerajaan memerhatikan peluang-peluang belajar yang murah tetapi mutu pengajiannya terjamin. Jika dengan tindakan Malaysia menarik pengitirapan itu boleh menyedarkan universiti itu melucutkan nafsu besarnya, dan mengambil langkah menjaga mutu pengajian.

Sothinathan wajar mengambil langkah menyedarkan kampus asing menjaga dan membaiki mutu pengajian, supaya ia boleh menarik perhatian kita belajar di tempat yng murah kemudian hari.

Tetapi jika dibuktikan ia tidak standard, maka jangan menghabiskan duit belajar menjadi doktor palsu. Malaysia akan malang jika doktor-doktor palsu itu nanti membelah perut dan jantung rakyat dan apakah nasib pesakit di bawah kelulusan yang bermutu itu.

Nasib pelajar-pelajar di situ sekarang terpaksa menerima malang. Melang mereka tidak dapat meneruskan pengajian atau tidak diiktiraf tentunya tidak sebuh nasib pesakit yang lebih ramai yang diserahkan kepada doktor yang tidak bertauliah.

Rakyat tentunya tidak mengalu-alukan nasib yang menimba Dato Sothinathan yang kehilangan pelajaran di kementerian. Semua simpati kepadanya terutama dia membila nasih pelajar-pelajar di Ukraine itu. Malang dia membela atas perkara yang tidak dapat dibela.

Kecuali Sothinathan dapat membuktikan sebaliknya. Barulah dia pula mendapat pemelaan. Jika kementerian kesihatan betul, maka Sothinathan dan pelajar-pelajar di Ukraine itu sama-sasma senasib. Apa yang terjadi kepada mereka adalah lebih baik dari lebih ramai orang pergi lagi ke situ mendapatkan kelulusan palsu.

MIC mesti mengkaji siapa yang memperkenaklan unviersiti itu kepada MIC?

SeTAPAK
23/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home