Subky Abdul Latif

Tuesday, June 21, 2005

TAHNIAH, KERAJAAN SUDAN, PEMBERANTAK BERDAMAI

KERAJAAN Sudan pimpinan Presiden Basher wajar menerima ucapan tahniah dari semua pihak kerana berjaya menjalin satu perdamaian dengan pemberontak Kristian dari Selatan Sudan pimpinan John Garang di kota Khahirah.

Perdamaian yang dicapai itu adalah hasil usaha Presiden Mesir, Husni Mubarak yang berusaha membawa John Garang ke Ibu kota Mesir itu sejak lebih sebulan lalu.

Perjanjian yang dimetrai Jumaat 17 Jun 2005 disiarkan terus oleh TV al Jazeera telah menamatkan perang saudara sejak Sudan merdeka awal 1950an dulu. Majlis perdamaian itu tidak banyak disiarkan oleh media antara bangsa yang dapat diikuti di Malaysia.

Presiden Husni Mubarak, Presiden Bashir dan John Garang antara lima pemimpin Sudan dan Mesir yang berucap dalam di majlis itu. Perdamaian itu adalah lanjutan dari persetujuan yang dicapai di Nirobi yang diselenggarakan oleh Pertubuhan Perpaduan Afrika.

Pemberontakan oleh komuniti minoriti Kristian pimpinan John Garang itu mendapat sokongan barat bertujuan memisahkan kawasan selatan dari Sudan. Wilayah itu adalah antara wilayah Sudan yang kaya.

Jika Sudan yang kaya, sejak merdeka tidak dapat membangun dan menjadi ssebuah dari negara mundur di dunia ialah disebabkan ia terpaksa membuat peruntukan besar menghadapi perang saudara itu.

Walapun yang berperang itu adalah antara sebuah kerajaan dengan pembrontak pemudah Sudan beragama Kristian, tetapi peperngan itu adalah antara Sudan dengan kuasa-kuasa barat.

Usaha membawa John Garang ke meja perundingan telah lama dirintias oleh Syaikh Hassan Turabi sejak beliau orang penting yang rapat dengan kerajaan pimpinan Jeneral Bashir. Malah Hassan Turabi juga agak berpengaruh dalam kerajaan tentera sebelum Bashir berkuasa.

Malah sebelum Hassan Turabi berbalah dengan Presiden Bashir, beberapa orang pemimpin pemisah telah kembali ke pangkuan Sudan menjadi orang penting dalam politik yang berkuasa.

Perdamaian itu bagi Presidsen Bashir dan John Garang dapat menyatukan sesmula puak yang berperang bagi membangunkan Negara.

Presiden Bashir menawarkan mana-mana rakyat Sudan yang berada di luar Negara atas sebab peeprangan saudara itu atau memilih untuk berada di luar Negara, boleh balik ke Sudan dan dijaminkan keselamatan mereka.

Dengan termeterainya perjanjian perdamaian itu membuka ruang yang mudah bagi Sudan menyelesaikan krisis Darfur yang menjadi perhatian dunia sekarang.

Masyarakat dunia termasuk Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan banyak memihak kepada Darfur dan menyalahkan kerajaan Sudan atas perhabalan yang berlaku.

Presidesn Mubarak sendiri menekankan betapa persetujuan yang dapat itu dapat menggerakkan kedua pihak menangani masalah Darfur itu.

Sudan dijangka tidak akan keadilan dari masyarakat dunia, kerana dunia tidak langsung mahu memahami masalah yang dihadapi oleh Sudan. Dunia hanya melihat penderitaan dan kebuluran yang dihadapi oleh pelarian tetapi tidak bersedia melihat karenah setengah dari sikap orang-orang Darfur yang menyebabkan berlaku ssengketa.

SeTAPAK
21/06/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home