Subky Abdul Latif

Monday, July 18, 2005

DI SELANGOR, UMNO DAN MELAYU TERHAKIS TERUS

KONVENSYEN UMNO Selangor baru-baru ini membincangkan persoalan kepesatan pembadaran atau urbanisasi di Selangor yang tiada tandingnya di Malaysia sekarang. 92.7 peratus mukabumi Selangor sudah diperbandarkan.

Tetapi pembincang-pembincang UMNO itu mendapati urbanisasi itu menghakis kedudukan orang Melayu.

Datuk Najib, Timbalan Perdana Menteri tidak tepat dalam Konvensyen itu menyebut bahawa tiada negeri lain selain Selangor berhak bercakap mengenai urbaisasi. Bukan Selangor dan Melayunya saja ditelan urbanisasi tetapi Pulau Pinang adalah lebih dulu urbanais. Hampir tiada lagi desa di Seberang Perai. Dan kesannya sudah lama orang Melayu Pulau Pinang menangis tidak berlagu.

Konvensyen UMNO Selangor itu adalah ibarat menangis berlaku membincangkan kisah perbandaran memakan Melayu. Selangor menunju proses menjadi seperti Pulau Pinang dan kemudiannya menjadi seperti Singapura, tiada seinci pun desa.

Dalam kontek di negeri Melayu setiap yang dinamakan urbanisasi ialah kehakisan kuasa orang Melayu. Kuasa orang Melayu sudah sifar di Sngapura. Kuasa orang Melayu sudah alibaba di Pulau Pinang. Kuasa orang Melayu di Selangor kini ibarat pinjam-pinjaman saja. Ruh konvensyen itu tidak memberikan harapan langsung.

Konvensyen itu sama seperti setiap kali pertemuan orang UMNO, dari Perhimpunan Agungnya hinggalah ke sidang JKKK terus keliru dan mengelirukan tentang harapan orang Melayu. Harapan Melayu UMNO ialah kepada UMNO, tetapi ia adalah harapan yang mengelirukan atau harapan yang dapat diharapkan.

Apa sebenarnya yang UMNO boleh banggakan tentang perjuangannya memelihara orang Melayu? Yang dapat menjadi kebanggaan sementera ialah kuasa yang ada dipinjamkan sekejap kepada orang Melayu selepas merdeka dan bertambah rencam apabila segala-galanya menjadi Malaysia.

Yang dibanggakan buat sementara ialah orang Melayu dapat jadi Perdana Menteri, bilangannya setakat ini lima orang. Orang Melayu dapat menjadi menteri. Bilangannya mungkin 150 orang. Lepas itu ramai bilangan yang kaya-kaya, berumah dan bermotokar besar. Mungkin satu dua orang ada kapalterbang.

Bilangan berkelulusan tinggi sudah tidak terhingga. Malah ada yang dapat 17 A1 dalam peperiksaan SPM.

Dan paling sentimennya ialah orang Melayu jadi raja. Sebelum dijajah dan sebelum merdekakan ada orang Melayu jadi raja.

Ketika Malayan Union hendak dipaksakan kepada Tanah Melayu, ia hendak membuang raja. Ditubuhkan UMNO demi mempertahan raja-raja. Mati projek Malayan Union yang jahat itu pada namanya dan orang Melayu dapat rajanya lagi.

Tetapi UMNO yang mengaku memadamkan Malayan Union terus bercakap tentang kekeliruan orang Melayu. Ia mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu. Sampai orang Melayu tidak terdengar lagi di Singapura, ada seperti tidak ada di Pulau Pinang dan kata konvensyen UMNO Selangor orang Melayu sudah terhakis teruk dan hanya menunggu 100 peratus urbanisasi atau 07.3 peratus saja lagi untuk mencapai 100 peratus urbanisasi.

Dalam keadaan sedemikian pun terus budak-budaknya – Pemuda, Puteri dan Puteranya – menjerit UMNO harapan Melayu.

Sudah tiba masanya disedarkan semua orang apakah suara UMNO memperjuangkan kedaulatan Melayu itu satu perjuangan atau ia satu propaganda?

Jika ia satu perjuangan, Melayu tidak jadi apa-apa apabila ada urbanisasi atau tidak. Apabila ada urbanisasi maka Melayu pun hakis, maka pekikan UMNO harapan Melayu adalah satu lagi propaganda. Propaganda seolah-olah dasar tetapi ia bukan dasar. Ia cerita kosong yang tidak diketahui ada atau tidak ada.

Apabila UMNO ditubnuhkan, ia ada Perhubungan di Singapura. UMNOlah konon harapan Melayu Singapura. Tetapi tiada apa yang dapat dibuat oleh UMNO selain dari pernah menjadikan Abd. Hamid Jumat sebagai menteri di Singapura ssebelum Lee Kuan Yew berkuasa dan Haji Ahmad Taf menjadi senator sekejap semasa ia menjadi sebahagian dari Malaysia.

Apabila 100 peratus Singapura diperbandarkan, bukan sekadar orang Melayu ditelan, UMNO mati tak berkubur. Kalau urbanisasi telah menelan Melayu di Singapura, apakah urbanisasi di Malaysia tidak mungkin menelan Melayu? Mungkin tidak, dan mungkin ya, tetapi sebaik-baik nasib orang Melayu di bawah UMNO ialah ibarat biji janggus tersangkut di luar buah.

Biji janggus dapat dilihat terus di luar buah. Tidak seperti buah-buah lain yang tidak dapat dilihat tetapi terus berada dalam buah. Tetapi biji janggus sampai bila-bila tidak berada di dalam buah dan tidak akan dapat masuk ke dalam buah. Sampai bila-bila ia berada di luar buahnya.

Malayan Union adalah ibarat iblis. Ia seperti sudah mati. UMNO kata ia mati, tetapi ia tidak mati tetapi tidak dilihat. Kalau iblis menjadi seteru manusia, Malayan Union menjadi seteru Melayu. Kalau manusia digoda iblis dan membuat kerja iblis, maka Malayan Union menggoda orang Malaysia dan UMNO membuat kerja Malayan Union.

Selepas UMNO ditubuhkan, hantu-hantu Malayan Union segera mengilhamkan penubuhan MCA untuk menjadi badan politik yang menyaingi dan mengiringi UMNO.

Pengasas dan pemimpin UMNO, Dato Onn bin Jaafar dijadi ahli kerajaan yang bertaraf Menteri Dalam Negeri. Walaupun UMNO dan MCA belum jadi ‘abang adik’ tetapi Dato Onn kenal dan berkawan dengan Tun Tan Cheng Lock, pengasas dan pemimpin MCA.

Ketika itu tanah besar China jatuh ke tangan komunis pimpinan Mao Zedung. Pelarian China khususnya penyokong Kaumintang setengahnya lari ke Taiwan, yang lain seperti Kolonel H.S.Lee dari ke Tanah Melayu. Tanya Tan Sri Saufi Ibrahim, ramai mana pelarian China diberi perlindungan oleh ketua Dato Onn berlindung di Tanah Melayu?

Antara pelarian itu menjadi rakyat seperti Kol. H.S.Lee malah jadi pmpinan MCA dan Menteri Kewngan di bawah Tunku tahun 1955. Yang lain menjadi penduduk tetap.

UMNO bercakap membela orang Melayu tetapi pemimpinnya membenarkan pelarian dan lain-lain bermukim. Sekali mereka datang, mereka tidak keluar.

Apabila Tunku mengambil alih pimpinan UMNO, beliau mengepalai tuntutan kemerdekaan. Beliau bertemu dengan pegawai tanah jajahan British di London membincangkan perkara itu. Ejen Malayan Union di pejabat itu memberi syarat, Malaya hanya boleh merdeka kiranya ia dituntut secara bersatu oleh semua kaum di Malaya.

Tunku menubuhkan Perikatan UMNO-MCA-MIC sama-sama menuntut kemerdekaan. Syarat MCA dan MIC ialah setiap penduduk bukan Melayu, pemegang paspot British atau tidak, diterima menjadi rakyat. Ia adalah tindakan politi UMNO yang hebat.

Ia tidak salah. Ia bukan jenayah. Ia bukan rasuah. Ia betul dan wajar dari sudut dan kepentingan penduduk Tanah Melayu. Ia suatu yang dikehendaki oleh Malayan Union dan ia dibuat oleh pemimpin UMNO. Tindakan tidak salah dari sudut keterbukaan, cuma jangka panjang politik UMNO dari sudut memelihara ketuanan Medayu tidak relevan.

Banyak lagi jika diperincikan, niat menghakis orang Melayu oleh Malayan Union itu dilaksanakan oleh UMNO termasuklah isu libralisasi bahasa yang tidak mengekalkan pengajaran Sains dan matametik dalam Bahasa Malaysia.

UMNO Selangor mendedari UMNO dan Perikatan kalah pilihan raya 1969. UMNO membeli ADUN pemhbangkang DAP bagi membentuk kerajaan Perikatan. Yang mengalahkan Perikatan dan UMNO itu urbanisasi di Kuala Lumpur dan pecan-pekan lain.

Dato Harun Idris menteri besar Selangor ketika itu urbanisasi yang menyambungkan Kuala Lumpur dengan kawasan lain di sekelilingnya bagi mengelakkan UMNO-Perikatan kalah di Selangor masa akan datang. Beliau menolak rancangan perumahan besar-besaran antara Kuala Lumpur dan Kajang yang disokong oleh Tun Razak dan Tun Tan Siew Sin. Malah Sultan Selangor ketika itu juga setuju.

Tun Razak dan Tun Tan Siew Sin tidak dapat membantah hujah Dato Harun. Tetapi Dato Harun yang ada kelemahan lain telah disingkirkan dari pentadbiran Selangor.

Projek perumahan ilham Malayan Union dilaksanakan oleh UMNO menyebabkan orang Melayu miskin tidak beerupaya membeli rumah mewah di bawah perancangan ubanisasi, maka orang Melayu pun terhakis sedikit demi sedikit.

Dengan suasana yang ada apapun yang dibuat Melayu terpaksa bersaing. Dasar pro Melayu tidak lagi kuat, dan suara UMNO untuk membela orang Melayu adalah iklan propaganda saja.

Harapan yang ada pada orang Melayu hanya tinggal dakwah, tetapi dakwah mudah dikelirukan oleh kempen anti keganasan antarabangsa.

SeTAPAK
18/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home