Subky Abdul Latif

Tuesday, July 05, 2005

DR. MASHITA MISTI DIAJAR

MUNGKIN isunya sangat mudah difahami iaitu tiada sesiapa yang beragama Islam membolehkan seseorang berzina atas apa alalsan juga. Tetapi Dr. Mashita Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri wajar dihukum sesuai dengan kenyataan dan kedudukannya sebagai seorang pemimpin kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang berusaha mempromosikan imej kerajaan dan pimpinannya di bawah program Islam Hadhari mesti mengenakan satu bentuk disiplin atas kelancangannya mempermainkan hokum zina dalam Islam.

Majlis Syura Ulama PAS dan Dewan Ulama di bawahnya wajar bersidang dan mengeluarkan kenyataan membantah kenyataan pegawai tinggi mengawal urusan Islam dalam kerajaan. Masa seperti inilah Majlis Syuro mengeluarkan kenyataan betapa tiada kaedah dharurat bagi perbuatan zina.

Dr. Mashita yang ditanya tentang masalah ibu tunggal yang beranak banyak tiada mata pencarian tetap, apakah dibolehkan ia melacur demi menampung nafkah hidup sekeluarga.

Dr. Mashita yang dulunya tokoh motivasi dalam urusan Islam dan seorang tenaga akadamik Universiti Islam Antarabangsa, dengan mudah menyatakan boleh ibu itu melacur untuk menyara hidup keluarga atas sebab-sebab dharuat.

Bagaimana wanita yang comel dan pitah ini beleh mengeluarkan kenyataan? Dia mana dia bersekolah dan bagaimana dia boleh mendapat ijazah doctor falsafah? Apa kelayakannya maka diterima mengajar di UIA dan bagaimana reputasi ilmunya semasa mengajar di kampus itu?

Bagaimana dia begitu mudah menyalah gunakan kelonggaran yang Islam beri dalam keadaan dharurat?

Islam yang tidak rigid memberi kelonggaran melakukan sesuatu yang ducegah atas sebab dharurat. Contoh, babi adalah selama-lamanya haram. Dalam keadaan dharurat iaitu tidak ada apa lagi yang boleh dimakan melainkan daging babi, maka dibenarkan atau tidak salah ketika itu menjamah babi bagi mengelakkan kematian atau lain-lain kecederaan bermudharat.

Dalam apa keadaan pun hokum babi tetap haram, dan ia hanya boleh dimakan sekadar melepaskan kebuluran dan bagi mengelakkan kematian. Selepas itu tangan dan persekiran luar mulut yang terkena daging dan apa-apa dari zat babi tadi mesti disamak. Tidak digalakkan makan sekenayang-kenyangnya, apa lagilah smpai pecah perut.

Tidak ada sebarang kelonggaran dharurat dalam kegiatan pelacuran. Selagi pelacuran itu zina, maka ia tetap salah. Tiada barang satu minit jua ia dibolehkan.

Dr. Mashita sebagai seorang anggota kerajaan yang diketahui berpenidikan agama dan diberi tanggungjawab mengawasi urusan dan perjalanan agama, dengan kedudukannya boleh mempengaruhi pihak tertentu kalaupun tidak ramai. Orang-orang jahil yang fanatik kepada UMNO dan kerajaan, boleh terpengaruh dan percaya dengan pendapatnya.

Ibu-ibu yang susah, gadis-gadis yang menganggur, mungkin mencari jalan mudah menjadi pelacuran sambilan untuk mengatasi kepayahan hidup kerana Dr. Mahita yang disangka tahu hokum mengatakan ia dibolehkan.

Dr. Mahita telah memalukan umat Islam Malaysia kerana tiada orang Islam di dunia sejak Nabi Adam sampai ke hari ini memberi kelonggaran tentang zina. Dia memalukan kerajaan Islam Hadhari. Datuk Seri Abdullah berhempas pulas untuk memberikan gambaran yang kerajaan UMNOnya yang berselogankan Islam Hadhari adalah untuk memartabatkan Islam.

Bapa dan datuk beliau yang tediri dari ulama dicungkil bagi melengkapkan gambaran dan imej Islam yang dimimpikannya. Perdana Menteri bersungguh-sungguh mendakwa Islam Hadharinya diterima baik oleh orang luar. Takut nanti orang luar memasukkan di bawah konsep Islam Hadhari pelacur sambilan dibolehkan atas faktor dharurat.

Ibu bapa dan adik beradik Dr. Mashita akan berdepan dengan malu besar di tengah masyarakat kerana anaknya membuat kenuyataan yang liar itu.

Fitnah juga untuk Islam kalau-kalau nanti masyarakat bukan Islam mengira pandangan jahat itu adalah sebahagian dari ajaran Islam. Sudah cukup banyak Islam diselewengkan oleh musuh Islam, dan sekarang lulusan pelajaran tinggi Islam dan orang Melayu pula membantu penenntang-penentang Islam bagi memburukkan Islam.

Kedudukan orang seperti Dr. Mashita tidak boleh bertaubat sendiri-sendiri selepas solat atau sebelum tidur. Allah menerima taubat bila-bila masa, tetapi yang berkedudukan seperti dr. Mashita mesti melafazkan taubatnya di hadapan khalak ramai.

Biasanya, kalau di Mekah dan di Madina, dilaksanakan sselepas solat Asar. Tuabaat bagi orang seperti itu dibuat dihadapan umum bagi memungkin orang ramai tahu. Jika ada antara orang awam melakukan kesalahan disebabkan kenyataan Dr Mashita, maklumat itu mungkin sampai kepadanya dan orang itu dapat taubat.

Kejauh mana ilmu Dr. Mashita tidak diketahui, tetapi setiadak-tidaknya diketahui umum kini dia tidak arif dengan kaedah dhaarurat. Tak habis mengajiannya. Atau mungkin juga orang beranggapan, apakah sebenjarnya dia seorang yang berilmu.

UMNO dengan ini tidak mendapat banyak bantuan dari Dr. Mashita. Sebaliknya lebih banyak beban dan balak yang UMNO terpaksa tanggung. Kalau anak Dr. Mahathir bercakap yang bukan-bukan tidak dipeduli orang kerana dia tidak mewkili ilmu Islam. TEtapi Dr. Mashita telah memalukan UMNO. UMNO pun tidak berfikiran begitu.

UMNO perlu mencari ustazah-ustazah yang boleh digaji untuk membantu imej Islamnya.

Dalam hal seperti inilah Majlis Syuro Ulama PAS mesti muncul dengan kenyataan yang konkrit.

SeTAPAK
05/07/05

1 Comments:

  • http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20050619103443/Article/indexs_html

    sila rujuk laman web diatas
    sedih laa, sbg seorg yg dihormati.... sepatutnya bacalah hingga habis. baru la ulas.

    By Blogger surat berdaftar, at 10:01 PM  

Post a Comment

<< Home