Subky Abdul Latif

Friday, July 15, 2005

ISU LAYANAN PROTON, LAMBAKAN AP SELESAI BAWAH KARPET

BERIYA-iya Tun Dr. Mahathir membela Tengku Mahaleel terhadap sungutan tidak puas hati Proton atas layanan kerajaan kepada Proton dan lambakan AP dalam pasaran tahun 2004.

Sungutan Proton sudah boleh menjadi satu bantahan apabila Dr. Mahathir tidak segan-segan mempertahankan sungutan itu dan menyalahkan kementerian yang dipimpin oleh Datuk Seri Rafidah Aziz.

Yang dikatakan layanan tidak adil kerajaan kepada Proton adalah masalah anara Proton dengan kerajaan. Ia boleh diselesaikan baik secara senyap atau bertegang.

Tetapi tentang lambakan AP motokar impot adalah satu skendal. Berpuluh ribu AP dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang tidak diumumkan.

Ia suatu yang besar apabila dibagkitkan oleh bekas Perdana Menteri. Ia menimbulkan keraguan orang ramai terhadap pengendalian Rafidah Aziz sebagai menteri dan kementeriannya.

Bila ia dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, ia bukan main-main, tentu ada asas dan tentu ia satu pengendalian tidak betul.

Bekas Perdana Menteri belum tentu lebih berwibawa dari tokoh-tokoh pembangkang dalam mengemukakan kepincangan kerajaan seperti lambakan AP itu.

Tetap kerana bekas Perdana Menteri adalah orang yang pernah menjadi Perdana Menteri yang ada pengalaman dan tentunya tahu sesuatu dijalankan secara bijak atau sesbaliknya, maka sungutan dan bantahannya adalah berat dan kena ambil berat.

Reaksi Rafidah kepada Tengku Mahalee masih boleh dipertimbang kemungkinan kerajaan berlaku sepatutnya. Tetapi apabila bekas Perdana Menteri memihak kepada Tengku Mahaleel, maka kecenderungan menyalahkan Rafidah dan kementeriannya adalah lebih banyak dari yang hendak mempertahankannya.

Masakan bekas Perdana Menteri hendak menempelak menteri yng pernah dijaganya dari sebarang percubaan menggugatnya? Masakan ayah mahu menyoal anak di khalayak ramai. Ayah wajar menyoal anak, tapi bukan di khlayak umum. Tegur secara berhimah.

Apabila ada teguran terbuka, bererti anak itu sudah tidak boleh dibawa berkira dalam keadaan biasa.

Sekarang hal itu sudah reda atau tidak berbunyi lagi semata-mata Perdana Menteri mengarahkan menteri Rafidah Aziz menjelaskannya dengan surat kepada Dr. Mahathir.

Rafidah yang patuh itupun dipercayai sudah menghantar surat bagi menjelalskan apa yang orang tua itu mahu. Sehingga ini orang tua itu senyap dan agaknya dia sudah puas hati atau bersetuju tidak menghebohkan lagi sebarang kekeliruan dan tidak puas hati.

Isu yang Proton bangkitkan dan disokong oleh Dr. Mahathir sudah menjadi persoalan dan milik umum dan bukan lagi sekadar masalah antara Proton dan Dr. Mahathir dengan kementerian Rafidah.

Proton dan Dr. Mahathir tidak membangkitkan perkara itu secara senyap baik rasmi atau pun tidak. Ia dibangkitkan secara terbuka, didengar oleh orang ramai dan sudah diketahui oleh orang ramai.

Keraguan dan kekeliruan umum terhadap kementerian dan menterinya telah berkembang ekoran suara bantahan Proton dan bekas bos Rafidah itu. Rafidah, kementeriannya dan kerajaan yang disokongnya sudah diragui oleh orang ramai.

Tidak adil dan tidak wajar penjelasan atas isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri dijelaskan dalam surat kepadanya saja tanpa menjelaskan sama perkara itu kepada masyarakat.

Dr. Mahathir telah menjadi perkara itu persoalan umum. Orang ramai sudah mengikuti apa yang didedahkan olehnya. Orang sudah berkongsi rasa dengannya. Dan mereka wajar mengetahui penjelasan baik melalui surat peribadi atau kenyataan terbuka yang dituju kepada semua.

Dr. Mahathir sudah membangkitkan isu Proton tidak diberi layanan sewajarnya, AP dikeluarkan begitu banyak. Kepada siapa ia dikeluarkan dan mengapa mereka diberi layanan begitu?

Tidak menasabah Dr. Mahathir saja puas hati. Orang ramai patut tahu perjalanan kerajaan.

Ia sudah menjadi skendal kerajaan. Ia tidak boleh lagi didiamkan. Dr. Mahathir pernah membenarkan surat peribadi Tunku Abdul Rahman Putra diedarkan kepada umum pada hal itu adalah masalah antara keduanya saja.

Surat Rafidah kepada Dr. Mahathir adalah mengenai kepentingan yang orang ramai ingin tahu dan orang mahu tahun kerajaan berlaku betul dalam perkara yang dibangkitkan atau ada kecurangan.

Dr. Mahathir tidak wajar dia saja puas hati dan faham. Dia wajar mendedahkan penjelasan Rafidah itu kepada umum. Atau kalau boleh benarkan surat itu diedarkan seperti dia mengedarkan suratnya kepada Tunku dan surat Tunku kepadanya.

Atau dia minta Rafidah sendiri mengedarkan salinan surat itu. Rafidah tidak perlu membuat penjelasan lain. Mungkin ada yang diberi kepada Dr. Mahathir tidak disertakan dalam penjelasan lain.

Jika Dr. Mahathir bersetuju mendiamkan saja perkara itu, maka dia sudah adil kepada rakyat. Dia sudah membangkitkan keraguan rakyat dan kemudian mahu mendiamkan pula.

Kerajaan mesti telus dan Dr. Mahathir juga jangan menyelesaikan perkara itu dengn menyapu semua sampah di bawah tikar permaidani.

Perkara ini boleh diadukan kepada BPR. Ini tidak bererti menteri dan kerajaan sah curang dalam isu yang berbangkit. Tetapi BPR adalah pihak yang boleh meletakkan isu dalam keadaan yang sebenarnya. Salah kata salah, benar kata benar.

BPR boleh mengambil rencana ini sebagai surat aduan kepadanya. BPR tidak wajar membenarkan persoalan Negara diselesaikan sama sendiri dengan tidak menjelaskan kepada umum. Isu tersebut sebenar belum selesai.

SeTAPAK
15/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home