Subky Abdul Latif

Friday, July 22, 2005

KALAU AROYO DI KL, PAK LAH DI MANILA

PRESIDEN Gloria Macapagal Aroyo sedang berhempas pulas untuk mempertahankan kerusi Presidennya atas kesilapan bertelifon dengan Pengerusi pengurusan pilihan raya presiden dulu yang antara perbualannya dia memberitahu dia tidak mahu kalah.

Tekanan umum memuncak mahu dia meletakkan jawatan hatta bekas Presiden Aqino ikut memintanya berundur. Padri besar yang sangat berpengaruh bersama pembangkang juga mahu dia berhenti. Sekitar sepuluh menterinya meletak jawatan justeru tidak berupaya mempertahankan Aroyo di khalayak umum.

Dia berdegil. Sekalipun suaminya ikut tertekan dan tidak disenangi, membuang dirinya sendiri ke Amerika, Aroyo tetap berkeras tidak akan berhenti sendiri, sebaliknya dia bersedia didakwa atas kesilapannya bertelifon dalam masa kempen.

Aroyo dituduh memalsukan keputusan pilihan raya, memberi kemenangan kepadanya. Buktinya ialah percakapannya dengan pengerusi badan pilihan raya dan menyebut dia tidak mahu kalah. Ia sangat sensitif pada rakyat, lalu penentangnya telah dirtafsirkan dia telah menggunakan badan pilihan raya itu untuk kemenangannya.

Apakah tuduhan itu betul atau sebaliknya, tidak ditentukan oleh mahkamah keadilan sebaliknya dihakimkan oleh penunjuk perasaan di jalan-jalan raya.

Filipina punya dua pengalaman dalam masa kurang dari 20 tahun membuang Presidennya melalui tunjuk perasaan. Sekalipun mendiang Marcos seorang dictator, tetapi dia terpaksa melarikan diri atas tekanan kuasa rakyat di jalanan.

Demikian juga Presiden Josoph Estrada, bekas pelakun filem handalan yang sangat popular, benar-benar digulingkan – bukan berlakun. Atas isu rasuah, rakyat meruntunkan turun dan naiklah Aroyo.

Tidak diketahui nasib Aroyo selepas ini. Adakah dia selamat atau menerima nasib seperti Estrada yang dia ikut menggulingnya.

Kalau yang duduk di tempat Aroyo itu Dr. Mahathir, adakah penunjuk perasaan itu sempat mengumpul seramai-ramai penentang turun ke jalan minta dia berundur.

Dapatkah Dr. Mahathir menghantar polis menghambat penunjuk perasaan itu? Atau berupayakah dia menghentikan demonstrasi itu atau dia akan hanyut bersama tokoh-tokoh politik yang hanyut itu?

Pilihan yang ada, dia akan memburu ketua-ketua tunjuk perasaan sebagai yang dilakukannya terhadap kebangkitan Anwar Ibrahim dulu. Dia akan buat apa yang patut.

Kalau dia tidak buat, dia akan jadi macam Marcos dan Estrada. Ada kemungkinan rakyat Filipina takut kepadanya kerana dia keras.

Kelemahan Aroyo dalam pilihan rayanya, dia sekadar berteleon dan bercakap yang bukan-bukan dalam telefon. Ia seoleh-olah tidak seteruk manipujlasi UMNO ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya. Kekacau dan kelamkabut dalam pengurusan pilihan raya di Malaysia dalam pilihan raya umum setahun lalu, jauh lebih rebut dari cerita yang diketahui di Manila itu.

Dengan buku daftar yang tidak sama di bilik mengundi dan di kanter di luar, tidak sama daftar pengundi yang diberi kepada calon dengan yang digunakan oleh pegawai pengurus pilihan raya, serbuan Puteri UMNO hingga pintu bilik mengundi dan macam-macam, tidak menjadi satu kisah yang menyusahkan Pak Lah.

Ia boleh tidur dan dia boleh makan. Dia tidak tergugat langsung dan cerita penipuan itu seolah-olah benda yang direka-reka oleh pembangkang saja.

Kalau Aroyo datang menjadi Perdana Menteri Malaysia, Aroyo boleh buat apa yang nak dibuat. Beercakap telifon dengan siapa saja dalam SPR melalui telifon atau dirakamkan pun, tidak apa yang akan terjadi pada Aroyo.

Orang Malaysia akan kata kepada orang membangkitkan soal bertelifon, bercakap telifon macam itu pun salah. Apa masalahnya Perdana Menteri bercakap dengan pengerusi pilihan raya kerana kerajaan yang bayar gaji pengerusi itu?

Tapi kalau Pak Lah pergi mengambil alih kerusi Aroyo sebagai Presiden Filipina dengan cerita yang berlaku dalam pilihan raya umum di Kuala Lumpur tahun lalu, tak tahu kita apa akan jadi pada Pak Lah.

Rasanya Pak Lah tidak sempat nak mengangkat sumpah. Bukan saja jalan-jalan raya dan sekeliling Istana Malakanyang penuh dengan pembantah, kerusi Presiden dalam pejabat Presiden akan diduduk oleh orang ramai.

Hal pegawai-pegawainya yang dikenal pasti menjadi kucing UMNO, kalau bagi pengun di Filipina, nescaya kena ludah saja.

Itulah nasib yang Pak Lah hadapi kalau beliau dan Aroyo bertukar jawatan suka sama suka. Aroyo kalau pandai sikit bercakap untuk menjaga masa depan orang Melayu akan mendapat tepok sorak orang ramai. Dia akan selesa apa juga yang dia buat.

Tetapi kalau Pak Lah mengambil kerusi Aroyo, dia akan menjadi Presiden Ayoyo’ Aroyo sempat juga bertahan lebih sestahun. Dia masih jadi Presidssens Ayoro, dia belum jadi Presiden Ayoyo.

Bagaimana pun yang tidak memilih orang nak bertelifon, terpaksa menerima padah dari tidak memilih tempat dan dengan siapa bercakap dalam masa kempen pilihan raya. Bercakap yang bukan-bukan seperti tidak melalui telifon. Kalau dengan kekasih tidak mengapa.

Lain kali Aroyo jangan cakap benda-benda macam itu melalui telifon.

SeTAPAK
22/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home