Subky Abdul Latif

Saturday, July 09, 2005

LONDON BERNASIB BAIK DAPAT OLIMPIK 2012

LONDON memang bernasib baik memenangi perlumbaan merebut menjadi tuan rumah Olimpik21012 kerana keputusan Majlis Olimpik Antarabangsa dibuat sehari sebelum ibu kota United Kingdom itu dibom oleh pihak yang geramkan sistemnya dan menyedarkannya.

Kiranya mesyuarat majlis itu ditunda sehari dua, nescaya peluang membawa temasya sukan terbesar dunia itu akan singgah ke lain kota, Paris atau Madrid.

Walaupun British sudah lama membuat kempen dan kerajaan Tony Blair dilihat komited sangat untuk memenagi temasya itu, tetapi tujuh letupan terhadap system pengangkutan awam melumpuhkan seketika kota London, memungkinkan peluang London ditunda hingga 2016.

Tiada pengaruh politik bagi menentukan tapak olimtik itu London, tetapi perkembangan politik boleh mempengaruhi, boleh atau tidak sukan itu diadakan di bandar-bandar tertentu.

Jika London dirasakan terus menerus diancam gangguan, maka ia tidak akan maenjadi tempat yang selesa dikunjungi. Walaupun masa masih panjang – masih ada tujuh tahun lagi – tetapi majlis olimpik tentu memilih kota yang disangka tidak ada masalah atau tidak bersiko tinggi.

Keputusan terhadap London ialah ia adalah kota yang agak aman dan masih menjadi tumpuan pengunjung dibandingkan dengan New York, Madrid dan Moskow. Walaupun Britain mempunyai peranan pak turut Amerika yang utama dalam perang Iraq, tetapi London tidak dilihat tempat yang bahaya sangat sebelum ia dibelasah.

Dunia olimpik memang mencari tempat yang aman yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepada semua pihak. Sebelum pengeboman pada 07 Julai 2005, London memilik imej yang baik yang dikehendaki semua orang.

Kerana keputusan sudah dibuat, maka London tentu diberi harapan untuk mengatasi masalah dan mengadakan temasya sukan yang aman dan selesa sebagaimana yang dihendaki.

Aliran mengundi majlis itu di Singapura agak menarik. Singapura langsung tidak membincangkan tawaran Istanbul, satu-satunya kota masyarakat Islam yang berminat sejak lama. Kota itu telah membuat tawaran sejak dari awal 90an lagi. Oleh kerana temasya yang terakhir adalah di Athen, Greece yang berjiran dengan Turki, maka sudah tentu sukar bagi badan itu untuk menimbangkan kawasan sebelah situ dalam waktu yang terdekat.

Justeru itu yang masuk dalam empat pusingan di Singapura 08 Julai lalu adalah lima kota iaitu London, Paris, Madrid, New York dan Moskow. Setiap pusing sebuah kota tersingkir bermula dengan Moskow, New York, Madrid dan Paris.

Hanya Moskow tidak menghantar juru kempen VIP ke Singaura untuk mendapatkan peluang menganjurkan sukan itu. Yang lain mengantar Presiden dan Perdana Menteri. New York tidak diwakili oleh Presiden Bush, tetapi ia menghantar Senator Hilary Clinton dari New York yang disebut-sebut calon Presiden Parti DEmokrat dalam pilian raya akan dating. Bersamanya Datuk Bandar New York dan Ali.

Harapan New York tidak besar sejak dari. Paling baik harapannya agak baik dari Moskow saja. Dari awal Moskow mempunyai harapan yang samar kerana ia pernah diberi peluang menganajurkannya tetapi kehadiran tentera Soviet Union di Afghanistan semasa sukan itu berlangsung, menyebabkan Amerika mengganggunya penyertaan ke sukan olimpik itu sehingga ia dilihat sebagai sukan Moskow saja.

Keupayaan Rusia menamatkan perang di Chechnya dalam masa tujuh tahun ini menjadi perhatian. Jika perang itu tidak tamat, Rusia akan berbelanja besar, dan tentu mengganggu keupayaannya membelanjai olimpik yang memerlukan perbelanjaan yang besar juga.

Ekonomi Rusia pada masa ini tidaklah begitu menggalakkan, tentunya banyak risiko bagi mendapatkan temasya yang selesa kalau diadakan di Moskow. Justeru itu dalam pusingan pertama pengundian Moskow berupaya mendapat 15 undi saja dari 104 undi. Ia tersingkir di situ.

Dalam pusingan pertama itu London mendapat 22 undi, Paris 21, Madrid 20 dan New York 19. Masing-masing lebilh satu undi dari yang di bawahnya. New York walaupun boleh masuk ke pusingan kedua, hanya mampu mendapat 19 undi dalam pusingan pertama.

Orang tidak berminat pergi ke New York dalam waktu yang terdekat ini kerana imej Amerika yang buruk dan suasana New York sendiri tidak menarik dunia. Soal imigresyen yang menyulitkan kerana terlalu pobia pengganas, dan ia menyusahkan rombongan Arab dan Islam yang Amerika syaki pengganas untuk ke temasya itu.

Dengan imej Amerika dan politiknya yang tidak menarik di arena antarabangsa ia sukar menarik dunia ke New York sekalipun Hilary Clinton diramalkan menduduki Rumah Putih ketika temasya 2012 itu. Ia tetap tidak menarik sokongan ramai.

Agak menarik New York yang mendapat 19 undi dalam pusingan pertama hanya mempu mendapat 16 dan tersingkir dalam pusingan kedua. Kalau 15 undi yang mengundi Mowkow dalam pusingan pertama tidak memberi undi kepada New York, ia sepatutnya mempertahankan 19 undi yang asal. Undi asalnya pun ia tidak dapat pertahan.

Mengapa rendah sangat sokongan dunia sukan kepada Amerika sedang ia membawa Muhammad Ali, lagenda tinju ke Singapura?

Madrid melonjak mendahului lain pencabar dalam pusingan kedua, memperolehi 32 undi berbandingan 20 undi dalam pusingan pertama. London turun di tempat kedua walaupun bertambah lima menjadi 27 dan Paris ketiga dengan 25 undi.

Dalam pusingan ketiga Madrid pula tersingkir malah undinya merosot satu. Ke mana pergi satu undi lagi dalam pusingan kedua? Adakah kehadiran Tony Blair atau Presiden Chirac di Singapura mencuri satu undinya?

London di atas lagi dalam pusingan ketiga dengan 39 undi, bertambah tujuh. Paris di tempat kedua dengan undi 33 bertambah lapan undi.

Apabila London berentap dengan Paris dalam pusingan akhir, Paris hanya tewas empat undi. Ia dapat 50, London dapat 54.

Antara London dan Paris, atau antara Tony Blair dan Jacques Chirac, politik perang Iraq ada peranan. Pak turut Amerika memang tidak senang dengan Chirac. Walaupun New York sendiri tidak berupaya untuk memenangi hati majlis olimpik, tetapi beberapa perwakilan yang boleh dibeli boleh menyekat Paris memenangi perlumbaan penajaan.

Dasar anti hijab Perancis menyulitkan pasukan negara Islam menghantar pengunjung wanita ketika sukan itu berlangsung. Diploma Perancis mengaku tidak memusuhi Islam. Ia sekadar bencikan hijab. Berbeza dengan Inggeris yang jadi pak turut Amerika yang mengira Islam senonim dengan pengganas, tetapi polisnya menjadikan tudung uniform alternatif.

Bagaimana pun penduduk London hanya bergembira beberapa jam saja atas kejayaan menjadi tapak olimpik 2012, esoknya London dilanda bom. Majlis Olimpik Antarabangsa tentu runsing dengan perkembangan di London kerana kota itu baru mengalami nasib New York, Bali dan Madrid. Berapa lama London akan demam sebelum demam olimpik tiba 2012 nanti?

SeTAPAK
09/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home