Subky Abdul Latif

Friday, July 08, 2005

LONDON TERKENA PADAH SERANG IRAQ

DALAM serba kebanggaan dan kegermbiraan menumpang Amerika berjaya
menduduki Iraq dan menumbangkan diktator Sadam Husein, Britain ghirah
menyambut kejayaanya membawa temasya Sukan Olimpik 2012 ke London dan
sebok menjadi tuan rumah siding kemuncak G8.

Hari yang rakyat Britain khususnya penduduk London wajar gembira, 7 Julai 2005,
Kota Londan menerima padah berdarah. Sekurang-kurangnya tujuh letupan bom
terhadap sistem kenderaan awam, melumpuhkan perjalanan awam di kota itu. Tiga bas
dua tingkat meleltup di darat dan empat lagi sasaran di system keretapi bawah tanah.

Angka kematian awal malam 8 Julai meningkat hampir 50 orang dan yang cedera
lebih serapa daripada itu. Sekitar tiga juta pejalan biasa di kawasan sekitar tidak dapat
memanfaatkan kemudahan pernalanan termasuk kesesakan lalu lintas di permukaan
London.

Takziah kepada Britain dan penduduknya kerana bencana itu. Keganasan itu wajar
dikutuk kerana ia selain dari mengorban orang awam, ia menghuru harakan kehidupan
kota itu.

Perdana Menteri Tony Blair dan pemimpin Kemucak G8 sekata menyalahkan pengganas
dunia atas kedurjanaan itu.

Orang Arab dan umat Islam dituding sekali lagi apabila ada musibah seperti itu.
Nama Al Kaedah timbul ssemula dan apa lagi apabila ada rangkaiannya di London
mengaku bertaggungjawab atas ledakan itu.

Britain dan penduduk London terpaksa menerima bahawa ia adalah balas dendam
atas subahat kerajaan Tony Blair menceroboh Iraq dan menjadi pak turut Bush menduduki
negara itu sekalipun Saddam Hussein sudah lama ditangkap. Kerajaan Saddam sudah
tiada, tetapi tentera British terus berada di Baghdad.

Tindak balas atau balas dendam pro Iraq terhadap tamaddun London itu tidak
dibanggakan oleh sesiapa, tetapi itulah natijah yang terpaksa dihadapi apabila Parlimen
Britain sendiri membohongi dirinya dan dunia kononnya Saddam menyimpan senjata
raya pemusnah. Justeru itu atas pembohongan Perdana Menterinya, parlimennya
meluluskan usul meemrngi Iraq.

Parlimen British mendahului Kongres Amerika meluluskan penaklukan Iraq. Dan
hingga ini Tony Blair dan parlimen Britain tidak dapat membuktikan senjawa itu
wujud. Namun demikian Blair dan parlimen tidak pernah minta maaf atas kepalsuannya
malah gembira memuat pembohongan itu justeru ia dapat menggulingkan Saddam.

Tetapi harga membuang Saddam itu menimbulkan huruhara dan kecelakaan berdarah
yang berpanjangan di seluruh Iraq.

Di bawah pemerintahan Saddam, rakyat ketakutan dan tidak ada kebebasan, tetapi
tiada huruhara dan tiada pertumpahan darah setiap hari. Setelah kedatangan tentera
penceroboh bersekutu, huruhara berlaku, hari-hari rakyat terbunuh baik oleh serangan
tentera Amerika dan Britain mahupun oleh bom kereta pejuang Iraq.

Rakyat Amerika lebih ketakutan dan lebih sangsara di bawah penaklukan bersama
Amerika dan Britain.

Dunia bersama rakyat London mengutuk letupan di London. Ia tindakan pengecut
Orang-orang yang tidak tamaddun. Tetapi penduduk London juga harus bersama
penduduk dunia yang anti pencerobohan Iraq wajar mengutuk Parlimen British dan
kerajaan Tony Blair kerana meluluskan pembohongan tentang suasana di Iraq dan
menceroboh Iraq.

Mungkin masanya sudah terlalu lama, tetapi kutukan terhadap pembohongan
Parlimen itu masih boleh dibuat. Adalah wajar penduduk London benci dan marahkana
tindakan pengganas yang tidak diketahui itu, tetapi angkara Tony Blain dan Parlimen
British juga lebih kejam dari tindakan pengebom London itu.

Pengebom London adalah melakukan satu tindakan balas, tetapi Parlmen British
membuat satu keputusan jahat membohongi dunia dan memberi izin memerangi
Iraq dan rakyatnya.

Pengebom London melakukan jenayah, tetapi kerajaan Britain melakukan jenayah
perang dan parlimennya mengizinkan kerajaannya melakukan jenayah perang.

Kita mengutuk kejadian di London, tetapi korban dan kemusnahan di London
tidak sebenar mana jika dibanding dengan korban dan kemusnahan yang dihadapi
Iraq dan rakyatnya.

Jika serangan terhadap London itu tindakan balas pro Iraq atas kecurangan yang
bermula dari keputusan parlimen British menceroboh Iraq, maka mesti kembali
kepada parlimennya semula. Gara-gara kekerdilan parlimennya itu kini kesan balas
itu menimpa pula penduduk London. Penduduk London itu tidak berdosa ssmalah
seperti penduduk Iraq.

Jika seluruh rakyat Britain bangun bersama kerajaannya menyherang balas tentera
Nazi Jerman kerana menceroboh Britain dalam perang dunia kedua, maka ia samalah
dengan reaksi pro Iraq mengebom London kerana tindakan balas atas keputusan
parlimen British atas Iraq.

RAkyat Iraq kini marah kepada Saddam kerana politiknya menyebabkan rakyatnya
menerima azab sekarang. Maka wajar juga penduduk London marah kepada Tony Blair
kerana politiknya yang mempersenda parlimennya telah menyebabkan rakyat London
menerima azab ssekarang.

Blair wajar bahawa balasan Allah itu tidak semestinya datang segera. Ia datang pada
waktu yang sesuai. Balasan bala kepada London itu berlaku di hadapan pimpinan G8 dan
Negara-negara yang bersubahat dengan Amerika dan Britain atas isu Iraq. Mereka ke
Scotland untuk tujuan baik, tetapi rupanya terserempak dengan balasan dan padah
Britain atas Iraq.

Kerajaan Blair sepatutnya gembira kerana menjadi tuan rumah untuk membantu
kehidupan benua Afrika. Tetapi kerajaan itu sugul atas bala di London itu. Belum pernah
wajar Blair seburuk yang dilihat di muka TV selpas kejadian itu. Muka Saddam juga
begitu sejak lebih dua tahun lalu.

Patut Saddam menerima nasib itu. Tetapi tidak padankah muka Blair dilihat begitu?

Blair dan rakyatnya sepatutnya hari itu merayakan kegembiran London dapat menjadi
Tuan rumah Olimpin 2012, tetapi sebelum sempat disambut, London dilanda tujuh
Ledakan bom.

Bom yang meletup di London oleh angkara pengganas hanya tujuh butir saja. Ia
terlalu sedikit dibandingkan dengan bom yang meletup setiap hari sejak Mac, 2003
dan kadang-kadang bom itu meletup lebih dari sekali sehari.

Tiada kena mengena bom itu dengan Olimpik yang baru diputuskan itu, tetapi
jelas olimpik itu akan terus dibayangi oleh pengaruh pengeboman itu. Kiranya
keputusan itu dibuat selepas bom meletup, mungkin ia ditukar ke Paris atau Madrid.

Madrid juga mungkin tidak selesa, tetapi kerajaan Madrid sudah mengaku kesilapan
regimnya masa dulu. Ia sudah menarik keluar tenteranya dari Iraq.

Dunia simpati kepada penduduk London dan Britain, tetapi kita juga simpati
kepada penduduk Iraq. Bom dikira payah meletup lagi di London, tetapi bom
akan meletup banyak kali lagi di Baghdad.

London mulai mengambil langkah meningkat keselamatan dan bertindak
terhadap keganasan, tetapi ia juga mesti membetulkan Parlimennya. Pulihkan
kesucian parlimen Britain daru pencemaran pentadbiran Blair, kerana kecelakaan
London itu adalah reaksi kejelikan Parlimen itu.

SeTAPAK
08/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home