Subky Abdul Latif

Thursday, July 14, 2005

OSU MASIH AHLI UMNO

OSU Haji Sukam, bekas menteri persekutuan dan Ketua Menteri Sabah telah meninggalkan UMNO Papar yang dipimpinnya berikut isu tuntutan hutang judi dari kasino berjumlah RM7.1 juta.

Osu kesal dengan kejadian itu, kata Tan Ssri Aman Musa, Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang mengira kes Osu dalam UMNO Sabah sudah tutup buku.

Kerajaan pusat, kerajaan Sabah dan UMNO sendiri mahu berlepas tangan dalam tuhmah yang melibat Osu, cuba membiarkan perkara itu dan Osu sendiri reput dimakan masa dalam lipatan sejarah.

Tetapi Osu masih ahli UMNO yang namanya tercemar oleh keputusan mahkamah England dan sikap mahkamah dalam negeri. Nama baik Osu dibiarkan dan maruah UMNO sendiri juga didiamkan.

Osu tidak membuat pembelaan terbuka bagi membersihkan namanya. Dalam suasana itu kesnya sebagai adanya.

Jika keadaan itu terbiar begitu, UMNO belum dibersihkan. Ia ada ahli yang berjudi dan terhutang judi sebanyak RM7.1 juta. Ini bererti UMNO membenarkan penjudi yang berhutang kerana berjudi menjadi ahli. Kiranya UMNO ada maruah ia mesti membersihkan partinya dari orang berjudi dan orang yang berhutang sebegitu banyak kerana berjudi.

Kita tidak menganjurkan supaya Osu diburu hingga ke lubang cacing. Tetapi tugas kita ialah supaya Osu diberi peluang membela diri membersihkan diri dari pembabitnya dalam UMNO.

Osu jadi begitu kerana dia terbiar dalam UMNO yang tidak mengambil berat dalam program nahi munkar. Ia tahu amar makruf saja. UMNO dari awal hanya tahu pahala tetapi tidak tahu dosa. Justeru itu ia menumpukan amar makruf dan mengabaiakan nahi munkar.

Sikap itu tidak selari dengan Islam dan tidak selari juga dengan Islam Hadhari.

Apa yang UMNO patut buat ialah membersihkan partinya dari ahli yang berjudi dan menjalankan keadilan supaya Osu terbelenggu terus memikul beban maruah yang tercemar.

Osu mesti membuat pendedahan. Apa yang terjadi. Bagaimana hal itu boleh terjadi hingga terhutang sebanyak itu? Oleh kerana judi berbaur dengan penipuan, maka mungkinkah Osu terperangkap dalam satu tipu daya?

Hutang judi dan kalah judi berbeza. Hutang judi adalah selain dari kalah judi. Bagaimana pula gambaran kalah judi sebelum terhutang. Hutang adalah lebihan dari kerugian kalah judi. Ia kekalahan yang dapat dibayar. Banyak mana yang habis? Dari sumber mana?

Adakah wang kerajaan tidak digunakan?

Justeru kes itu terlalu besar dan salah, maka kerajaan wajar menyerahkan kepada BPR supaya mengamati tiada sebarang wang awam terlibat dan pastikan kecurangan itu membabitkan milik peribadi dan rumah tangganya saja.

Kerajaan dan UMNO tidak terlepas dari subahat jika tidak menyerahkan isu Osu kepada BPR dan pihak keadilan. Ia bukan memburu Osu hingga lubang cacing, tetapi tindakan itu penting bagi membela saksiah Osu dan keluarganya.

Kepincangan itu dihadapi oleh Osu, tetapi mungkin Osu terbelenggu. Dia sudah dihukum oleh suasana, tetapikan dia mendapat keadilan dan tidak menjadi mangsa menyalahkan dia saja.

Dr. Mahathir memberi tahu dunia supaya dicara punca yang menyebabkan kegansan. Najib pun kata begitu terhadap siri tujuh letupan di London. Kaji apa punca? Apa punca Osu jadi begitu?

Kerajaan dipercaya tahu kes Osu ini dari awal. Justeru itu ia membiarkan Osu tanpa kedudukan selepas tamat gilirannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Kalau ia benar, ia adalah satu hukuman.

Tetapi mengapa UMNO masih membenarkannya menjadi pemimpin UMNO Papar? Ia membenarkan parti itu dipimpin sama oleh ahli judi.

Osu mesti dibersihkan. Sekalipun kesnya tidak dapat dipadamkan, tetapi dia mesti dilayan sehingga menjadi seorang yang insaf dan mengakui kelemahan dan kesilapan. Tidak wajar dia dilayan sebagai seorang bersalah hingga akhir. Dia jadi begitu adalah disebabkan oleh system yang terpakai yang tindak mencegah perkara yang mungkar.

Dalam Islam ada peruntukan taubat dan penyesalan. Kesalah berjudi para pemesar tidak berhikmah kalau taubat dan penyesalan dibuat dalam diam-diam di atas sejadah. Ia kena diketahui umum.

SeTAPAK
14/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home