Subky Abdul Latif

Friday, July 01, 2005

PBB PERLU SIASAT KAPAL TENTERA AMERIKA

WAKIL Khas PBB mengenai keganasan, Manfred Nowak menyarankan supaya PBB dibenarkan memeriksa kapal-kapal tentera Amerika bagi memastikan ia tidak dijadikan pusat tahanan pengganas.

Manfred Nowak memaklumkan, dia cuba mendapat izin memasuki kapal tentera Amerika itu tetapi tidak dibenarkan. Oleh itu PBB wajar membuat keputusan bagi membolehkan kapal-kapal itu disiasat bagi memastikan ia tidak dijadikan pusat tahanan yang eksklusif.

PBB mendapat perkhabatan kononnya, kapal-kapal tentera Amerika telah dijadikan pusat tahanan kepada orang-orang yang disyaki pengganas, selian dari khemah khas di Teluk Guantinamo di Kuba.

Amerika menolak usaha memasuki kapalnya itu kerana maklumat yang diperolehi oleh PBB itu dikatakan sebagai khabar-khabar angin. Ia dikatakan tidak berasas.

Bagaimanapun PBB yang sudah mendesngar perkhabaran itu perlu memastikan ia wujud atau tidak. PBB mempunyai tanggungjawab untuk memantau setiap khemah tahanan bagi memastikan orang tahanan tidak diinya.

Maklumat yang diperolehi menybut, kapal-kapal tentera Amerika mempunyai bilik tahanan yang terhad, sekitar 12 orang saja.

Jika ini benar, maka Amerika yang mengaku sempurna mesti telus. Dalam keadaan layanan yang seratus peratus baikpun, pemantauan mesti dibuat supaya dunia seluruh mendapat maklumat.

Nasib para tahanan mendapat jaminan di bawah piagam dunia bahawa mereka tidak diinaya. Dunia telah membuat ketentuan tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan kepada tahanan.

Rata-rata pusat tahanan di mana-mana jua terdedah kepada salah guna kuasa. Ada di antara yang ditahan itu adalah yang bersalah. Sudah tentu penahan bagi yang tidak bersalah itu adalah kezaliman, tetapi yang tidak bersalah ini terdedah kepada berbagai-bagai tindakan zalim pula.

Contohnya, kerajaan Amerika baru-baru itu meminta maaf kepada ramai orang Islam yang menetap di Amerika kerana disyaki terbabit dalam kejadian 11 September 2001 atau ditahan bagi mengesan sesiapa yang terlibat dengan kejadian itu.

Dalam kejadian tangkap muat itu, orang yang tidak bersalah dan tidak tahu menahu yang ditahan terpaksa menghadapi apa jua peraturan di dalam tahanan berbulan-bulan bahkan bertahun. Akhirnya mereka dibebaskan setelah sekian lama tersiksa dan kerajaan hanya minfa maaf.

Keadaan sseperti inilah pemantau diperlukan supaya tidak ada sesiapa yang terinaya.

Amerika pada masa ini mempunyai reputasi yang sangat buruk. Tidak ada bezanya Amerika yang mengaku demokrasi dan pejuang kebebasan dengan regim-regim yang ketahui zalim seperti Soviet Union dulu dan Israel sekarang.

Pendedahan kezaliman yang berlaku di khemah tahanan Teluk Guantanamo dan penjara Abu Ghraieb di Baghdad adalah contoh yang Amerika tidak dapat sorok.

Amerika tidak ada jawapan dan penjelasan atas kebunukan itu. Ia cuba mengatasinya dengan mengenakan tindakan terhadap individu yang terbabit menjalankan tugas. Sehingga ini dunia belum puas hati bahawa kejahatan itu dilakukan oleh individu jahat itu saja.

Malah ada keterangan bahawa mereka bertindak atas arahan.

Segala tindakan dan pembongkaran atas layanan buruk itu bukan suatu yang dikesan oleh pihak berkuasa Amerika sendiri, tetapi ia adalah atas pembongkaran oleh pihak ketiga atau bekas-bekas orang yang ditahan itu.

Sekitar 500 tahanan dari Iraq, Afghanistan menjadi tawanan tahanan di Teluk Guantanamo. Para tahanan mendapat layanan buruk.

Sedikit sebanyak khemah itu dapat juga dipantau oleh pihak luar. Tetapi ia bukan atas kemudahan dan persestujuan pihak tentera Amerika. Ia terpaksa dipantau desngan cara yang sulit.

Khamah itu wujud dan wujudnya diketahui. Justeru itu ia wajar didedahkan kepada pemantauan. Tetapi Amerika tidak memberi kemudahan itu walaupun setiap khemah tahanan terdedah kepada pemantauan antarabangsa.

Jika yang diketahui wujudnya, pun terdedah kepada berbagai penyiksaan dan tindakan kejam, maka sudah tentu tahanan eksklusif di kapal-kapal yang disorok terus kepada umum, berbagai-bagai penginayaan boleh dilakukan.

Tidak alasan bagi Amerika menolak petugas PBB menjalankan tugas. Sebarang penolakan kepada badan pemantau bererti Amerika menghalng PBB menjalankan tugasnya.

Permintaan Manfred Nowak ditolak kerana kononnya ia tidak berasas. Amerika ssendiri telah membukti tuduhannya Iraq memiliki senjata raya pemusnah adalah satu pembohongan. Ia telah memaksa PBB memasuki semua bangunan di Iraq bagi mencari senjara pemusnah. Sekalipun semua laporan mengatakan senjata itu tiada ditemui, Amerika tetap menyerang Iraq dan sehingga hari ini yang dicari tidak dijumpai.

Dunia dan rakyat Amerika kini sudah setuju bahawa mereka diberi khabar palsu. Atas rekaan itulah British dan Amerika menceroboh Iraq.

Jika Amerika boleh menyerang Iraq atas maklumaat palsu, maka mengapa Amerika mesti menghalang PBB untuk memantau kapal-kapalnya.

PBB mesti mengenakan tekanan kepada Amerika supaya kapal-kapalnya disiasat bagi memastikan ia tidak menyorokkan keburukannya. Amerika mesti menjadi contoh kepada dunia jika ia mahu terus memimpin dunia.

SeTAPAK
01/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home