Subky Abdul Latif

Wednesday, July 27, 2005

POLEMIK MAHAHIR-RAFIDAH, MAHALEEL TERKELUAR

ISU kepentingan Proton sebagai perusahaan kereta bermotor nasional, pengeluaran AP dan kedudukan Tengku Mahaleel telah meletakkan Dr. Mahathir dan DAtuk Seri Rafidah Aziz berdepan dan bertelagah.

Adakah perbezaan padangan antara keduanya akan menjadi perbalahan antara kedua mereka, atau akan perbezaan itu menjadiperbezaan antara bekas Perdana Menteri dengan kerajaan sekarang akan menjadi perhatian.

Setakat ini dasar dan sikap Rafidah dilihat sebagai sikap kerajaan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mewakilkan Rafidah saja menangani segala perkara yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir. Setelah Rafidah memberi penjelasan dalam suratnya kepada Dr. Mahathir dan kepeda Perhimpunan Agung UMNO, Perdana Menteri tidak menyatakan apa-apa tentang tindakan Rafidah.

Rupanya ia tidak selesai walaupun Jabatan Perdana Menteri bertindak mengumumkan nama penerima AP seperti yang diminta oleh Dr. Mahathir. Dr. Mahathir terpaksa menulis surat panjang lebar kepada media menyatakan bahawa Rafidah tidak memberi penjelasan lengkap yang memuaskan kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Agak menarik juga dalam keributan yang melibatkn Dr. Mahathir, Proton dan Menteri Perindusterian AntaraBangfsa itu ialah kedudukan Tengku Mahaleet yang terpaksa terkeluar atau dikeluarkan dari Proton.

Telah lama Tengku Mahaleel cuba dikeluarkan dari Proton baik dari kalangan masyarakatr di Proton mahupun oleh kerajaan. Tetapi apabila apabila Dr. Mahathir dilantik menjadi Penasiha Proton, kedudukan Tg. Mahaleel dilihat gagah.

Mahaleel dilihat sebagai orang Mahathir. Orang sekerang lebih senang menyebut kroni kepada mereka yang saling intim antara satu dengan yang lain.

Sebagai penasihat Proton Dr. Mahathir mulanya menyatakan rasa tidak senang terhadap lambakan AP dalam negeri. Rafidah senyap atau mengelak dari berdepan dengan bekas bossnya.

Apabila suara Dr. Mahathir itu dipanjangkan oleh Mahaleel dalam media eletonik China, betapa kerajaan tidak adil terhadap Proton kerana lamp;akan AP dalam pasaran, maka Rafidah melenting dengan alas an-alasan menyesali Proton terutama Mahaleel.

Ia menggalakkan Lembaga Proton minta tunjuk sebab bagi mengeluarkannya dari Proton. Ketika itu Mahaleel berada di luar negeri.

Tiba-tiba Dr. Mahathir datang mempertahankan Mahaleel dan menyifatkan Mahaleel menyatakan sesuatu yang sama dengan pandangannya atau Mahaleel membuat kenyataan itu setelah memahami pandangan Dr. Mahathir.

Dunia melihat Mahaleel menjadi orang yang gagah semula dan lembaga yang membuat surat tunjuk sebab itu seolah-oleh tenggelam.

Rafidah senyap lagi. Dia dipercayai gmbira dengan surat mina tunjuk sebab kepada Mahaleel. Tetapi tergencat dengan pendirian Dr. Mahathir iu.

Rafidah diam lagi. Kerajaan tentu dalam serba salah kalau teguran Dr.Mahathir tidak dijawab. Wibawa dan kedudukan kerajaan terganggu kalau bekas Perdana Menteri memberikan satu kritik langsung kepada kerjaan.

Perdana Menteri minta Rafidah menulis surat kepada Dr. Mahathir dan jelaskan segala-gala yang mengelirukan.

Tiba-tiba ada orang minta supaya Rafidah minta maaf pada Dr. Mahathir atas kenyataan hingga Rafidah terpaksa menangis di khalayak ramai. Kerajaan mndedahkan penerima AP dan Rafidah membuat penegasan kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Sekarang Mahathir mempertikai pula penjelasan suratnya dan ketereangan Rafidah dalam perhimpunan UMNO.

Apapun penjelasan dr. Mahahir itu tidak sekadar dihalakan kepada Rafidah tetapi ia adalah terhadap kerajaan pimpinan sekarang.

Perdana Menteri tiada pilihan melainkan membuat penjelasan. Rafidah akhirnya akan membuat penjelasan juga. Penjelasannya adalah penjelasan kerajaan. Sama ada penjelasan kerajaan itu diterima oleh kerajaan sebagai penjelasannya, akan menjadi perhatian.

Apabila Mahaleel akhirnya tidak lagi simabung kontrek perkhidmatannya di Proton, ia dilihat satu tamparan kepada Dr. Mahathir yang cuba mempertahannya sebelum ini.

Dr. Mahathir hanya agak selesa apabila Mahaleel dikatakan menolak tawaran menyambung perkhidmatannya atas perkara-perkara yang tidak menariknya. Tanda tanya dalam perkara ini, Dr. Mahathir sebagai penasihat tidak ditanya sebelum keputusan menamatkan kontreknya dibuat. Beliau dimaklumkan selepas keputusan dibuat.

Bagaimana isu Dr.M dan Rafidah akan diselesaikan menjadi perhatian. Tetapi telah berlaku di depan rakyat sekarang, kerajaan dikidritk oleh bekas Perdana Menteri.

Perhatian umum sekarang ialah apakah kritik Dr. Mahathir terhadap kerajaan sekadar itu satu saja? Atau tidak ada apa-apa lagi selepas ini?

Dalam buku saya Dokumen Putrajaya yang diterbitkan sebelum Dr. Mahathir bersara, ada disebukan tentang kritik berterusan Tunku Abdul Rahman Putra terhadap pentadbiran Tun RAzak. Tunku menggunakan ruangan tetapnya di The Star mengkritik kepincangan kerajaan Tun Razak. Ia berterusan terhadap pentadbiran Tun Hussein Onn dan pentadbiran Dr. Mahathir.

Tunku adalah lebih sabar dari Dr. Mahathir. Kalau orang sabarpun tidak teragak=agak menegur kerajaan, maka yang tahap kesabarannya lebih dari Tunku tentu akan lebih galak dari Tunku.

Tunku sebagai orang politik yang tahu apa yang berlaku tidak terdaya menahan sabar terhadap apa yang patut ditegurnya. Apakah Dr. Mahathir yang kini suka menulis tidak melakukan seperti yang Tunku buat?

Hampir dua tahun Dr. Mahathir berdiam diri. Maka menjelang perhimpunan agung UMNO dia cuti keluar negeri. Adakah kerana tak tahan dengan isi surat Rafidah atau tidak tahan melihhat wajah Rafidah?

Dr. Mahathir tidak wajar berdiam terhadap kepincangan di depan matanya. Dia terpaksa tegur. Adakah tegurannya waras, atau dia lupa atau apa saja, dia terasa dia tidak nyanyuk.

Dalam buku saya itu telah saya agak Dr. Mahathir akan mengambil sikap yang sama seperti Tunku kiranya ada akhbar mahu memberi ruang kepadanya. Dr. Mahathir tidak mencari kepentingan dan kemasyhuran diri, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri dia kena tegur apa yang patut ditegur.

Sesudah jadi orang bawah, banyak perkara yang orang atas tidak nampak, orang bawah nampak. Dalam tulisannya Tunku adanya menyatakan dia juga membuat silap. Dunia menunggu dalam tulisannya memoir dan sebagainya dr. Mahathir mengaku apa silap yang pernah dibuatnya?

Kesilapannya banyak. Tetapi tidak perlu disebut semua. TEtapi eloklah bermula dengan kesalahan orang lain, seperti kesilapan Rafidah misahnya.

SeTAPAK
27/07/05

0 Comments:

Post a Comment

<< Home